Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 3 Ogos 2012

Baju Raya~Beli atau Tempah??


Assalamu'alaikum semua!

Puasa tak sampai separuh bulan tapi aku percaya mesti rata-rata dari kaum Hawa dah buat persiapan baju raya kan? Ahaksss..owang fomfuan memang hover!

Macam aku setiap tahun pon beli hak siap je..memang tak pernah tempah sebabnya malas nak cari tukang jahit yang memenuhi citarasa aku..Tahun ni merasa pakai baju gelemer dengan manik-manik sekali lagi..Raya kan sekali setahun so kenalah pakai yang bling-bling gitu:P

Baju raya aku semuanya dibeli di Vietnam. Memang puas hati dengan hasil sulaman maniknyaaa...tema baju raya tahun ini adalah polka dot..ada kelabu & biru..Korang tema warna apa??

8 ulasan:

~aYu~ berkata...

sy pun xtempah. beli siap je. samala. baju made in vietnam gak..

Nieda berkata...

MESTI VOUGE THN NI.

:: Riri-Fatieha ::~ berkata...

beli dah siap senang. hehehe... lagipun bnyk fesyen yg cntik2 dah skrg ni harga pun berpatutan...

mummY daniSha berkata...

mesti cantekkan beli baju kat sana..taun ni semua tempah hehee...taun lepas2 semua beli siap hehee

DaZzlingLilLy berkata...

aku mmg tiap tahun tempah,almaklumlah nak bergaya ala retis tapi bajet ciput.haha..yg beli siap pn ada..tema tahun ni kuning diraja..hehe

Nurhayati berkata...

sulam sulaman vietnam mmg cantik2.. halus je buatannya.. yg pasti murah hehehe..

baju raya ku tak tempah pun, beli je la nanti..last minit kot.. sbb nak kempiskan lagi mana tak kempis ni huhuhu

kasihredha berkata...

tak tempah...dan tak beli lagi.
Cantik ar manik2 tu

zailamohamad berkata...

~ayu~

waaahh kelasss youuu..mesti glemer baju raya dari Vietnam ni

nieda,

alahai vogue sikit je..huhuhu

Riri-Fatieha

betul tu..setuju sangat2

mummy danisha

waahh semangat tu tempah semua:)

Lilly

tak sabar nak tengok baju raya ko:)

Nurhayati

alahai..mesti kurus punyaaaaa

kasihredha

cepat beli kak..nanti dah raya tak sempat melaram baju baru:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^