Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label giveaway. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label giveaway. Papar semua catatan

Selasa, 31 Disember 2013

Giveaway Sejuta Viewers Blog Zaila 2013


Assalamualaikum,

Lama sudah rasanya aku tak buat Giveaway blog kan? Kali terakhir dulu tahun 2010 sempena dengan pembukaan blog Mari Kelih aku. Ya Allah, lamanyaaaaa..Ok tak nak cerita panjang, kali ini aku mahu buat Giveaway sempena meraikan pengunjung ke SEJUTA blog ini. Alhamdulillah berkat berblog tanpa mengenal erti penat lelah (cewah ayat macam poyo je) kini view blog ini akan mencecah angka sejuta tidak lama lagi. Harapnya boleh hit SEJUTA sebelum tahun baru inilah ya!


Semalam bacaan dari hasil screenshot (tangkapan skrin) adalah 931330, hari ni mungkin sudah 932+++, Jadi sebagai penghargaan aku kepada semua, aku ingin menganjurkan Giveaway Sejuta Viewers 2013 bermula hari ini. Ada dua kategori yang boleh dipilih iaitu :

Kategori Biasa :

Hadiah yang Ditawarkan : 2 x RM50 (satu blog akan dipilih setiap bulan iaitu November & Disember)

Syarat-syarat penyertaan :

1) Buat entri khas bertajuk "Giveaway Sejuta Viewers Blog Zaila 2013"
2) Letakkan link blog ini http://zailabinimdae.blogspot.com/ di tepi side bar blog masing-masing
3) Letakkan komen di ruangan komen ini dan link kan balik ke Entri ini

Pemenang akan dipilih secara rawak jadi sesiapa sahaja boleh memasukinya. Tapi bagi pemenang bulan November, tidak boleh memenangi lagi untuk bulan Disember 2013.

Kategori Bisnes :

Hadiah yang ditawarkan : peluang memasuki kelas asas blog & fanpage secara PERCUMA (beserta 1 nota ebook asas blog & fanpage)

Syarat-syarat penyertaan :

1) Buat entri khas bertajuk "Saya Mahu Menjadi Protege Kelas Asas Blog & Fanpage Zaila Mohamad"
2) Nyatakan sebabnya (boleh buat karangan panjang mahupun pendek)
3) Letakkan link blog ini http://zailabinimdae.blogspot.com/ di sidebar blog
4) Letakkan link blog ini http://sohodirectory.blogspot.com/ di side bar blog
5) Letakkan link blog ini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/ di side bar blog
6) Letakkan komen di ruangan ini dan link kan balik ke Entri ini

Hadiah Utama SEJUTA Viewers :

Hadiah ini adalah bagi mereka yang berkesempatan menjadi pengunjung ke SEJUTA blog ini. Sila emailkan paparan screenshot ke email aku zailamohamad@yahoo.com dan hadiah menarik iaitu wang tunai sebanyak RM50 akan dikreditkan ke akaun anda!!! Sekiranya terdapat lebih dari seorang, maka sistem siapa cepat dia yang dapat akan digunakan dalam menentukan pemenang!

Oklah, itu sahaja syarat peraduan ini, sesiapa sahaja boleh menyertainya dengan memenuhi semua syarat yang aku letakkan di atas. Kalau ditanya aku nak pilih kategori mana, jawapan aku baik pilih kategori bisnes sebabnya boleh dapat ilmu berniaga online. Daripada ilmu yang dapat tu boleh pula jana pendapatan dengan blog & fanpage, silap haribulan lagi kaya dari aku..HAHAHA

Tapi sudah tentulah semua student aku tak boleh masuk kategori bisnes sebab mereka dah KAYA. Eh! Bukan sebab mereka dah ada semua asas dalam membina sebuah blog & fanpage yang berpengaruh. Kalau nak masuk kategori 1 baru boleh. Sila-silakanlah ya :)

Pada yang masih belum faham, sila tinggalkan komen atau berhubung terus ke email zailamohamad@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih dans elamat mencuba!

Rabu, 4 Julai 2012

Ole Ole Sabah Percuma!


Assalamu'alaikum,

sukanya! sebab semalam cecah juga angka 1000..Bersempena dengan itu, aku nak bagi 3 hadiah ole-ole dari Sabah yang aku janjikan dalam entri dulu..Hehehehe Sorry lama kepam baru nak kasi..Dah basi tau:P

So sape yang komen terawal, ketiga & ke lima akan dapat ole-ole dari Sabah yang merupakan FM & brooch mutiara je pon..Nanti kalau aku happy lagi aku bagi lagi ole-ole Vietnam..Insya Allah!

Bye:)

Jumaat, 27 April 2012

Siapa Nak Ole-Ole Dari Sabah??

*This is a sticky post, scroll down for more updates*

Waaahhhh kelas ko Jah...ayat kemain lagi "scroll down for more updates" Macamlah setiap hari 5,6 kali update belog...muahahahaha

Ok abaikan..ni nak buat pengumuman ni..

