Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 13 Januari 2012

Nak Join Masterchef Malaysia Musim 2 Boleh?

Sekarang ni kalau masak, lepas tu nak ambil gambar hias makanan tu macam nak masuk Masterchef aje!! Hahahahaa..Tak salah kalau nak berangan kan?? Mana tau...kot-kot aku lah pemenang Masterchef musim 2 *ok ini pon berangan lagi*

Takderlah..saje je...Actually nak bagitau eh ke nak tayang menu aku yang konon-konon menyihatkan..Dek kerana en suami bagitahu haritu masa dia buat medical check up, result yang terkini ni maaaaaakin teruk berbanding tahun-tahun sebelum ni..Semua atas pagar cukup-cukup makan saje..isy isy isy..ini tidak bagus..Kalau tak fit, camne nak g offshore kan?? eh bukan setakat g situ aje, nak g mana-mana pon susah so sebagai isteri mithali *ehem*ehem *angkat bakul nampak??* kenalah ambil langkah yang sepatutnya kan?? So bermula semalam & malam-malam akan datang..Insya Allah..menu Masterchef akan menyusul eh!! silap..menu sihat akan menyusul:P


grilled salmon with shitake mushroom & fresh vege..hambik!! jadik macam k@mbing dah kami mengunyah sayur-sayuran..Itupon sikit je ni..Doktor nasihatkan en suami suruh makan semangkuk sehari tau!! Lepas ni takde masalah sembelit lagi=)



ok, kalau masuk Masterchef, konpem kena reject awal-awal lagi sebab; presentation tak menarik, sudahlah tak menarik, tak sedap pula tu!! *ok, aku memang over, belum masuk dah bayangkan yang negatif ajork*



Untuk anak-anak pula, aku masakkan burger ayam Ramly..eh lagi sedap burger simple macam ni..Tapi aku suka daging jenama Darabeef (betul ke eja ni) lagi..tai biasalah..en suami setia dengan Ramly..

Teringat burger sedap kat food court Serdang..Masa belajar kat UPM dulu, tiap kali outing singgah situ beli..Sekarang pon kalau terkebetulan ke sana pon akan singgah beli..Owh rindu zaman belajar dulu..Tapi sekarang tak mau kot sambung belajar lagi..otak dah berkarat sudaaaaah:P

Oklah, bye!! Assalamualaikum..

8 ulasan:

Ami berkata...

salmon kang kadang masok pon still hanyir kan k ila?ami bleh masok kalu grill tepanyaki style jah,buh honey,kicap,minyak bijan,gula merah kureng sket bau dio.

Zaila Mohamad berkata...

Ami,

nanti nak try buatlah style teppanyaki ni..akak memang suka salmon walau hanyir pon..tekok mat salleh kam *uhuk* uhuk*

A.H.A.D berkata...

okla tu utk makan sendiri...kalau masuk masterchef nanti improvekanla heheh...

btw, baru gak buat grilled salmon. duk dlm draft tak post lagi :)

kasihredha berkata...

salmonnnn...ku suka :)
kalau zaila masuk MCM2
akak akan jadi penyokong setia :)

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

ada jugak rupa masakan tuh..kalo aku yg masak..x tahu rupa m/mana jadik tuh..

Ami berkata...

eh teriyaki kak hahaha tersaloh,wat gano oghe darat setahun sekali jah masok salmon hehehe

Nurhayati berkata...

wowww.. bole join nanti kan.. takpe2 kita sokong :)

Zaila Mohamad berkata...

gee ryder,

sharelah resepi salmon youuuuu;-)

Kak Kasihredha,

jom masuk sesama;)

littlehumblelynn,

mung masok takde rupa tapi rasa mesti kedabom ni;)

Ami,


hahaha..k.ila ni lagilah dok tahu..

Nurhayati,

aku takut aku terkeluar awal2 lagi..hahaha

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^