Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 8 April 2012

Friso Growing Up Together (GUT) Days

This is a sticky note, cerita baru kat bawah yaaaa *latih tangan scroll mouse tuuu*

Assalamu'alaikum,

Haritu masa ke Sunway Pyramid, kebetulan Dutch Lady ada tengah buat event Friso Growing Up Together (GUT) Days & kebetulan pula anak-anak aku memang minum susu Friso, so aku terjahlah sekejap di booth diorang ni..Semuanya disebabkan terpengaruh dengan iklan dapat baucer diskaun RM10 ke atas pembelian susu..

Tapi of courselah firstly kena daftar dulu baru boleh redeem baucer:)


Haritu aku beli susu Haziq & Husna Friso 4 (untuk 3~9 tahun) harga asal adalah RM45.90 so bila guna baucer dapatlah beli dengan harga RM35.90/tin. Memang murah!!

Lepas tu boleh lagi redeem soft toy sebab dah beli susu Friso..siapa tak suka kalau dapat barang free kan:P

Bila dah daftar, bolehlah join aktiviti Get Together yang ada kat sini.


pic ni aku ambil dari website Friso Growing Up Together..

Tapi hanya seorang dewasa & seorang kanak-kanak je boleh masuk..so aku & Haziq bersungguh yang masuk


kat sini adalah kaunter pendaftaran, actually ada juga colouring session tapi aku tak join sebab masa tu masing-masing tengah melapar so g makan dulu penuhkan perut baru boleh jalan-jalan dengan sukahati:)


Abang Haziq tengah excited tunggu turn nak masuk dalam khemah khas di mana most of the activity berlangsung dalam tu..Most of the game tu adalah permainan interaktif, memang enjoy main:)


kat dalam khemah ni ada game seperti Lilypad hop (bila kita melompat, akan ada tompokan daun teratai) susah nak describe sebab ianya permainan interaktif, ada satu game tu (kalau tak silap mad monkey) game dia kena tangkap buah-buahan so everytime gambar buah keluar kat skrin, aku & Haziq kena pegang tangan masing-masing so that dekat skrin akan appear jala..syok juga main game ni:)

paling best bila ke segmen Mum + Me Virtual Painting


Step 1 : diorang akan ambil gambar foto kita, then diorang akan suruh pilih background & penambahan aksesori dalam gambar tu. Haziq pilih tema underwater world:)


bila semua dah siap, diorang akan print outkan gambar tu on the spot..Canggihlah printer yang diorang guna ni, rasa macam nak beli je satu:P


Nanti aku tunjuk gambar yang kami ambil:) Kelakar pon ada but seriously it's FUN!! semuanya main touch screen aja..jakun mek noksss


Pada yang berminat, nantikan next event untuk Friso Growing Up Together (GUT) Days di Aeon Bukit Indah, Johor Bahru bermula dari 13~18hb Mac 2012 (sempena cuti sekolah ni lama sket) & di Queensbay Mall pada 5~8hb April 2012..Kalau dekat-dekat, nak je pergi lagi sebab nak beli susu murah punya fasal..hehehehe

More info, bolehlah ke fanpage Friso Growing Up Together:)

4 ulasan:

Nurhayati berkata...

suka ar activity camni.. bukan anak2 je sronok..maknya pun sronok jua haha

A.H.A.D berkata...

dedua tempat tak pegi one u & pyramid...adoii melepas!

Unknown berkata...

saya pernah dpt tiket free ke sunway lagoon dr friso...

Zaila Mohamad berkata...

Yati,

hahaha..mama dia memang!! over excited sokmo:P

Gee,

hehehe sorry terlambat bg info:P

bada,

friso ni memang aktif juga buat event untuk parents:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^