Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 2 Oktober 2012

Kenali Habbatus Sauda & Khasiatnya

Assalamu'alaikum,

Hari ni aku nak berkongsi info tentang tumbuhan yang dinamakan Habbatus Sauda (jintan hitam) & khasiat tumbuhan ini yang patut kita tahu..Sebagaimana sabda Nabi Muhamad s.a.w yang dipetik dari kitab Ash Shahihain :

”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim) 

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat . (sumber dari facebook)


Kakak Shamsiah juga ada berkongsi tentang tumbuhan ini di blog beliau (Khasiat & Kebaikan Habbatus Sauda). Aku copy paste di sini sebagai bahan bacaan korang juga :

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dan sebagainya. Ppolysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dan sebagainya.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria.  Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dan sebagainya) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkanpengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
 
 
Di samping itu, habbatus sauda juga diketahui mempunyai khasiat-khasiat seperti berikut;
- Meningkatkan kadar tenaga secara optima
- Meningkatkan ion negatif (oksigen)
- Sebagai anti radikal bebas dalam darah
- Melambatkan penuaan dengan cara memanjangkan hayat sel sihat, mempercepatkan penukaran sel yang lanjut usia, melancarkan penghasilan hormon pertumbuhan yang diperlukan untuk metabolisma sel.
- Membantu mengatasi masalah diabetis pengerasan salur darah.
- Meningkatkan ingatan jangka pendek, kelajuan, ketajaman, dan daya konsentrasi mental.
- Meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
- Meningkatkan stamina dan ketahanan
- Meningkatkan pengambilan oksigen semasa bernafas dengan pola pernafasan yang teratur.
- Mencegah pertambahan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisma, dengan itu, lebih banyak tenaga terhasil daripada makanan supaya ia tidak disimpan dalam bentuk lemak.
- Meningkatkan ketahanan pada altitud tinggi dengan paras oksigen yang rendah di udara.
- Mengatasi masalah kecing tidak lawas, kencing tidak puas, kencing tidak tus, terpaksa meneran kuat untuk kencing, kerap kencing, air kencing yang keluar sedikit-sedikit, kencing malam dan sebagainya.
- Memulihkan masalah jantung.
- Menurunkan paras lipid ketumpatan rendah iaitu "kolestrol jahat" di dalam darah lalu mencegah timbunan lemak pada salur darah yang menghalang aliran darah serta meningkatkan risiko sakit gantung dan strok.
 
Di sini aku ada juga menjual kapsul Habbatus Sauda sekiranya korang berminat untuk mencubanya. Aku sendiri pon ada belikan sebotol untuk en suami..Nantikan testimoni dari en suami yaa..
 
Harga : RM25 (Semenanjung Malaysia) RM35 (Sabah & Sarawak)
Kos pos : RM7 (Semenanjung Malaysia) RM15 (Sabah & Sarawak) 



Mengandungi 60 biji kapsul & aturan pemakanan adalah 2 biji pagi & 2 biji malam (sebelum makan)



Produk ini dijamin Halal & diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada yang berminat untuk mencuba & mengamalkannya, bolehlah menghubungi aku :
Email : zailamohamad@yahoo.com (Tajuk : Kapsul Habbatus Sauda)
Phone No : 012-3228651

Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^