Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 30 November 2012

My 4th Pregnancy!


Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni kandungan aku sudah masuk 33 minggu..So far semuanya berjalan dengan baik kecuali sekarang ni aku sudah cepat pancitss & sakit pinggang kadang-kadang melanda juga. Yang penting aku tak boleh stress, kalau stress nanti baby dalam perut nipon akan "mengeras" sama..so en suami, sila jaga adindamu dengan penuh kasih sayang yaa..ahaks:P

Sebenarnya aku malas nak bercerita sangat tentang pregnancy aku ni. Al maklumler sepanjang tempoh kehamilan memang aku tiada apa-apa masalah. Mengandung kali ni mencatatkan sejarah paling banyak aku berjalan-jalan melancong bersama anak-anak & kawan-kawan. Seawal mengandung aku dah terbang ke Labuan & berpeluang ke Kundasang & Kota Kinabalu, lepas tu Alhamdulillah dapat ke Vietnam sebanyak 2 kali juga, terbaru aku ke Cameron Highland bercuti dengan anak-anak. Itu tak kira lagi sepanjang minggu dengan aktiviti kami yang penuh ke sana ke mari. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah sebab Allah berikan aku kekuatan untuk mengandung kali ni (kalau masa Ashraf terus juga aku sakit, batuk sampai terkencing-kencing)

Haritu masa check up dengan gynae Dr. Siti, dia tanya aku lepas ni nak mengandung lagi tak? Aku cakap tak tahulah lagi tapi kalau boleh nak lagi. Memandangkan aku ni takde alahan atau mabuk-mabuk sepanjang hamil, agak kerugian kalau aku tak mengandung kan? So doktor nasihatkan supaya berehat dulu 2 tahun & sambung emngandung & melahirkan pada umur 33 tahun. Lepas tu boleh mengandung (lagi) pada umur 35 tahun..Waaahhh kemain lagi..Itupon kalau usia masih panjang..kalau diizinkan Allah..

Sepanjang kehamilan ni, aku makan semua je; takde pantang-pantang sangat..Mana yang terbaik untuk ibu & baby semua aku makan macam ikan salmon, kurma badam, anggur, buah-buahan, sayuran semua boleh makan. Tapi ada juga beberapa makanan yang tak digalakkan diambil semasa hamil pon aku ambil macam kopi (sejak di Vietnam lagi dok minum kopi), teh tarik (kandungan kafein tak elok sangat untuk ibu mengandung), nenas, air bergas (kengkadang je) Errrr susu pon jarang minum tapi aku amalkan makan pil kalsium..Hihihi korang jangan amalkan eh..Semoga baby aku takde apa-apa..Masa Husna dulu suka juga minum kopi..tak tahulah mulut ni..asyik nak kopi & teh tarik aje..huhu

Persediaan nak sambut orang baru biasa-biasa tapi agak takut juga. Bukan apa, takut terberanak awal..huhu Minta dijauhkan..Semoga baby keluar ngam-ngam masa due sebab masa tu abang Haziq pon dah start sekolah, kakak Husna pon dah start sekolah & paling penting duit bonus en suami pon dah masuk..Haaaa kan nak kena sponsor bini mu bersalin ni:P *kalau dulu aku bekerja kompeni lah yang tanggung, sekarang ni mestilah en suami yang tanggungkan:P"

Kebanyakan baju baby dah ada..Barut baby recycle je yang abang Haziq punya..Kalau ada rezeki adik bolehlah pakai bengkung baby moden, kalau tak pakai je yang tradisional yang ikat-ikat tu..Beg persediaan ke hospital pon dah ada cuma ada few things barang aku yang nak kena beli lagi..Nampak gaya macam nak kena pergi juga lah Maternity Expo tu..

Persediaan berpantang masih samar-samar kerana aku masih tak tahu nak beli set pantang apa..Kalau boleh tak nak dah beli set bersalin Puteri Rembulan & Sendayu Tinggi. Dala kepala ni nak Leesa atau Nona Roguy je tapi itulah nak kena tengok budget juga. Resepi-resepi berpantang dah ada cuma tak tahulah siapa yang nak tolong masakkan nanti. Nak upah confinement lady macam mahal sangat..Ada sesiapa yang ada cntact no confinement lady sekitar Shah Alam tak? Boleh kongsikan no? Thanks..

Doakan semoga dipermudahkan segalanya..Mengikut pengalaman aku yang lepas, proses bersalin memang mudah tapi nak mengharungi tempoh berpantang sendirian yang agak susah. Tahun pantangkan Ashraf aku kena chicken pox, sakitnya hanya Allah yang tahu..Setiap anak memang tak sama pengalaman mengandung & melahirkan & berpantang kan..Aku cuma mendoakan semoga semuanya dipermudahkan segala urusan olehNYA..kita hanya mampu merancang tapi DIA lah yang akan menentukan..Yang penting doa & usaha kena seiring selebihnya aku hanya tawakkal sahaja..

Eh terima kasih kerana membaca luahan hati mak buyong ni..Doakan semoga semuanya selamat ya..Haritu masa scan tak nampak sangat muka sebab baby tetup muka & tengah hisap jari masa tu. Eh sebijik macam abang Haziq tau:) Owh, nanti aku kongsikan list barang-barang baby & ibu untuk dibawa ke hospital pula..Setiap kali bersalin pon nak kena sedia barang baru balik..haisyyyy T___T"

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

8 ulasan:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...

target 6 org anak la ni ek..hehe..kite plan 4 org kot. umur 32 sorang, pastu last umur 35..insyaAllah kalau diizinkan Allah..:-)..nway, teringat lg dgn dr siti tu..suka sgt checkup ngan dia

mummY daniSha berkata...

bestnye akak...dah nak masuk 4..semoga ALLAH permudahkan semuanya tuk akak,amin

Ayu Ayunie berkata...

dah nak masuk 4 rupanya... smoga semuanya selamat yer..

NrlAidaHml berkata...

Wahh dah hampir sangat dah kan kak..tak sampai dua bulan je lagi..semoga semuanya dipermudahkan..pasal set bersalin tu , aida prefer set bersalin Amway..sbb mmg bez pakai..price dalam RM300..InsyaALLAH,buat pilihan yang terbaik ye kak..

Farah Hanin Baharom berkata...

jelesnya dgn zaila..tk mabuk2 langsung. Kita ni mabuk memanjang. Yang no.3 ni hari tu mabuk dr mule preggy smpai 9 bulan..huhu. Kalau cm Zaila, rase tak serik la nk ngandung lg..hehehe. Tp bile mengenang mabuk..adudududdu..nk kene pk berjuta kali nak pregnant lagi pasni. ;)

FaRah Baharom berkata...

bestnya jadi cam zaila. tak mabuk langsung.cam tu beranak 5-6 pun sanggup. Kita ni no. 3 hr tu dari mula preggy sampai la nak bersalin mabuk aje. huhuhu. Tu bile pk nak mengadung bali kene pk berjuta kali kut. huhuhu

Eliss berkata...

beza sebulan aku dengan ko erk. weekend ni nak basuh baju nuha lagi yg tak abes last week. baby aku pun suka mengeras2 ni sejak awal2 lagi. heran aku.

IDAZS berkata...

eh, tak jauh sangat beza kita. sy skang 32 weeks, EDD 28 jan. kdg2 dtg juga rasa sakit sikit2, terus cuak. huhuhuhuhuhuuuhu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^