Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 4 Januari 2012

Cuti Tahun Baru Kami Ke Ikea

Cuti tahun baru 3 hari ke mana kamu semua?? Konpem korang g bercuti-cuti tidur kat hotel rehatkan minda kan?? Well, not for me..Plan asal nak bawa anak-anak bercuti ke Melaka terpaksa dibatalkan last minute sebab kami (read : mama & papa anak-anak) masih keletihan dek kerana baru balik kampung halaman terchenta haritu..Lagipun pagi sabtu (31/12/2011) ada induction day kat sekolah Haziq..Haritu sempatlah p settlekan yuran segala & kenal teacher baru Haziq *will blog about it later* so sabtu tu burn macam tu je sehari..

Ahad pula en suami p keje seharian..azam tahun baru kot nak keje hari cuti=P

So Isnin tu macam biasalah, aku mesti ajak en suami keluar dek nak cover semalam seharian stay kat rumah..Plan nak shopping terpaksa dibatalkan sebab sayang duit tak best kalau shopping bawa anak-anak..nanti anak ke mana, mama meroyan sorang-sorang so better take one day off & keluar dengan best friend *ada sape2 nak teman tak??* Eh panjang plak intro aku ni..So ahad tu kami ke Ikea..kan senang kalau bagitahu macam tu:P

Owh, malam tu konon-konon berangan nak keluar awal pagi lah sebabnya konpem ramai orang kat sana kan..TAPI..kalau sudah ada 3 orang anak ni..jangan beranganlah nak keluar rumah awal pagi..Nak suruh Haziq & HUsna mandi dah berperang dah lepas tu nak siapkan si kecil tu lagi then nak masak bubur nasi buat bekalan Ashraf tu satu hal..Last-last dekat pukul 10 pagi baru keluar rumah *great!!* then kami terus ke Kayu Nasi Kandar Kota Damansara untuk breakfast (read : brunch)..Actually aku & en suami bukannya jenis yang suka makan kat kedai mamak tapi haritu pernah termakan kat sini then terus fall in love with their nasi kandar..Kalau sesekali nak makan, kami sanggup ke sini..so elok sangatlah before g Ikea kita alas perut dulu ngan nasi kandar!!

Ok enough bout nasi kandar *tetiba teringat tangan bau kari* talking bout food always drive me hungry lah weh! Lepas perut kenyang..off we went to Ikea *tempat paling berhantu atas muka bumi ni*

Sah tekaan aku tepat..memang ramai manusia..nak jalan tengok-tengok feeling-feeling pun susah!!


Husna posing atas kerusi kanak-kanak (tapi aku dah beli dulu refer entri ini)


kalau ke sini, bukan setakat mak bapak eksaited..anak-anak pun tumpang eksaited koyal sama;)



Kalau ke Ikea, tak sah kalau tak menderma beli sesuatu..Nantilah aku share apa yang aku beli..

bye!!

4 ulasan:

DaZzlingLilLy berkata...

owh cepat update nak tgk apakah hasil 'derma' ko kat ikea aritu..aku kalo leh gi sana mmg mcm org meroyan

Lady of Leisure berkata...

leka betul bila maasuk ikea kan hehe

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

wah skrg setiap entry ada perkataan bye ..he..he.. aku steambot homemade jer zaila .. jimat dan boleh ulang2 makan ;-)

Tie HT berkata...

best nye xaila..kita tahun baru duk kat rumah je.. :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^