Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2012. Papar semua catatan

Khamis, 24 Oktober 2013

Tips Sebelum Membeli Mesin Basuh


gambar koleksi peribadi bulan Disember 2012 di mana aku berpeluang merasai kehebatan mesin basuh Samsung Eco Bubble (boleh baca entri ini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2012/12/akhirnya-mesin-samsung-eco-bubble.html)

Assalamualaikum,

Sudah masuk 4 hari "teman baik" seorang suri pergi meninggalkan aku. Iya, bukanlah siapa-siapa pun cuma hanyalah mesin basuh kesayangan kami yang sudah menamatkan perkhidmatannya pada hari Isnin yang lepas. Setakat ini masih belum menukarkan dengan yang baru kerana en suami yang selalu balik lambat sahaja, masih belum berpeluang untuk ke kedai menjenguk mesin basuh idaman hati.

Setelah hampir 6 tahun berkhidmat, kami rasa sudah tiba masanya kami menukar kepada mesin basuh yang baru. Terima kasih mesin basuhku yang lama jenama Samsung beroperasi secara automatik sepenuhnya, jasa kamu sungguh banyak kepada kami cuma sekarang muatan kamu yang 7kg sudah tidak sesuai lagi dengan kapasiti keluarga kami.

Alhamdulillah nikmat menjadi seorang blogger di mana aku diberikan peluang mencuba produk mesin basuh terbaru keluaran Samsung iaitu Samsung Eco-Bubble. Berikut aku kongsikan beberapa tips yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sebuah mesin basuh (bagi mereka yang jenis berkira macam aku, nak beli mesin basuh pun kena fikir dua tiga empat kali, tapi bagi orang kaya yang tak berkira apa susah masuk aje kedai letrik terus bayar)

1) Fungsi : adakah automatik atau separa automatik. Untuk lebih memudahkan elok dibeli yang boleh berfungsi secara automatik sepenuhnya. Kemudian apa lagi fungsi sampingan yang bagus seperti boleh menjimatkan tenaga elektrik atau boleh mencuci dengan mengeringkan sekali.

2) Kapasiti : bagi keluarga yang besar seperti keluarga kami, boleh dikatakan setiap hari aku membasuh baju, jadi seeloknya kapasiti muatan mesin basuh adalah 10kg ke atas supaya tidak perlu membasuh berulang kali

3) Jenama : apabila bertanyakan tentang jenama, setiap orang sudah pasti ada jenama pilihan masing-masing. Apa yang penting banyakkan bertanya pendapat kawan-kawan dahulu. Selain itu boleh juga pertimbangkan pendapat dari jurujual kedai. Pendapat peribadi aku mengatakan jenama Samsung adalah terbaik tetapi ada juga yang mencadangkan Toshiba atau Electrolux. Jadi, kena bertanya pada yang pakar iaitu jurujual kedai elektrik:)

4) Harga : sudah tentulah harga memainkan peranan yang penting juga. Bagi aku biar mahal sedikit asalkan berkualiti. Jadi, apabila sudah mengetahui harga senang sedikit untuk kita membuat kiraan samaada mahu beli secara tunai ataupun secara ansuran.

Itu sahaja perkongsian dariku. Insya Allah bila sudah beli mesin basuh baru nanti akan diberitahu sebabnya kenapa dan mengapa kami memilih jenama tersebut. Bagi mereka yang ingin berkongsi pendapat atau tips dalam memilih mesin basuh, boleh kongsikan di sini juga :)

Daftar kelas asas blog & fanpage dan aku akan bagi tunjuk ajar bagaimana memulakan perniagaan online.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Rabu, 18 Januari 2012

Happy Birthday Buat Tersayang!


::ini bukan kek aku::

Hari ni (18/01/2012) birthday en suami..Actually we share same date cuma bezanya aku bulan 9;-)

Nak bagi ucapan sket buat suamiku yang tersayang:-

Happy birthday b..semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik..Terima kasih kerana menjaga/melindungi/memberikan segala-galanya pada kami..Sesungguhnya hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas jasa baik b..Mama & anak-anak sentiasa doakan moga b sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang b ceburi

Jangan ada yang termuntah darah sudahlah bila baca entri aku ni..hikhikhik..Tapi betul, en suami tak pernah meminta apa-apa dari aku..Asyik aku je yang minta dari dia:P Kalau nak tahu, aku tak pernah belikan dia hadiah birthday, well mungkin sekali (kot) aku belikan dia jam tapi sampai sudah dia tak pakai..Bukan tak suka pakai tapi tali jam tu dah nak putus *biasalah beli jam murah masa diskaun memang macam ni* so aku offer to buy him another watch but he resist..nak pakai yang lama tapi nak tukar tali jek..see..besar pengorbanan en suami..Kalau nak apa-apa, sanggup ketepikan demi kami T______T

i love you dear..love you very strong..i'm soory if i'm not perfect but at least i'm trying to be..Never give up to guide me to be righteous wife to you dear..Let us built a happy family & enter Jannah together..Amin..Insya Allah..permudahkanlah ya Allah..

