Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 26 April 2012

Thursday Punya Ramblings

Assalamu'alaikum,

Pecah rekod bila tak update blog berhari-hari..Mesti ramai yang tertanya-tanya kan mana aku pergi..especially my stalker kan?? Errr ada ke?? Hehehehe:P

There are many reasons why i keep myself hibernate..selalunya aku tak macam ni tapi entahlah..bak kata omputih "once in a blue moon" aku akan berperangai pelik..Pelik macamana tu?? Pelik in other words very sensitive, cepat marah, down & full of negative vibes around me..Kalau orang pompuan, konpem akan faham sebab dah memang sifat orang pompuan kan..but NO, i'm not pregnant (yet) nor PMS mode:P Entah jin apa yang menumpang dalam jiwa ni..cet!

So here are my rambling thoughts for today;)

1) Yap..tomorrow will be the day; i + kids + SIL will fly from KL - Labuan. Flight pukul 0735..giler nak kena keluar rumah pukul berapa lah tu..sudahlah kain baju tak packing lagi (virus M melanda)..Semalam aku buat web check in, syukur sebab me & my kids duduk dekat-dekat:) FYI, masa buat web check in tu kita boleh pilih seat, in case kalau pergi dengan anak-anak & lepas tu seat kita & seat anak-anak jauh so bolehlah tukar seat (RM6 for normal seat & RM30 for hot seat) Kalau tak nak berdebar awal-awal lagi masa booking tiket tu pilih seat siap-siap tapi i tell you konpem tiket korang akan lagi mahal:P well, itulah Air Asia

2) Actually since ahad lepas lagi i've noticed something dalam mulut Ashraf..dalam hati praying that it is not the sign of HFMD..Memang a bit confused sebab tengok dia pon aktif, takde nangis, takde demam & takde sign of bintik-bintik di kaki & tangan tapi still aku bawa juga Ashraf ke klinik untuk check up..Sadly, doktor tu cakap kemungkinan itu wabak HFMD..Luluhlah sekejap hati ni, maklumlah in a few days nak bercuti..Oh! Ashraf..kenapa kamu mesti sakit:( Alhamdulillah, he is now recovering..Pray for my Ashraf Hariz k..selalu bikin hati mama gundah gulana sebab suka bagi sakit mengejut ya..Last time when we was in Melaka..Remember sakit mata remember DEMC:) so please pray that our vacation will be smooth without any check in in DEMC again..Insya Allah!

3) Semalam baru tahu yang boleh bawa buggy (stroller) masuk dalam flight tanpa ditimbang so aku terus ajak en suami beli buggy (well economical punya buggy since nak pakai untuk travel je pon) untuk Ashraf..Maklumlah, selama keluar ke mana-mana memang letak budak comel tu dalam stroller & since stroller yang ada berat & not flight friendly, so aku pujuk juga en suami untuk belikan new one! Bought at Giant (tak pasti jenama apa tapi very cheap at RM99.90). Yang penting, senang lipat & takderlah berat sangat untuk diangkat..Mind you, i'm travelling alone yaa..kalau ada en suami sudah pasti dia yang gagah perkasa buat semua tu:)

4) Alhamdulillah, all my itenarary in Labuan-Kundasang-Kota Kinabalu have completed (well long time ago when the excitement is high) sekarang ni dah macam biasa dah..malah makin malas nak fikir:P We'll be staying at my sister's house in Labuan, Strawberry Garden Hotel in Kundasang & Promenade Hotel & Apartment in Kota Kinabalu. Semoga dipermudahkan segalanya..Insya Allah will review my experience later. My sister suggested to take ferry / speed boat (depends on the weather) from Labuan to Menumbok & from Menumbok, we will travelling by rented MPV (of course with a driver) straight to Kundasang & Kota Kinabalu. Nanti kiranya pakcik tu akan jadi personal supir kami bila di sana nanti:) Semoga dipermudahkan segala perjalanan kami nanti..

5) Sedih bila fikirkan pasal business aku..At one point, aku rasa macam nak give up aje tapi biaserlah..sesekali kita akan dicuba dengan pelbagai karenah pelanggan. Aku harap dapat belajar from my mistake & tak akan repeat again next time..Ikut kata hati..kalau since the first time deal pon dah banyak songeh (i mean kejap nak itu, kejap nak ini) memang betul kata hati; this is not right..senang-senang kansel last minute even after all orders aku dah beli..Tolonglah, pada sesiapa yang baca, please take note juga; kadang-kadang kita (as a customer) rasa kita boleh buat macam tu (read : bagi order, pastu keep pushing cakap nak cepat, keep asking for photos, keep pushing to deliver by this week & then suddenly cancelled your order). Rasa macam nak sumpah aje orang tu but as a muslim, i believe in rezqi..it's ok (eventhough nanti aku kena soal siasat by en suami kenapa barang ni tak pos lagi? kenapa orang tu tak nak pula? & thousand of kenapa which sometime makes me feel upset & down sangat-sangat). Moga ada rezqi yang lain..Amin..

6) Lagi dekat nak cuti, laggi stress dengan keje, in fact baru je kena marah dengan bos:( memang sedihlah bila kerja jadi kuli batak ni, bila tak dapat capai apa yang ditarget, we (read : kuli batak) always yang kena which is somehow aku rasa tidak adil. Tapi proteslah macamana pon, still kata-kata bos juga yang betul sebab dia yang bayar gaji kita kan..Herm..bertabahlah duhai hati..Allah knows best..Andai rezqi ku masih di sini..layankan ajeeeee pe'el orang tua tu..huhuhu Owh, by the way, ada 2 tender yang nak kena siapkan & 4 tender yang bikin hati aku panas..tapi esok aku dah start cuti so fedulikan..Masuk kerja tadah telinga je dengar bebelan bos..hehehe

7) Instead of kena marah dengan bos, i guess ada rahmat juga. Bulan ni bulan increament gaji..Herm, tak expect naik banyak sampai ribu riban pon..Bersyukur dengan rezqi yang ada..Of course dapat back dated dari bulan January lagi..Alhamdulillah, merasalah dapat duit (nanti sebab belom gaji lagi) buat belanja berjimba di Sabah..Weehuuuuuu:)

8) Owh dan-dan tu rasa nak resign...Arghhhhhhhhh!! tapi kalau duduk rumah jaga anak tanpa side income masuk ribu riban sebulan tak best juga *sigh*

9) Oklah! thanks for reading my ramblings..lega dah terluah semua..tapi ada juga yang disimpan dalam hati..tak boleh nak bagitau semua, nanti adalah manusia cakap belakang pula..HAHAHAHA takderlah..gurau je..

10) Doakan semoga akus elamat pergi & selamat kembali (dengan waras) & semoga aku tak lupa nak snap gambar..HAHAHA bukan selalu boleh g Sabah so haruslah snap gambar banyak-banyak even dari kamera bukan DSLR..LOL Oh! en suami, silalah bertabah duduk sensorang ya:P

2 ulasan:

littlehumblelynn berkata...

Zaila

take care beb.have a good vacation.luoakan soal keja,biz sumer.just enjoy to the max!!

mummY daniSha berkata...

semoga selamat pergi dan balik...enjoy ur holiday n take care =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^