Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 22 Disember 2011

Movie Review : Alvin & The Chipmunks

Kalau korang masih ingat lagi entry aku yang lepas ~ Haziq & Husna is going to watch Alvin & The Chipmunks 3 Yo!! Alhamdulillah, dapat juga aku & famili menghadirkan diri di event yang ditaja oleh Dutch Lady ni..Walaupun datang lambat tapi aku masih dapat redeem 4 keping tiket (2 dewasa & 2 kanak-kanak) disebabkan aku dah register awal-awal di laman facebook diorang..Thanks pada blogger Lily yang sudi berkongsi maklumat event di blognya yang cantik tu..At least aku berpeluang juga merasa tengok wayang FREE gituuuu..

Memang bersesuaianlah dengan event Dutch Lady Movie Mania ni diadakan dalam cuti sekolah..konferm mak bapak tak payah pening-pening kepala nak fikir nak bawa anak-anak ke mana kan..Bukan setakat anak-anak yang enjoy tengok wayang cerita Alvin & The Chipmunks ni tapi mak bapak pon sama *aku & en suamilah tu* Boleh dikatakan dari mula sampai akhir memang terhibur dengan kisah si Alvin ni..Kalau tak caya, cuba bawa anak-anak tengok tapi sorrylah yaaa..tiket kena beli sendiri=P

Alvin & The Chipmunks 3 kali ni mengisahkan percutian keluarga di antara Dave + 3 chipmunks (Alvin, Simon & Theodore) + 3 chipmunks pompuan tu (lupa nama diorang) menaiki kapal cruise untuk menikmati percutian disamping mengeratkan hubungan sesama mereka. Tapi yang pastinya..Alvin mesti akan membuatkan keadaan huru-hara & mencabar kesabaran Dave..

Dek kerana kenakalan Alvin, mereka semua terkandas di sebuah pulau..Kat sini ada bermacam-macam telah berlaku & semestinya ada nyanyian & tarian chipmunks yang boleh membuatkan kita tidak merasa bosan bila melihat cerita ini. Oklah, aku tak reti nak review panjang-panjang cuma yang pasti cerita ni memang menyeronokkan..Boleh dengar en suami ketawa berdekah-dekah dalam panggung tu..*mengalahkan budak kecik* & Haziq pon enjoy his first experience watching movie in the real cinema..Selalu layan DVD kat rumah je ni hambik koooooo..wayang punyalah besar depan mata dia..Husna was a bit boring, mungkin sebab dia masih tak faham lagi apa yang chipmunks buat..Asyik dok tanya je "mama, bila nak balik"..Ashraf?? well, selamat tidur sepanjang cerita;-) Alhamdulillah..at first risau juga kot-kot Ashraf menangis kan, tapi masuk je movie, bagi susu sekejap then terus lena dalam pelukan en suami;)

Apa-apa pon, bolehlah tengok trailer pendek dulu kat bawah ni;-






Lepas je tengok movie kami masuk ke Jusco sekejap cari barang Ashraf then terus balik rumah..Petang tu aku migrain..Hahahaha..Owh terserempak dengan blogger Lily tapi takdan nak borak panjang..Boleh baca entry Lily di sini..Apa-apa pon, kami memang enjoy tengok cerita Alvin ni..Mungkin sebab tiket FREE..Kalau nak harapkan keluar duit sendiri..entah bilalah tu..Hahahahaha

3 ulasan:

maya amir berkata...

tak tgk lagik.. mcm nak gi, tapi ntahlaa bile:) eh sori lmbt wish happy bday haziq.. die sebaya airell laa ye.. 5 thn:)

kasihredha berkata...

akak teman anak akak gi tengok cite ni...tengah cite akak tertidur...hihi

sisdee berkata...

mmg best kan..i tgk smpai sakit perut gelak..sarah n the kids pun enjoy jek..hahahahahah..alvin tu rupanya btanggungjwb gak tapi terlalu byk main2 hahahahaha

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^