*tetiba rasa sedih pula* ah pompuan penuh ngan emosi..wish birthday laki pon nak emo:P

Selasa, 17 Januari 2012

Penangan Anak Sekolah Pagi

Alhamdulillah, sejak tukarkan Haziq ke sesi pagi..kami laki bini pun selalu sampai awal di office;-)

Bagus juga..tahun ni dapat extra mark on attendance..hahahaha..Owh, tapi semalam aku terjaga agak lewat so nak tak nak kena bergegas hantar Haziq sendiri ke sekolahnya..Bukan jauh pon dari rumah & tempat kerja cumanya kalau Haziq pergi dengan van Genius Aulad, sekurang-kurangnya Haziq ada Geng Van Sekolah:P

Bila anak sekolah pagi ni, everything kena siapkan malam sebelum tu..Kalau sebelum ni aku selalu terleka..hahahaha Pagi-pagi baru nak kemas baju anak-anak, pagi-pagi baru nak iron baju..manalah tak semput sebab semua benda nak buat dalam waktu yang singkat..Well, tahun ni hopefully aura anak bersekolah pagi masih kuat dalam diri..Malam tu aku akan make sure semua baju anak-anak dah kemas siap-siap, baju kerja aku & en suami dah tersedia & everything yang aku nak bawa ke office dah ready depan pintu;-)

Bila masuk kerja awal pagi, sempatlah nak rehat-rehat sekejap before start to work..Bolehlah breakfast, make up & update blog sekejap..hehehehe this is the good things bila anak bersekolah pagi..Mulakan hari anda dengan senyuman;-)

Owh..cuma satu je aku masih belum mampu nak buat iaitu masakkan breakfast untuk Haziq..Setakat ni aku tengok Haziq macam tak biasa makan pagi..Hari pertama sekolah pon dah muntah lepas minum susu..Seb baik tak kena uniform sekolah so aku just bagi Haziq makan roti & minum air kosong sahaja sebagai alas perut..Insya Allah..aku kena tanamkan semangat untuk bangun masakkan breakfast / bekal untuk dia & kami..Dah boleh jimat dah kat situ kan:P

Oklah..i'm so happy today..Owh esok birthday en suami..can't wait to spend a day out with him this Thursday..Ada apa-apa cadangan yang menarik tak??

Bye!!

Khamis, 12 Januari 2012

Malam Jumaat Yang Hangat!!!

Ok, aku tahu..tajuk adalah sangat hover kan?? Konpem korang pon tertanya-tanya apelah yang hangat sangat tu?? Hangat sebab tak pakai baju ka hape:P

Takderlah..hangat sebab aku rasa tahun 2012 ni banyak didominasi kaler hitam (pendapat akuler)..Hitam dalam bilik tidur?? Hitam = perangkap haba = sudah pastilah hangat..kan??kan?? Oklah abaikan..korang jangan percaya cakap aku:P

Yang pasti aku sudah jatuh chenta sama design-design kat bawah ini..Jom kengkawan, moh cuci mata dulu ambil feel..Malam ni kan malam Jumaat *eh tetibe*


mak aih, hitamnya kaler dinding tu..takut aih tengoknya


bagus juga idea letak cermin atas kepala katil macam tu kan??


this one banyak didominasi warna putih..suka header katil tu..

 

cantik sofa tu..


aku suka sangat ngan idea ni..herm...



Actually aku tengah dalam mood meng "make HOVER kan bilik tidur..tapi kena slow-slow..Recycle barang lama + barang baru..Kalau nak tukar semua baru..kopakslah jawapan dia *ngeeeee*

P/s : jangan bosan kalau aku asyik bercerita pasal house make HOVER je ya..maklumlah, kan tu one of my new year resolutions:P

Rabu, 11 Januari 2012

My New House Gadget

Sebenarnya lama dah nak share benda alah ni tapi asyik tertunda je..Since hari ni i'm out of idea to blog *err bukan tak dak idea tapi kemalasan melanda since nothing interesting story to share* so aku terperasanlah benda alah ni dalam draft..Aci tak cerita benda basi:P

Actually we bought this drill masa raya puasa haritu lagi..Masa tu ada offer youuuuuu..so be me yang suka buat DIY segala benda dalam rumah ni, i personally recommended you to buy this gadget too;)



kalau tak silap harga masa offer tu dapat dalam RM100++ & extra points for my CCM's card!!



also included another set of tools yangs angat-sangat berguna;)

Oklah, will share you later apa benda yang kami dah DIY dengan bantuan Mr gadget ni..ok bye!!

