Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 6 April 2012

Ayat Ruqyah Penyembuh Sihir

Assalamu'alaikum,

Lately ni, badan terasa penat sahaja..Kalau malam tu, balik kerja lepas makan *penat pon masih nak makan juga* mesti terus nak tidur..T_____T

Haritu terbaca dekat blog Kak Sham tentang ayat ruqyah ni..so aku pon terus download & pasangkan di komputer..Jom baca fakta menarik tentang RUQYAH :

 Definisi Ruqyah

Makna ruqyah secara terminologi adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit, seperti panas karena disengat binatang, kesurupan, dan yang lainnya. (Lihat An-Nihayah fi Gharibil Hadits karya Ibnul Atsir rahimahullahu 3/254)

Secara terminologi, ruqyah terkadang disebut pula dengan ‘azimah. Al-Fairuz Abadi berkata: “Yang dimaksud ‘azimah-‘azimah adalah ruqyah-ruqyah. Sedangkan ruqyah yaitu ayat-ayat Al-Qur`an yang dibacakan terhadap orang-orang yang terkena berbagai penyakit dengan mengharap kesembuhan.” (Lihat Al-Qamus Al-Muhith pada materi)

Adapun makna ruqyah secara etimologi syariat adalah doa dan bacaan-bacaan yang mengandung permintaan tolong dan perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk mencegah atau mengangkat bala/penyakit. Terkadang doa atau bacaan itu disertai dengan sebuah tiupan dari mulut ke kedua telapak tangan atau anggota tubuh orang yang meruqyah atau yang diruqyah. (Lihat transkrip ceramah Asy-Syaikh Shalih bin ‘Abdul ‘Aziz Alus-Syaikh yang berjudul Ar-Ruqa wa Ahkamuha oleh Salim Al-Jaza`iri, hal. 4)
Tentunya ruqyah yang paling utama adalah doa dan bacaan yang bersumber dari Al-Qur`an dan As-Sunnah. (Ibid, hal. 5)

Sumber asysyariah

Perdengarkan rukyah ini.

Dengar MP3 RUQYAH SYARIAH sehingga tamat menggunakan HEADPHONE dengan volume yang kuat.
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Perhatikan setelah selesai :

denyutan jantung makin kencang
badan begegar
ada benda bergerak-gerak bawah kulit
mengantuk/menguap
batuk
gelisah
panas di tengkuk

Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom di atas, kemungkinan besar ada jin yg menghuni tubuh anda. RUQYAH MP3 amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yg mengalami gangguan jin,kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita.

Selain itu pesakit kena juga baca banyak-banyak baca dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (Surah Taha, ayat 1)

Kesannya selepas baca zikir itu adalah kita akan sendawa… Kira jin-jin dalam badan tu sakit dan kepanasan..Dengan mendengar MP3 ruqyah ini, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:-

Fikiran runsing/jiwa gelisah/khayalan
Pembatal Sihir (Saka/Santau)
Pagar Rumah (Pengusir Jin & Syaitan)
Ketenangan Rumah tangga
Anak-anak meragam/menagis tengah malam
Penambat kasih sayang antara anak/ibubapa
Pendarahan berpanjangan bagi wanita (istihadah)
Menguatkan ingatan dan hafalan dalam pembelajaran
MP3 Ruqyah

Cara Menggunakan MP3 Ruqyah

Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3 kali sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya di dalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan mp3 ruqyah ini 3 round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3 kali dan al insyirah 3 kali secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.
Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan mp3 ruqyah ini 3 kali sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3 RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*

No Nama Surah Juzuk Ayat
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-'Araf 8 54-56
9 Al-'Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya
Sumber dari sini (kat situ boleh download ayat ruqyah bacaan Syeikh Sa'id Al-ghamidi)

Eh! bukanlah aku nak bagitahu aku disihir..sekadar mencari rawatan Islam untuk diamalkan..Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Kuasa:)

Bye!

6 ulasan:

AisNy berkata...

Thanks for sharing... teman pun dah download...

Fiza Rahman berkata...

Info yg sgt berguna. Nak gi download skang ☺☺

Zaila Mohamad berkata...

Izni,

jangan lupa amalkan:)

Fiza,

download jangan tak download..pastu jangan lupa pasang kat rumah/office:)

mummY daniSha berkata...

ngeri pulak baca tang jin dlm badan tu =p

Nurhayati berkata...

bagus yer.. bole amalkan. thanks dear!

Zaila Mohamad berkata...

mummy danisha,

pelik tapi memang berlaku..orang panggil saka..kena berubat cara rawatan Islam juga

Yati,

silalah amalkan..u mengandung bagus untuk amalkan:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^