Demi menghargai reader belog haku; tak kisahlah sesiapa yang suka masuk baca belog merapu ahkak ni samaada masuk nak membaca secara berhemah ke, nak mengata secara belakang ke, nak usha saje-saje ke..Insya Allah there will be something for youuuu...Aku dah decide untuk bagi 5 hadiah secara percuma kepada uolsss..

suka tak?? suka tak?? Hadiah tu bukan berupa wang tunai yaa..Agak-agakler sikit..Mungkin dalam bentuk Fridge Magnet, brooch mutiara / gelang mutiara..Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Sabah bah:) *tak sabar dah nak shopping kat sana..duit poket kan dah ada*

Kalau dengan aku senang sahaja..Takyah nak buat entry memuji, takyah nak letak link blog aku ke hape..Tapi kalau lepas dapat hadiah tu, nak cerita kat blog cakap terima kasih lagi bagus:P *matiklah kena kutuk*

Apa yang korang kena buat adalah TUNGGU..tunggu je aku balik bercuti dari Sabah iaitu dari 27/04/2012 ~ 01/05/2012..Lepas tu aku akan lanting-lanting *pinjam ayat Redmummy* hadiah tu ikut suka aku so nak jadi yang tercepat tahu, better follow my blog kalau betul-betul nak hadiah FREE..First komen akan dapat..Nanti akan ada 5 slotlah acara melanting ni..Nantikan tajuk entry "Ole-Ole Sabah for FREE"

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..

Mode aku : menghitung hari..

Khamis, 3 November 2011

Giveaway My Granny Square


Hari ni aku nak ajak korang join GA dari one of my blogger fren yang memang setia meninggalkan komen kat blog aku..Huhuhuhu..sungguh rasa malu sebab aku jarang-jarang dapat berkunjung balik menjenguk blog beliau..Sorry ya Tiha..So sebagai menghargai jasa beliau, meh kita meriahkan GA yang Tiha buat..

Cara-caranya senang bangat;-
1) Follow Blog Herba-Tihara & onshop2u ~ ok done!!
2) Buat entri bertajuk "Giveaway My Granny Square" ~ ok done!!
3) Letak banner ke dalam entri ~ done also!!
4) Link entry ~ ok, pasa sape-sape nak join, meh klik sini
5) Tinggalkan entri di kotak komen ~ jap lagi pas publish entri ni aku buat;)

Senang bangat so apa lagi, meh kita join;)

Selasa, 1 November 2011

Pemenangnyaaaa adalah!!!

Seperti yang dijanjikan...hanya pengomen pertama je yang dapat..hehehe..Aku saja tak publishkan awal-awal sebab nak kasik surprise kan..

Apa-apa pon, thanks uols yang masuk baca blog aku..Lepas ni jangan segan silu lagi nak tinggalkan komen..cuma aku nak mintak mahap banyak-banyak sebab aku tak boleh nak berkunjung balas..Maklumler, tengahari sibuk dengan kerja, malam sibuk kerja juga tapi kerja ngan anak-anak:P

Thanks ya korang..Insha Allah, kalau aku ada benda yang menarik lagi aku buat giveaway lagi..Buat aNaYaNa..tahniah...pahni drop by alamat deh..buleh Kak Ila poh selaluh:P

Isnin, 31 Oktober 2011

Free Fridge Magnet From Uzbekistan

Photobucket

Nak menghilangkan Monday Blues semua..aku nak bagi free fridge magnet from Uzbekistan ni..Sila tinggalkan nama & alamat email kat ruang komen tu..Komen pertama je akan dapat so siapa cepat dia dapat yooooooo..Nanti aku bagis ekali dengan FM Cameron Highland haritu so kira dapat double FM r hari ni..rejki tu uolsss

Khamis, 28 Julai 2011

Siapa Pembaca ke 50 000??

Aku baru perasan web counter kat blog aku dah cecah kunjungan yang ke 50 158 tepat 9.49 malam tadi..Tocei..Tocei..Tercapai juga hasrat aku nak kunjungan ke 50 000..Tapi siapakah gerangannya???

Ada tak?? Ada tak?? Kalau ada, emailkan bukti screen caption ke email aku & bagi nama & alamat, aku nak pos fridge magnet ni cepat-cepat;)

Kalau dalam masa 2 hari masih takde pemenang, aku akan cari pengunjung ke 55555 lah boleh;P

Ahad, 13 Februari 2011

Giveaway

Waaah, first time gitu Zaila buat giveaway..Kali ni bersempena dengan kedatangan orang baru ke dalam famili, Zaila berbesar hati untuk menderma menghadiahkan baucer 20% diskaun ke atas barangan Bumble Bee yang terdapat di Mom's Care.

Senang aje nak masuk gieaway ni, tinggalkan komen beserta link & kalau xde blog tu letak address email pon boleh. Tak ada slogan, tak ada kena buat special entry sebab tuan empunya blog ni malas nak fikir panjang nak decide entry siapa yang terbaik so pada yang berminat untuk mencuba tu,bolehlah drop by your blog link / email address ya..

Closing giveaway ni pada 28hb February 2011 & pemilihan akan dibuat secara rawak & keputusan pengadil (read : Zaila) adalah muktamad..Insya Allah awal bulan Mac Zaila akan buat pengumuman siapa yang bertuah dapat baucer ni..20% diskaun..banyak juga tu!!!

Sedikit info tentang baucer ni;-

- Hanya boleh diredeem di Mom's Care Outlet sahaja iaitu di Ikano Power Centre, One Utama (New Wing), Midvalley Megamall, Penang Queensbay Mall, Ampang POint Shopping Centre, Sunway Pyramid, Aeon Tebrau Shopping Centre
- Baucer ni xboleh ditukar kepada cash & hanya untuk barang pada harga normal (bukan promosi)
- Baucer ni valid sampai 30 June 2011 so pada mereka yang menang tapi xde kat Malaysia / kat negeri mereka xde outlet ni, bolehlah bagi alamat sedara mara yang lain ke atau kawan2 ke so that Zaila boleh pos kepada mereka.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^