Isnin, 9 Januari 2012

Manfaatkan Ruang Bawah Tangga

Ingat tak dulu aku pernah buat entri "Manfaatkan Ruang Bawah Tangga" & kali ni aku nak share cara aku manfaatkan ruang bawah tangga rumah aku..Memandangkan kami masih belum ada budget untuk menjadikan ruang bawah tangga sebagai stor, so aku decide untuk pasangkan lampu di situ & jadikan ruang bawah tangga yang sempit sebagai ruang aktiviti anak-anak aku..Bukannya gempak sangat pun..aku just sediakan meja & kerusi sebagai tempat anak-anak untuk membuat kerja rumah & bermain *walau untuk sekejap sebab lepas tu dah bukan bermain tapi menyepahkan rumah!!!*



buku-buku bacaan Haziq & HUsna (sekarang ni buku transformer tu dah lerai satu persatu dah pon)



beg sekolah Haziq pun letak kat sini..senang nak monitor dia buat kerja sekolah;P



kat belakang tu ada rak LERBERG shelf (RM69) dari IKEA untuk simpan segala file & barang-barang lain


so beginilah cara aku manfaatkan ruang bawah tangga rumah aku;-)

ok, bye!!

Tahniah Ezani Juara Masterchef Malaysia Musim 1

Malam tadi konpem ramai yang tengok final Masterchef Malaysia Musim 1 kan?? Well, aku ni takderlah follow sangat sebab selalu lupa..Hahahaha..Tapi bila dapat tahu one of my fav. peserta dapat masuk final..terus bersemangat nak tengok kan:P *poyo je*

Akhirnya..Dr. Ezani yang juga merupakan seorang doktor gigi telah berjaya merangkul gelaran Masterchef Malaysia Musim Pertama..


tahniah Dr. Ezani!!

Ingatkan malam tadi ada siaran langsung..rupa-rupanya bukan..Nasib baik petang tu aku ada tengok di chanel Starworld episod-episod penyingkiran yang sebelum ni..Memang terbaik ah Ezani ni!! Dia memang ketara nampak begitu yakin & konsisten dalam memberi arahan kepada pembantu-pembantunya..


oklah..berakhir sudah Masterchef Musim 1

Musim 2 ada berani nak masuk sekali?? hiks hiks

Jumaat, 6 Januari 2012

Coach & Longchamp Sale


sumber dari sini

Boleh percaya ke sale macam ni?? Mana diorang ambil stok ya?? Ada sesiapa pernah pergi tak sale macam ni?? sharelah kat sini

Thanks..Bye!!

Khamis, 5 Januari 2012

Korang Pernah Beli Langsir Ikea??

Rentetan entri semalam~Cuti Tahun Baru Kami Ke Ikea..ramai yang sibuk nak tahu apa yang aku derma beli kat sana kan?? Alaaaaah takde apa-apa pon..kalau dah namanya pergi tanpa tujuan so balik pon membeli tanpa tujuanlah kan:P

Actually haritu en suami ada tegur yang langsir rumah kami tak pernah basuh so bila dah tak ada tujuan tu..mulalah cari tujuan kan..Last-last tujuan dipilih untuk membeli langsir baru buat ganti langsir lama..see..dah ada tujuan;)
So inilah langsir baru kami dari Ikea;-

Kami pilih dari jenis Henny Rand (RM139/pair) beli 2 untuk langsir sliding door rumah kami

dah siap pasang dah pun..punyalah semangat sampaikan tangga pun tak sempat nak alih:P


tapi biasalah, kalau beli langsir Ikea..konpem kat bawah tu tak berjahit..dia ada bagi macam pita pelekat suh kita ironkan tapi aku dah buat & tak menjadi pon..Aku pernah beli dah dulu Hedda Blad RM59/pair pun sama juga & sampai sudah aku tak jahit bawah..hahahaha



Aku beli langsir ni sebab senang nak match *nak match aje* ngan rail kayu rumah yang dah sedia ada tu..

Kira bolehlah kan..langsir lama aku dah hantar dobi dah pon..hancur angan-angan aku nak tempah langsir lain..Herm..tapi langsir yang jenis sheer tu aku tak buat lagi..bolehlah ke Nagoya pasni:P

Tu je barang yang aku beli..takde yang grand-grand pon:P

Oklah..bye!

