Lamanya aku menyepi kan..huhuhu Nak wat camne..moood takde..nak ON lappy pon malas..tapi Alhamdulillah hari ni ada masa sedikit so nak updatelah mana-mana entri yang ketinggalan ni..Tinggal beberapa hari lagi nak raya..so macamana persiapan uolss semua?? Aku biasa-biasa jelah..Setakat ni dah settle beli baju raya anak-anak..Untuk mak bapak, recycle je mana yang boleh T____T
Sedih bukan?? tapi macam nilah lumrah orang ada anak..semuanya berkisar tentang anak..Nak-nak yang ada anak ramai macam aku ni EH! Lagipon kita orang tua ni takkan nak melaram sampai beli 10 helai baju kot..bersederhanalah dalam semua benda yaaa..Elakkan pembaziran:)
Owk alloh, tajuk lain dok cerita tang lain..hehehe Oklah actually nak bagitahu tahun ni pecah rekod aku berbuka di luar hanya 3 kali je..Al maklumer..sekarang kan aku dah jadi tukang masak sepenuh masa so Alhamdulillah..tak pernah lagi jejakkan kaki ke bazar Ramadhan, tak pernah lagi keluar makan buffet berbuka di hotel atau beli kat mana-mana kedai..hehehe Gigih tahan nafsu:P
Ok, first time berbuka di luar bila abang ipar aku ajak berbuka di rumahnya di Kinrara..Alhamdulillah..meriah dengan makanan & anak-anak pon suka bila bertemu dengan sepupu-sepupu mereka:)
Anak-anak aku; harta dunia akhirat:)
Kali kedua pula berbuka di Shah Alam Convention Centre (SACC) sempena dengan majlis berbuka puasa anjuran tempat en suami bekerja..Ehem ehem..bekas majikan ahkak juga ni..Ruginya dah berhenti..kalau tak..merasalah dapat bonus sebulan..boleh buat shopping raya!!
Makanan kat sini memang meriah..macam-macam ada; dari kambing, laksa, nasi pelbagai lauk, sate, kuih muih, ais krim..sampai tak termakan..Tapi esoknya aku cirit birit..hambik kooooo..lembiksss..Inilah padahnya kalau makan macam-macam..perut pon terkejut tau:P
ramai staff & ahli keluarga datang berbuka..Sambil mengeratkan silaturrahim sesama kita..cewah!
Errrr tuan blog yang makin kembang semangkuk dah ni..hehehe
Kali ketiga aku berbuka pula bila makan nasi arab di Seksyen 7..Alahai..ramainya manusia..makan pon tak tenang tau..dengan anak buat perangainya..herm...
Kesimpulannya, aku lebih suka memilih untuk berbuka di rumah kerana;
- Of courselah makanan yang kita sediakan memang terjamin dari segi kebersihan & mengikut piawaian anak tekak ni..Suka hati nak masak apa pon sebab en suami memang jenis tak memilih makan..
- Boleh makan dengan tenang & lahapnya..HAHAHA..kalau asyik makan kat luar, tambah-tambah aku ni yang ada anak kecil, susah..nak makan lagi nak layan anak lagi..takleh kosentret makan!
- Senang nak solat maghrib..pengalaman berbuka puasa di luar ni memang memeritkan..lepas makan nak kena bergegas-gegas cari surau sebab nak solat..kalau dok layan ambik makan banyak-banyak kang, nanti bila nak g solat, surau penuhlah apa..takpon nak kena bergegas-gegas pulang ke rumah semata-mata nak solat..leceh kan..terawikh tu sah-sah dah antara 2 dah antara nak pergi dengan tak nak dek kerana kekenyangan..rugi..rugi..
- Membazir..yang ni paling ketara..Kalau kena keluarkan duit sendiri bayar tak rasa membazir ke bayar dalam RM50~100 sekepala tapi makannya tak habis semua pon..sayang kan..duit tu macam-macam boleh buat..boleh bagi derma ke buat belanja anak yatim makan ke & so on..
Oklah..tu hanya pendapat aku..lain orang lain caranya..apa-apa pon..sama-samalah kita mengejar saki baki Ramadhan untuk mempertingkatkan amalan kita..Insya Allah..
9 ulasan:
samo la kak ila..sedak bukok dumoh jah..g makan luar kalu sae2 ajok lah..tubek shopping pon tra gop balik sblm maghrib...
saya suka di rumah :)
2-2 best. if kat rumah boleh bersantai2. tp kena masak/beli, kena hidang dan paling mls. kena basuh pinggan mangkuk...hehehhe. if kat hotel/buffet..just hulur $$$. cuci tangan...ngeee
setuju ngan zaila,saya tahun ni tak buka tak luar langsung,g bazar sekali je.wah.hihi.mmg sengaja.mahu diet.lagipon dari pengalaman2 lepas buka luar,buffet semua tu xbest,sebab org crowded.baik mkn kat umah je
tahun ni hubby batalkan semua jemputan mkn kat luar sebab ma abah ada kat rumah. x gamak pulak angkut diorang pegi hotel kan, orang tua kan mungkin x kena selera.so berbuka laa kat rumah jer.
rasanya lg baik berbuka di rumah..sekali sekali berbukia di luar tu ok,tapi aku lg suka berbuka cara ala carte dr buffet..sebabnya kitorang makan ciput jer..kalo buffet mmg membazir..
kat rumah lebih baik...tapi
sesekali boleh le di hotel
suke makan luar sebenarnye tp x tahan kalau ramai org..pening pale..lg2 kalau danisha buat ragam huuu
farah
tulah..kak ila pon samo jugak..malas nak tubek kalu xdok undangan mano2
Tihara,
samalah kita! give me 5
Has
tang basuh pinggan tak suka tapi nasib baiklah anak dara i rajin skrg ni..hahaha pantang ada pinggan dlm sinki dia basuh
mrs adam
ituler..makanan banyak tp xleh nak makan dengan tenang tak guna juga
Eliss
kalu oghe tua ada lg selera make sebab buleh make masakan diorang:)
Lilly
A'a..buffet macam membazir kan..setuju dengan hang!
kasihredha
saya kalau orang belanja je makan di hotel..hikhik
mummy danisha
ituler..macam akak ni lagilah..nak kn handle 3 kanak2 riang..pengsan
Catat Ulasan