Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 12 Januari 2012

Terima Kasih Allah Kerana Melindungi Wardina & Keluarga


sumber berita dari sini

Agak terkejut bila baca petikan berita di atas..Namun syukur Alhamdulillah..setelah aku baca sendiri luahan hati Wardina di Official Pagenya..Alhamdulillah syukur pada Allah semuanya selamat..Tapi biasalah "berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul"..Pasti serba sedikit emosi mereka akan terganggu..Ya Allah, kuatkanlah semangat Wardina & keluarga dalam mengharungi dugaan dari Mu ini Ya Allah..Lindungi kami juga dari pandangan orang-orang jahat & sesungguhnya kami berlindung daripada Mu Tuhan Yang Maha Besar Maha Berkuasa atas sesuatu..Boleh baca luahan hati Wardina di sini.

Seriously, aku tak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat beliau..Ya Allah..peliharalah aku juga, peliharalah anak-anak aku, peliharalah suami aku..Isy..memang sesuatu yang tak nak kita bayangkan kan?? Minta jauh semua benda yang tak elok ni..Seelok-eloknya tak mau fikir tapi kadang-kadang terfikir juga..sejauh manakah tahap keselamatan rumah aku terjamin?? 

Setakat ini aku hanya bergantung kepada mangga / kunci & doa tawakal pada Yang Maha Kuasa sahaja..Setakat ini kami masih belum mengadakan sistem kawalan "alarm" di rumah..Bukan berkira dengan jumlah bayaran tapi masih belum berkesempatan lagi..Tapi setakat ini kami memberi kerjasama yang penuh kepada sistem sekuriti yang baru sahaja bertukar pengurusan baru untuk menjaga area rumah aku ni..Kalau dulu aku tak bayar *eh bukan tak nak tapi tak tahu nak bayar kat mana* tapi sekarang aku & en suami tak berkira untuk membayar sebanyak RM50 sebulan untuk khidmat yang mereka lakukan..Tapi setakat 2 bulan beroperasi, aku agak kecewa juga dengan tahap kesedaran kejiranan aku sebab masih ramai juga yang tak sanggup bayar jumlah tersebut..Pada sesiapa yang bayar akan ditampal sticker sekuriti di depan rumah & dapat car sticker juga..Memanglah ada yang masih ragu-ragu dengan khidmat mereka memandangkan semua orang dilepas masuk sahaja ke dalam taman tanpa soal siasat tapi aku rasa bagus juga ada sistem sekuriti macam ni..sekurang-kurangnya bukan senang perompak/penyamun nak masuk sesuka hati mereka kan??

Selain itu aku juga masih lemah dalam berkomunikasi dengan jiran..Bukan saling membenci tapi masing-masing busy dengan dunia masing-masing..Aku sendiri kadang-kadang balik pon dah lewat petang..Tak sempat nak bertegur sapa dengan jiran..Bukan nak tegur sapalah, batang hidung pon tak nampak:P Jiran belakang rumah ada, tapi segan nak menegur..Kang dikatakan mahu bikin mesyuarat tingkap pula:P Owh..ini tak bagussss..Insya Allah, i'll keep in my mind..nak ambil tahu hal jiran..bukan nak kepochi but this is for our good..

Bila aku baca luahan hati wardina tu, insafnya aku bila Wardina bagitahu yang dia tak ada barang kemas..Bayangkan seorang selebriti yang gajinya *konfem lagi banyak dari aku* tak berminat untuk memakai / mengumpul barang kemas..Tersentuh hati aku bila terbaca hanya buku-buku & Quran sahaja harta yang dia miliki..Terus aku terfikir berapa naskhah Al Quran yang aku ada dalam simpanan aku?? Alhamdulillah, ada juga dalam bilik tidur buat penenang hati aku di kala en suami outstation...Tetiba rasa takut untuk pakai barang kemas..Ya Allah lindungi aku..lindungilah harta benda aku!! 

Herm..apa lagi nak cakap eh..Owh haritu aku terbaca beberapa tips keselamatan rumah..Antaranya:-
- Kalau tetiba air paip kat luar rumah terbuka, jangan terus keluar untuk tutup sebaliknya pasang lampu (kalau malam) & tanya jiran (kalau ada nombor), takpon pastikan keadaan selamat baru keluar tutup & cari punca kenapa ianya terbuka.
- Jangan biarkan anak dara kita atau anak-anak tidur di ruang tamu kerana ianya boleh dijadikan umpan oleh perompak..Seeloknya kita pastikan diorang tidur di bilik masing-masing & kunci pintu & pastikan kita ada kunci pendua bilik anak-anak kita.
- Selalu bawa kunci alarm kereta bersama (senang dicapai) kalau perasan ada perompak dalam rumah, tekan alarm kereta biar mengganggu jiran tetangga anda.
- Jangan simpan barang kemas di dalam laci / tempat yang mudah dituju oleh perompak..
- Jangan melawan..cuba untuk bercakap elok-elok..pastikan anak, isteri berada bersama kita & selamat..kalau boleh bagi semua apa yang diorang minta..biar hilang harta jangan hilang nyawa *andai rasa nyawa anda masih bernilailah*
- Seelok-eloknya janganlah berkira untuk tambah tahap keselamatan rumah..Selepas itu, tawakal sahaja pada Allah swt..

Seriau aku bila memikirkan pasal benda ni..moga kita semua dijauhkan dari perkara-perkara yang tak baik..na'uzubillahiminzalik!!

2 ulasan:

Ermayum berkata...

kalau ada alarm pun kita kena tawakal n doa kan belum gurantee apa apa= hanya Allah pelindung yang jitu

dulu raya semua rumah takada gril kena masuk and dtg rasa selamat cakap dalam hati umah aku ada gril takada apa aaaa sombong tul :)lusa tu rumah i kena you dia potong gril and mangga tu huhu

so now if ada alarm or guna sepuluh mangga pun i tau that kena sentiasa minta tolong dari Nya

Zaila Mohamad berkata...

Ermayum,

totally agree with you..hanya pada Allah sahaja kita berlindung..iyalah, kita dah cuba (at least mencuba) so the rest kena percaya & yakin dengan Allah..

Moga kita semua sentiasa dilindungi oleh NYA

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^