Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 9 Mei 2012

Travelogue Sabah Day 3 ~ Poring Hot Spring Ranau

Assalamu'alaikum,

Lepas penat bergambar di Kundasang War Memorial Park, kami terus gerak ke Ranau. Perjalanan dari Kundasang ke Poring Hot Spring adalah lebih kurang 33km. Sempatlah ketiduran dalam kereta jap..

Sampai-sampai je di Poring Hot Spring..Ramainya orang..Sudahlah masa tu dalam pukul 11 pagi (Kalau di sana dah macam 12 tengahari; matahari dah terpacak atas kepala dah) so memanglah panas..huhuhu

Suasana hijau je..Damai sungguh..Bertuah pada sesiapa yang tinggal di Sabah ni:)






Ni gambar depan entrance tempat nak bayar tiket..Harga adalah berbeza-beza..Kalau nak mandi lain harga, nak masuk Taman Rama-Rama lain harga (ke ada pakej?) Yang pasti aku lupa..Hehehe Tapi jangan risau, tiket bayaran untuk rakyat Malaysia adalah murah & berpatutan yaaaa:)


Ini jambatan sebelum masuk ke taman Hot Spring..kat bawah tu ada sungai yang mengalir..


Kat sebelah sana jambatan lama..Gayat juga kalau jambatan gantung macam tu..Jambatan sekarang jambatan konkrit dah..Nak lari-lari pon boleh:)





Kat sinilah keluar mata air panas tu..Owh,kami semua tak mandi pon dek kerana kolam penuh..Datang semata nak masuk tengok sahaja..Memang ramai orang yang datang mandi-manda & pada sesiapa yang nak datang mandi ke sini, aku nasihatkan datang awal-awal pagi sket..Cuaca tak panas, orang tak ramai, kita pon tak rimas:)


Ni kat depan Taman Rama-Rama, kena bayar RM2 sorang kalau tak silaplah..Tapi kami tak masuk pon sebabnya kat luar pon dah banyak rama-rama berterbangan..HAHAHA Pastu aku tengok jalan dalam taman tu macam susah je nak tolak stroller so malaslah masuk..Masa ni masing-masing dah penat & lapar..Dalam gambar je muka masing-masing sengih tapi kat luar tengah berperang dengan perasaan lapar & panas:P


Memang rugi sebab kami tak mandi tapi aku takleh imagine mandi air panas tengah panas dengan anak-anak yang kelaparan..Memang huru-haralah kan..So kami duduk sekejap je di situ & balik ke Kundasang makan tengahari di Restoran HIdayah.

Dalam pukul 2 lebih balik ke Hotel & check out..Rupa-rupanya dah ada orang yang datang nak tinggal di chalet kami tu..Tapi dek kerana lama menunggu kami, diorang pergi makan dulu..hehehe

Oklas...bersambung next entry pulaaaaaaaaaaaa..

1 ulasan:

DaZzlingLilLy berkata...

best boleh mandi kat hot spring cenggini..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^