Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 1 Oktober 2012

Hujung Minggu Ke Ikea

Assalamu'alaikum semua,

Hari ni petang baru bersiaran..Biaserlah, bukan korang yang bekerja je ada Monday Blues, ahkak yang dok rumah pon kena tempias sama tau..Tambah-tambah kalau sepanjang cuti ada aktiviti. Memang penat!! Tu yang pagi Isnin membantai berehat cover tidur tu:P *alamak pecah tembelang*

Well, sabtu lepas aku ke Ikea..Rasanya macam laaaama sangat tak g sini sejak berhenti kerja haritu..So sempena dapat "rezeki terpijak" terus ajak en suami ke sana. Anak-anak pon suka, tawaflah kami satu Ikea tu..Nasib baik tak ramai sangat orang haritu so bolehlah jalan-jalan dengan tenang:)


Banyak juga ada penambahan "showroom" baru sempena dengan pelancaran katalog 2013..Tempat mainan anak-anak pon nampak macam happening sket!

Kalau jalan-jalan ke Ikea ni tak sah kalau tak menabur duit sket kan..Alah tak banyak pon beli barang..Aku aim nak cari tempat letak tudung periuk tapi tak jumpalah pula..Biaserlah kalau dah ke sana, memang rambang mata sampai last-last satu apa pon tak beli..hikhik


Tapi MALA easel kat gambar atas tu memang dah lama nak beli untuk anak-anak..Tahun lepas harganya RM99 tapi tahun ni harga dah turun RM79 so haruslah rembat satu..Mula-mula tu ingatkan white board sebelah je rupa-rupanya sebelah satu adalah chalk board so aku adalah tak tahu & tak beli kapur khas untuk tulis kat situ..Tapi takpe..ada alasan nak pergi lagi:P HAHA

Aku beli konon-konon nak ajar Haziq & Husna buat homework tapi last-last keadaan macam tak terkawal & diorang pakat-pakat buat conteng muka T____T Conteng muka takpa lagi nak oi..jangan conteng dinding, kalo korang conteng dinding, nanti tengoklah mama kamu bertukar menjadi raksaksa gordon!


Korang dah dapat katalog Ikea 2013..Aku dah dapat laaama dah haritu..Best sebab Ikea memang bagi dekat kawasan rumah aku ni..Membeleklah tengok katalog sambil lap ailio..Tengok dalam buku rasa semua nak, tapi bila g sana terus sayang duit..hehehe

Lepas balik dari Ikea, singgah di Econsave depan rumah beli barang dapur..Saat yang paling membahagiakan hati seorang surirumah macam aku ni adalah bila shopping barang dapur..hikhik..Balik tu terus kemas dalam peti ais & kabinet..Arghhh bahagianya:)


Saat paling bahagia lagi bila makan nasi kandar di Kayu Nasi Kandar Kota Damansara sebelum pergi Ikea..Orang lain breakfast makan roti canai, aku terus pekena nasi kandar lauk sotong celup tepung & telur ikan, kuah kasi campur!! Balik pon terbau-bau lagi kari dekat tangan ni:P

Ahad pula adalah hari mendobi & melipat kain..Tapi takpe, mood adalah baik sebab sabtu dah keluar jenjalan kan:P So uolss ke mana pula cuti weekend yang lepas?

Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

2 ulasan:

maya amir berkata...

ntah bile lagik aku nak gi IKEA ni.. ari tu jeklah 1st & last aku pegi..kekekeke

Zaila Mohamad berkata...

Maya, kalo ko datang sini mehlah kita dating di Ikea lagi yoooo

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^