Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 5 Januari 2012

Korang Pernah Beli Langsir Ikea??

Rentetan entri semalam~Cuti Tahun Baru Kami Ke Ikea..ramai yang sibuk nak tahu apa yang aku derma beli kat sana kan?? Alaaaaah takde apa-apa pon..kalau dah namanya pergi tanpa tujuan so balik pon membeli tanpa tujuanlah kan:P

Actually haritu en suami ada tegur yang langsir rumah kami tak pernah basuh so bila dah tak ada tujuan tu..mulalah cari tujuan kan..Last-last tujuan dipilih untuk membeli langsir baru buat ganti langsir lama..see..dah ada tujuan;)
So inilah langsir baru kami dari Ikea;-

Kami pilih dari jenis Henny Rand (RM139/pair) beli 2 untuk langsir sliding door rumah kami

dah siap pasang dah pun..punyalah semangat sampaikan tangga pun tak sempat nak alih:P


tapi biasalah, kalau beli langsir Ikea..konpem kat bawah tu tak berjahit..dia ada bagi macam pita pelekat suh kita ironkan tapi aku dah buat & tak menjadi pon..Aku pernah beli dah dulu Hedda Blad RM59/pair pun sama juga & sampai sudah aku tak jahit bawah..hahahaha



Aku beli langsir ni sebab senang nak match *nak match aje* ngan rail kayu rumah yang dah sedia ada tu..

Kira bolehlah kan..langsir lama aku dah hantar dobi dah pon..hancur angan-angan aku nak tempah langsir lain..Herm..tapi langsir yang jenis sheer tu aku tak buat lagi..bolehlah ke Nagoya pasni:P

Tu je barang yang aku beli..takde yang grand-grand pon:P

Oklah..bye!

7 ulasan:

Zuhaini berkata...

cantik! :)

Prettywrite berkata...

lawa langsir tu kak..simple jah..

Iela Fazielah berkata...

lawa2.... ai berkenan.... bape tinggi langsir tu ek????

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

simple & nice .. aku pernah beli langsir kat harvey norman ..time sales murah .. senang gak terus gantung2 jer ;-)

mrs.spicy berkata...

langsir ikea muroh dan comei dan kain best..hehe

zailamohamad berkata...

Zuhaini & Prettywrite,

cantik & simple je;)

Iela,

tak pasti pula, cuba klik kat link ikea kat tulisan langsir tu..tapi ketinggian dia boleh adjust ngan pita pelekat yang dia bagi tu..cuma tak berapa nak lekat sangat..nak kena hantar upah orang jahit juga ni..errr..faham x??

Diana,

aku pon suka langsir HN especially yang damask style

Farah,

ituler..dok congok2..kalu tempoh kure2 habis dale RM1k so better beli hok Ikea jah T__T

Nurhayati berkata...

cantik2x..
tak pernah beli langsir ikea.. dan tuk pengetahuan dirimu.. umah ku dah 5 tahun tak tukar langsir.. huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^