Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 31 Oktober 2012

Perkara-Perkara Sunat Dilakukan Selepas Melahirkan Bayi


Gambar ihsan dari Mari Kelih Store (Jangan lupa klik LIKE sebagai tanda sokongan anda!)

Sekadar perkongsian untuk pengetahuan bagi mereka yang baru berumahtangga & sedang menantikan saat-saat kelahiran anak sulung:)

Pada yang tak tahu apa itu mentahnik; 

Imam al-bukhari meriwayatkan dalam sahihnya bahawa Abu Musa r.a berkata:
Maksudnya:
"Isteriku melahirkan seorang bayi lelaki, kemudian kubawa bayi itu kepada Nabi s.a.w dan baginda memberinya nama Ibrahim. Baginda kemudian mentahniknya dengan sedikit kurma dan mendoakannya dnegan keberkatan. Setelah itu bagidan menyerahkan kembali bayi kitu kepadaku."

Mentahnik bayi baru dilahirkan dengan kurma memberi manfaat dan fungsi yang istimewa menurut ilmu kesihatan. Hal ini kerana kurma adalah salah satu unsur terpenting dalam kehidupan yang Allah berikan untuk menjaga dan memberikan kekebalan pada tubuh bayi dari berbagai macam penyakit.



Selalunya istilah mentahnik masyarakat kita memanggilnya dengan istilah "belah mulut" iaitu menyuapkan buah tamar (kurma) & air zam-zam sejurus selepas bayi dilahirkan atau semasa tempoh seminggu selepas kelahiran..Tujuan tahnik ini menurut pandangan ulama adalah untuk melatih bayi untuk makan dan menguatkannya.

Adakah kewajaran menggunakan air zam-zam sebagai air untuk berubat dengan keberkatan air zam-zam tersebut? Kesemua hadis menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. hanya menguyah buah tamar apabila melakukan tahnik. Dalil yang mengharuskan kita menggunakan air zam-zam ketika tahnik. Ialah didalam kitab Akhbar Makkah karangan al-Fakihi, beliau membawa satu athar yang mursal daripada Ata’ bahawa Habib berkata kepada Ata’, aku perlu membawa air zam-zam? Jawab Ata’ : Ya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. membawa air zam-zam dalam botol lalu mengtahnikkan Hasan dan Husain dengannya menggunakan tamar ajwah. (al-Fakihi, Akhbar Makkah 3/198). Walaupun hadis ini mursal, namun ia masih disokong oleh dalil-dalil umum yang menjelaskan kewajaran mengambil berkat dengan air zam-zam, atau berubat dengannya. Maka bagi penulis, tidak menjadi kesalahan menggunakan air zam-zam untuk melakukan tahnik.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tahnik, bolehlah baca artikel Tahnik adalah sunnah dan kehebatannya terbukti melalui sains

So ibubapa sekalian, selain dari membeli kelengkapan bayi bagi menyambut kedatangan orang baru, harus juga menyediakan kurma & air zam-zam sebagai persiapan untuk mentahnik bayi..Kalau tak tahu nak beli kat mana, bolehlah beli di sini. Penghantaran terus ke rumah anda!

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^