Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 30 Januari 2012

Sekitar MPH Relocation Sale

Owh sorry baru nak hapdate..Actually sale ni dah lepas dah pown..Saje tepek gambar since aku berkesempatan pergi MPH Relocation Sale yang kat Midvalley..Well pada yang tak tahu, bukan aku saje-saje g SALE tu..oloh, skema molek kalau sanggup ke sana semata-mata nak borong buku tapi since haritu aku & en suami ambil cuti..Saje nak keluar dating berdua sempena birthday en suami kan..Dahler susah nak keluar dating berdua so bila berkesempatan tu..Akulah yang paling sukeeee:P

Tapi tak berapa nak suke sangat sebab fulus takde..hakhakahak..Tapi ok r sebab at least boleh spend quality time bergaduh dengan si dia:P


Masa ni tengah hangat sambutan CNY..ada persembahan akrobatik tapi aku takde nak tengok pon..sebab ramai sangat manusia..baik aku g makan:P

Tapi sebelum makan tu sempatlah masuk MPH sekejap..berpinar bijik mata bila tengok buku-buku yang dijual..Aku ni bukan jenis suka membaca pon tapi boleh menggila jugaklah pilih buku *sebab budget terhad kan*


Buku-buku kat rak semua dijual pada harga antara RM10-RM15..Nyesal tak beli banyak:P *dasar pentamak beli pon belum tentu habis baca*


Look at those booksssss..manerlah mak tak rambang mateeeee:P


Masa lunch hour laaaaaaaaaaaaagi ramai orang masuk borong..aku tengok je sebab tak tahu nak beli apa:P

Actually best juga baca buku ni..Teringat plak aku kat Program Nilam masa sekolah menengah duu..Pas baca buku kena catit apa yang kita faham mengenai buku tu..Aku rasa buku Nilam aku yang paling sket sekali bacaan:P

So tahun ni aku kena tanamkan balik Program Nilam dalam diri..Kalau kita tak suka baca, anak-anak laaaagilah susah nak suka kan..so Insya Allah nak bagi contoh yang terbaik buat mereka..Beli buku untuk dibaca bukannya untuk dikoyak T_____T

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^