Hari Pertama Haziq Sekolah 2012

Macam tak caye je Haziq dah 6 tahun T_____T

Well, tahun ni aku dah selamat tukarkan Haziq ke sesi pagi..Alhamdulillah senang je dapatkan tempat memandangkan Haziq memang existing student kat sini..Waaahhh, kira abang Haziq nanti dah jadi senior di Genius Auladlah ni;-)

Aku saja tukarkan ke sesi pagi sebab nak latih dia bangun pagi, mandi pagi sebab tahun depan dah masuk sekolah dah..nak dia biasakan diri..takderlah mama dia terpekik terlolong everytime nak kejutkan dia kan:P
Tapi yang tak bestnya..kami laki binilah..hahahaha Kenalah bangun seawal pukul 6 pagi lagi..Sebabnya nak siapkan diri lagi, nak siapkan Haziq lagi, kucing lagi, Ashraf lagi, Husna lagi, bla..bla..bla..Hehehehe padahal nak kena pastikan Haziq ada di nursery sebelum pukul 7.30 pagi lagi sebab nanti van Genius Aulad akan ambil Haziq dari situ..Kalau nak suruh ambil dari rumah, kata uncle Amir dalam pukul 8 lebih so agak lewatlah sket memandangkan kami masuk office pukul 8 pagi..Kalau nak harapkan kami hantar terus ke sekolahnya..laaaagiiiiiilah huru hara nanti hidupku:P

Alhamdulillah, pagi ni senang je abang Amirul Haziq bangun, mandi, pakai baju semua..Aku siap belikan kuih feveret dia lagi pagi tadi..kitorang sampai di taska anak-anak pun tepat 7.30 pagi..hehee


Buat abang Amirul Haziq..belajar rajin-rajin tau;-)

Selasa, 3 Januari 2012

Ashraf Hariz yang membesar bagai Juara!!

Lama tak update perkembangan Ashraf..Well, bulan ni my little baby boy dah masuk 10 bulan dah this month!! Wah kejapnyaaaaa..pejam celik pejam celik dah nak masuk setahun

But he's always be my baby..sebabnya;-

- Masih belum tumbuh gigi walau sebatang
- Masih belum berjalan mahupon merangkak (baru belajar nak berpaut benda)
- Masih makan bubur nasi yang mama masak kan (serious kuat makan, kadang-kadang sampai 2 mangkuk)
- Masih manja macam selalu;-)
- MAsih suka bermain dengan abang Haziq & kakak HUsna
- Masih suka mengutip barang untuk digigit (haisy..pantang terlepas pandang..ada je benda yang dia kutip)
- Masih belum jadi abang chik:P (abang Haziq dulu 10 bulan mama dah pregnant tau)

Oklah, layankan gambar hensem boy ni..serious buat mama cair








Ahad, 1 Januari 2012

Azam Tahun Baru 2012

Aku tahu agak 'poyo' untuk menghebahkan azam baru..yerlah kan..Nanti kalau tak tercapai buat MALU aje..macam aku cakap nak kurus..every single year pon i'm talking bout this BUT the result..teruk kena bamboo dalam facebook=P

Well, AAK (ada ahkak kesah??) aku rasa macam nak bagitahu juga since this is my blog..hahaha..Bukan apa, it is some kind of reminder for me also..Mana tahu (kalau panjang umur) tahun depan (2013) aku boleh recall balik my new year resolutions & tick what i've been done & achieve for the year 2012..Insya Allah;)

1) Spiritual - of course aku masih mencuba untuk menjadi seorang hamba Allah yang baik..Tahun ni (patut dari awal Muharam lagi) aku berazam nak jaga solat..kalau boleh tak nak lewat-lewatkan solat, tak nak subuh gajah:P & paling penting aku nak lawan nafsu jahat yang ada dalam diri..Nak jaga mulut, mata, hati & segala yang aku ada (Alhamdulillah!) supaya jangan mudah mengata, mengumpat, membuat andaian / whatso ever yang tak elok..Nak banyakkan amalan sunat, puasa sunat & kalau boleh nak kumpul saham akhirat..Harap dipermudahkan oleh Yang Maha Esa..Tak lupa juga nak jaga aurat ni..nak jaga pemakaian, kalau boleh biarlah bersesuaian dengan tema WANITA MUSLIMAH..Aminnn..

