Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 17 Januari 2012

Penangan Anak Sekolah Pagi

Alhamdulillah, sejak tukarkan Haziq ke sesi pagi..kami laki bini pun selalu sampai awal di office;-)

Bagus juga..tahun ni dapat extra mark on attendance..hahahaha..Owh, tapi semalam aku terjaga agak lewat so nak tak nak kena bergegas hantar Haziq sendiri ke sekolahnya..Bukan jauh pon dari rumah & tempat kerja cumanya kalau Haziq pergi dengan van Genius Aulad, sekurang-kurangnya Haziq ada Geng Van Sekolah:P

Bila anak sekolah pagi ni, everything kena siapkan malam sebelum tu..Kalau sebelum ni aku selalu terleka..hahahaha Pagi-pagi baru nak kemas baju anak-anak, pagi-pagi baru nak iron baju..manalah tak semput sebab semua benda nak buat dalam waktu yang singkat..Well, tahun ni hopefully aura anak bersekolah pagi masih kuat dalam diri..Malam tu aku akan make sure semua baju anak-anak dah kemas siap-siap, baju kerja aku & en suami dah tersedia & everything yang aku nak bawa ke office dah ready depan pintu;-)

Bila masuk kerja awal pagi, sempatlah nak rehat-rehat sekejap before start to work..Bolehlah breakfast, make up & update blog sekejap..hehehehe this is the good things bila anak bersekolah pagi..Mulakan hari anda dengan senyuman;-)

Owh..cuma satu je aku masih belum mampu nak buat iaitu masakkan breakfast untuk Haziq..Setakat ni aku tengok Haziq macam tak biasa makan pagi..Hari pertama sekolah pon dah muntah lepas minum susu..Seb baik tak kena uniform sekolah so aku just bagi Haziq makan roti & minum air kosong sahaja sebagai alas perut..Insya Allah..aku kena tanamkan semangat untuk bangun masakkan breakfast / bekal untuk dia & kami..Dah boleh jimat dah kat situ kan:P

Oklah..i'm so happy today..Owh esok birthday en suami..can't wait to spend a day out with him this Thursday..Ada apa-apa cadangan yang menarik tak??

Bye!!

4 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

samalah kit a.. pkl 7sharp dah makesure kt atas jalan dah .. nak elak jem + punch kad merah .. kami pakai cap jari punch kad ..lmbt sesaat pun merah yo ;-)

mummY daniSha berkata...

hi...salam kenal...anak awak GA mana?anak sy baru masuk GA taun ni...tula,anak sy pun kurang sikit makan pg ni...selalu die nak minum susu je....dekat GA breakfast provided kan?danisha sy bawakkan bekal..tp tulah..die cerewet sikit..kdg2 bekal tu x abes pun...

Lynn Abd Latib berkata...

Zaila,

hr nih aku lak el,auni demam.aku pg2 mmg x smpt tgk ank.papa diorg yg tgk.aku kul 630 dlm keta dh.huhuh

Iela Fazielah berkata...

so far ila ok lg.. ila siapkan brg anak setiap pg..tp ila bgn jam 5/5.15 pagi... br nak iron bj anak n kemas bg sekolah fiqah n irfan...iron bj sendiri semua... bsh cawan n siap buat air susu utk syfqah.. biasanyer kul 6 dah siap leh mandi....hehe

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^