Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 27 April 2012

Siapa Nak Ole-Ole Dari Sabah??

*This is a sticky post, scroll down for more updates*

Waaahhhh kelas ko Jah...ayat kemain lagi "scroll down for more updates" Macamlah setiap hari 5,6 kali update belog...muahahahaha

Ok abaikan..ni nak buat pengumuman ni..

Demi menghargai reader belog haku; tak kisahlah sesiapa yang suka masuk baca belog merapu ahkak ni samaada masuk nak membaca secara berhemah ke, nak mengata secara belakang ke, nak usha saje-saje ke..Insya Allah there will be something for youuuu...Aku dah decide untuk bagi 5 hadiah secara percuma kepada uolsss..

suka tak?? suka tak?? Hadiah tu bukan berupa wang tunai yaa..Agak-agakler sikit..Mungkin dalam bentuk Fridge Magnet, brooch mutiara / gelang mutiara..Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Sabah bah:) *tak sabar dah nak shopping kat sana..duit poket kan dah ada*

Kalau dengan aku senang sahaja..Takyah nak buat entry memuji, takyah nak letak link blog aku ke hape..Tapi kalau lepas dapat hadiah tu, nak cerita kat blog cakap terima kasih lagi bagus:P *matiklah kena kutuk*

Apa yang korang kena buat adalah TUNGGU..tunggu je aku balik bercuti dari Sabah iaitu dari 27/04/2012 ~ 01/05/2012..Lepas tu aku akan lanting-lanting *pinjam ayat Redmummy* hadiah tu ikut suka aku so nak jadi yang tercepat tahu, better follow my blog kalau betul-betul nak hadiah FREE..First komen akan dapat..Nanti akan ada 5 slotlah acara melanting ni..Nantikan tajuk entry "Ole-Ole Sabah for FREE"

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..

Mode aku : menghitung hari..

9 ulasan:

littlehumblelynn berkata...

zaila

bab contest ni selalu x bernasib baik sgt..sila belikan aku FM aci?aku bayor ler..kira claim kemudian..

lain xmo..hanya FM shj..
ke nak aku bank in selalu..sila pm email ko..mamawicah@gmail.com

Ermayum berkata...

tunggu gak ni

camna nak buat sticky notes ni?

mummY daniSha berkata...

lanting2?aper tu heee

DaZzlingLilLy berkata...

wah mst dah tak sabaq nak ke sabah bah tu kan...nnt amik gambar bnyk2 tau..

zailamohamad berkata...

Lynn,

alah, tak payah nak bayar segala..nanti aku belikan:)

Ermayum,

lepas publish je entri yang kita nak buat sticky note tu then kita ke dashboard klik dekat post setting & tukar masa & date (yang kita nak stickykan entri tu sampai bila) then klik publish again..kiranya nanti post tu akan duduk atas sampailah date kita set:) rasanya zaila ada buat entri kat bahagian tutorial;)

mummy danisha,

lanting2 tu kalo ikutkan macam lebih kurang nak pass kat sesapa r..

Lilly,

Insya Allah..kalau aku ingat..aku ni pergi dengan anak2 je..takut tak dan nak snap gambar sebab dok stress jaga anak..LOL

maya amir berkata...

aku nak FM.. bile bab nak lanting FM jek, ko riki aku dulu..eh? boleh gitu..hahahaha...

Tihara berkata...

wahh zaila nak holiday kesabah..happy holiday..semua blogger apakt dok p sabah ni..haihh takleh jadi ni :)

zailamohamad berkata...

Maya,

mana boleh..first come first serve r..hehehe tapi untuk ko aku bg free sajork..takyah tunggu lantingan pon:P

Tihara,

ha'ah..betul..ramai blogger ke Sabah tahun ni..hehehe

Qyla Aqilah berkata...

The pit stop of fashion lovers. We offer the range of dazzling and mesmerizing Sarees for your Baju Kurung,Kebaya and Kaftan, Punjabi Suits, Salwar Kameez exclusively imported from India. Various colors, designs, popular fashions, and textiles custom-made for you to bring colours in your life

http://dedazzlerzzshoppe.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^