Hari ni aku nak berkongsi satu resepi yang bagi aku sangat-sangatlah mudah untuk disediakan..Resepi ni aku ambil dari buku 100 Juadah Perayaan tulisan Norzailina Nordin terbitan Karangkraf & of courselah dengan sedikit pengubahsuaian ikut suka hati aku je sebab kadang-kadang terlalu mengikut resepi ni tak best juga:P
Inilah kulit muka buku *bukan facebook ya* resepi tu, beli masa bulan puasa so kenalah tunjuk rajin dekat en suami cakap dah buat..errrr baru satu resepi kat dalam ni..kalau tak, mahu dia membebel cakap aku ni suka beli buku resepi tak tak pernah cuba buat:P LOL
Ok, ni aku kongsikan resepinya:
Bahan-bahan :
- 40 gm mentega (aku pakai minyak sayuran buat menumis)
- 1 biji bawang besar - dicincang
- 2 ulas bawang putih ditumbuk tapi aku cincang halus-halus je
- 300 gm daging cincang
- 60 gm cili benggala hijau - dadukan
- 150 gm lobak merah - dadukan
- 100 gm saderi (aku tak masukkan sebab takde dalam stok)
- 300 gm tomato dalam tin - dikisar (aku pakai tomato segar didadukan)
- 1 sudu besar herba campuran
- garam & gula secukupnya (aku tambah sedikit lada hitam, lada sulah & sos tiram juga)
Bahan Atas :
- 70 gm mentega
- 800 gm ubi kentang - direbus & lecek (pastikan beli ubi kentang yang import sebab senang masak & gebu)
- 100 gm keju cheddar - diparut (20 gm untuk tabur)
- 2/3 sudu besar susu cair
- garam & serbuk lada sulah secukup rasa
Cara-cara :
1. Untuk bahan lauk, cairkan mentega, tumis bawang besar & bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan daging, kacau sehingga berubah warna. Masukkan lada benggala, lobak merah, saderi & tomato kisar.
3. Tutup kuali & perlahankan api tetapi hendaklah dikacau sekali sekala hingga lobak separuh empuk.
4. Masukkan herba, lada hitam, lada sulah, sos tiram, garam & gula. Kemudian angkat. Ratakan dalam mangkuk tahan panas
5. Untuk atasnya : satukan 50 gm mentega, kentang, keju, susu, garam & serbuk lada sulah.
6. Isikan ke dalam beg aising dan picitkan ke atas daging. Boleh juga lorek dengan garfu jika suka. Bubuh baki mentega & taburkan keju. (aku main letak guna sudu je kentang lenyek tu & make sure adunan lembik sedikit supaya senang nak sapu atas permukaan daging tu)
7. Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 30-35 minit atau sehingga permukaannya keperangan.
Inilah hasilnya!!
tapi pai aku ni bantat sket sebab aku buat sikit je..kentang pon rebus 2 biji sajork..Next time bolehlah buat banyak sket sebab en suami & anak-anak suka..sapai licin diorang makan:)
Korang semua bolehlah cuba..kalau nak buat skala kecil dalam bekas ramekin pon boleh tapi leceh r sket nak kena isi banyak kali..Apa-apa pon, selamat mencuba uolsss
Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
2 ulasan:
okay la tu. sekurang2nya dh buat dr haku yg xpernah buat.. tau makan je hahaaha
org biasa masak kata resipi simple..tp kite tgk mcm susah jek ni..kekekeke..tp satu ari nnti nak try gakla..sbb mmg suka makan shepard pie nih.=p
Catat Ulasan