Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 20 Februari 2012

Seharian di Sunway Pyramid

Assalamu'alaikum,

Ok, aku tipu..takderlah seharian duduk di Sunway Pyramid..saje letak tajuk macam tu baru nampak gempak sket..hehehee

Kejadian berlaku hari sabtu lepas..keluar rumah pun dah agak lewat..sampai di Sunway Pyramid dalam pukul 12 tengahari gitu *ngam-ngam time lunch hour kan* Tapi awal-awal tu jalan-jalan melangok tak tahu pasal..Masuk Harvey Norman sekejap cuba-cuba sofa berlagak macam nak beli tapi tak mampu then terkejut bila tengok harga iron steamer Philips kat situ jauh lebih murah dari yang aku beli..deng!! deng!! deng!!

Pastu jalan-jalan cari pasal lagi..pastu terjumpalah tempat mainan kanak-kanak ni..Mulalah anak-anak aku menggeletis nak main sama..memacam ada; bumping car, carousel, animal train & memacam lagilah! Naik rambang biji mata Haziq & Husna tapi aku pon naik terbeliak juga sebab ingatkan free rupanya kena BAYAR!! Hahahaha so aku pilih hak paling murah sahaja untuk diorang iaitu animal train RM4 per person for one ride..Baru RM8 + deposit kad RM3 (nanti dia pulangkan balik duit ni)..hehehe


Haziq ok je naik train ni..HUsna je cuak sket..pastu bila train bergerak dia menangis..Haisy..seb baiklah Haziq ada kat tepi & orang tu pakaikan seat belt..risau je aku kot-kot dia melompat turun dari train tu


Adalah dia bawa pusing dalam 5 minit..Haziq sukalah!! while HUsna nanges T_____T


adik duduk diam-diam dalam stroller..dah besar nanti baru boleh join abang Haziq k!!

Lepas tu kami ke Jusco..herm, takde sale kat Jusco ni..kalau ada Jcard bolehlah potongan dalam 15% tapi aku tengok baju anak-anak kalau normal price pon dah cecah RM80++ dapat less 15% macam tak berbaloi beli so kami tak beli apa-apa pon *bijak tak??*

So jalan-jalan lagi cari pasal & last-last masuk MPH layan anak-anak meroyan nak beli buku T____T

Nasib baik ada aktiviti untuk anak-anak macam story telling & colouring..Sempatlah aku tinggalkan diorang & pergi solat sekejap while en suami jalan-jalan survey buku


Ashraf sibuk nak join sama tapi mana boleh lepaskan..habis nanti dia kerjakan kertas tu:P

 

semangat betul Haziq & Husna mewarna..tak ramai pon kids yang join aktiviti ni but among them, anak-anak akulah yang paling pemalu T______T *nak wat macamana, dah gen kami macam tu*



Haziq lebih berhati-hati sket dalam mewarna, pilihan warna pun dah lojik sket contohnya itik dia warnakan kuning, rumput hijau, rumah coklat & so on:)



While HUsna masih lagi warna ikut suka hati dia je *ada ke patut itik kaler pink* Mentang-mentanglah her fav colour is pink:D

Bila dah siap semuanya, dapatlah free gift sorang satu..Aku pernah terbaca somewhere, kalau kita nak tanamkan sifat suka membaca dalam diri anak-anak, kenalah selalu bawa ke tempat-tempat yang ada banyak buku macam MPH ~we may not buy books but at least we are surrounding by lots of books:) & of courselah library macam Perpustakaan Raja Tun Uda..hehehehe

Tapi takdelah selalu aku nak bawa kan..

Then kami sambung lagi jalan-jalan cari pasal pastu terjumpalah tempat mainan kanak-kanak ni..Apa lagi, meroyanlah anak aku nak main T_____T

budak kecik ni pon nak main juga tau:)

 

Eh seb baik en suami rajin melayan karenah anak-anak while mama window shopping jap:D

Ok, ini budak memanglah suka kalau pergi ke taman permainan macam ni..huhuhuhu

hak kecik ni pon boleh tahan kemain lasak nak main sama tapi tak sedar diri masih kecil lagi:P

wowweeeeee..main slide tuuuuu

Pastu main pula Merry go Round ni..RM2 per ride tu..herm..layankan aje T____T

macam biasalah mula2 tu Husna macam nak nangis *dasar penakut*

tapi anak-anak ni kalau kita ikut kehendak diorang, pasni kalau keluar then jumpa benda alah ni konpem akan minta naik lagi T_____T

Macam aku kan tak ajar anak-anak makan ais krim tapi kalau ke Ikea, aku selalu jugalah beli ais krim yang RM1 tu so sekarang ni kalau ke Ikea, konpem akan minta air krim RM1 tu *seb baik murah!*

Sian Ashraf..tengok je dari kejauhan:P

mama pon teringin nak naik tau T_______T *tapi takut jatuh*

So hari Sabtu lepas seharian kami di Sunway Pyramid..Sempatlah beli baju untuk anak-anak di Parkson (wow, ada sale dalam 50%) & nak balik tu kami lupa parking kereta kat mana (great!)

Merasalah panick attack sekejap..stupid me! Dalam keadaan macam ni, seeloknya berhenti sekejap & remember balik masuk ikut mana, kedai apa yang ada di sekeliling, parking basement ke roof top so lepas tu insya Allah akan ingat balik..hehehe Selalu aku ambil gambar tiang tempat parking tu tapi entahlah..haritu tercareless pula T______T

Oklah..korang ke mana?? bye:P

3 ulasan:

mummY daniSha berkata...

besta duduk KL kan..macam2 shopping ada..kat melaka ni...boring dah hahaa....bilela IKEA nak bukak kat melaka huhu....

memang x berbaloi 15% je...sy selalu borong time j card....dapat 70 % hehehe..baru rase berbaloi2...

Eliss berkata...

aku duk lepak jer kat rumah. hari ahad tak msk, kenduri rumah jiran belakang.jalan kaki jer pergi.sonok gak.lepas tu gi giant beli brg dapur.

Zaila Mohamad berkata...

mummy Danisha,

kat Melaka pon banyak juga shopping mall..haritu pergi & rambang mata juga sekejap:P

Eliss,

aku ahad duduk rumah diam-diam T__T

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^