2) Fizikal - konfem ayat sama; AKU MAHU KURUS..well kurus bukannya dapat body macam model tapi kurus dalam erti kata lain sihat..i think i must do something either register myself in slimming centre / muslimah gym whatso ever & eating wise also..Ya Allah kuatkanlah imanku dalam melawan dugaan makanan sedap..Tahun ni sempena menganjak ke 3 series, aku berazam nak cantik, sihat & bertenaga!! doakan aku ya..tak kurus banyak pon takpe janji dapat BMI yang sepadan..chaiyok!!

3) Wifey - of course nak jadi isteri yang terbaik buat en suami..nak lebih memahami perangai en suami yang workaholic tu..Tak nak cepat melatah & cuba control perangai-perangai buruk aku yang ada *amboi banyaknya perangai buruk* Moga rumahtangga kami bahagia hingga ke syurga;-) Amin

4) Motherhood - Nak jadi contoh yang terbaik untuk anak-anak..nak kurangkan marah anak-anak, kurangkan menengking & nak sentiasa doakan yang baik-baik buat anak-anak..i know i'm not a good mother but at least i've try to be a good role model to them..Kalau boleh nak latih Haziq solat seawal mungkin, nak Husna pakai tudung & Ashraf be a good baby..Hahaha senang bila menulis ni, nak laksanakan tu..errrrr..susah sket..hehehehe Harapan aku moga anak-anak aku membesar dengan sihat & dijauhkan dari segala perkara yang tak elok..Insya Allah..

5) Career - aku harap tahun 2012 ni menjanjikan satu perubahan kerja buat aku..Tak kisahlah jawatan apa, gaji banyak mana pon..yang pasti aku nak komited dalam kerja..Kalau boleh nak kurangkan Emergency Leave, MC & seangkatan dengannya..Harapan untuk menjadi SAHM tu kena simpan dulu..Mungkin 2012 aku masih ingin bekerja lagi..sekurang-kurangnya dapat juga bayar hutang PTPTN yang aku pinjam dulu t____t

6) Business - masih berharap yang aku dapat kuatkan usaha untuk majukan bisness kecil-kecilan aku..Alhamdulillah, permulaan yang baik bila hampir tudung yang aku jual habis & bisnes keropok segera yang aku jual di office sentiasa mendapat sambutan..Sekarang ni aku hanya fokus skala kecil sahaja sebab masih belum dapat nak bagi peruntukan masa yang sepatutnya..Memang rasa bersalah bila ada permintaan pelanggan secara online aku tak boleh nak layan sepenuhnya..Hopefully, i'll do something bout it..kena kerja kuat sket, more biz mean more income;-)

7) Material - Tahun ni takde wishlist yang aku mahu..Cukuplah bersyukur dengan apa yang ada..Tapi biasalah..aku hanya insan biasa, mungkin satu hari akan terdetik untuk memiliki sesuatu tapi biarlah dengan restu dari en suami..Teringin juga nak beli handbag baru tapi like i said, biarlah betul-betul memerlukannya..Semoga aku lebih bijak dalam mengatur kewangan aku..

8) Kewangan - Yang ni pon macam susah nak buat tapi harus kuatkan semangat..Kalau boleh nak menabung dalam Tabung Haji secara konsisten, nak bayar hutang PTPTN lebih banyak dari biasa, nak ada emergancy saving & nak latih diri supaya menahan nafsu shopping di kala duit banyak=P Alhamdulillah haritu masa balik kampung aku boleh melatih diri dari shopping benda-benda yang tak perlu..hahaha Harapan aku semoga ianya berkekalan selalu:P

9) Rumah - Alhamdulillah, Alhamdulillah even rumah aku sekarang ni kongsi dengan en suami tapi aku bersyukur..Tahun  ni masuk 2 tahun kami menetap di sini..Rasa macam nak buat sedikit minor make over di ruang atas..nak tambah perabut sikit ke, buat built-in wardrobe ke, tukar langsir baru ke..Segalanya bergantung pada kewangan dulu..chet!! baru cakap nak jimat cermat tadi:P

10) Percutian keluarga - Owh yang ni sudah lama aku idamkan tapi setakat ini percutian kami setiapkali ada cuti konpem balik kampung sajork..Nak buat macamana..orang tua aku jauh di mata..bukan selalu boleh jumpa..Tapi aku berharap juga impian aku untuk bercuti dimakbulkan Allah..Destinasi tu terpulang kepada budget en suami..hehehehe..

Banyak giler Azam baru 2012 aku..hahahaha..menulis memang senang tapi nak melaksanakan tu..kawan-kawan semua, doakan moga aku diberikan kekuatan fizikal & mental ya untuk merialisasikan segala impian aku ni;-)

Bye!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^