*sticky entry for the next 48 hours*
Assalamualaikum semua,
Siapa yang tak suka makan ais krim sila duduk jauh-jauh..
Teringat kenangan aku di masa kecil. Kalau demam mesti nak makan ais krim. Masa tu mana ada banyak sangat pilihan ais krim di kedai-kedai tapi yang pasti jenama Wall's iaitu ais krim Paddle Pop pelangi! Sampai sekarang pon aku masih suka makan cuma bukanlah selalu macam kecil-kecil dulu.
Siapa yang tak kenal akan jenama Paddle Pop kan? Kalau nak tahu, Paddle Pop ini keluaran Wall's iaitu jenama ais krim kegemaran rakyat Malaysia. Bukan sahaja kanak-kanak yang suka, malah ibubapa juga pernah suatu ketika dulu membesar dengan memakan ais krim Wall's!
Pada Selasa yang lepas, telah berlakunya satu lagi catatan dalam sejarah niaga di Malaysia di mana Wall's & Legoland Malaysia telah menandatangani satu perjanjian niaga di mana Wall's akan menjadi rakan ais krim ekslusif bagi Legoland Malaysia selama 5 tahun. Lepas ni, kalau ke Legoland..jangan lupa untuk menikmati ais krim Paddle Pop ya:)
Serentak dengan pakatan ini, satu majlis telah diadakan di Rumah Titian Kasih bagi meraikan 30 orang anak yatim yang sungguh bertuah kerana berpeluang untuk melalui pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif serta melibatkan elemen kembara bersama anak-anak. Mereka juga cukup bertuah di mana Wall's telah bermurah hati untuk menaja segala perbelanjaan untuk anak-anak yatim Titian Kasih agar dapat bergembira di Legoland Malaysia..Semasa hari pelancaran juga terdapat banyak mainan yang dapat mengasah kreativiti kanak-kanak & yang pasti mereka sangat-sangat menyukai aktiviti ini.
Pasti kegembiraan ini akan lebih bermakna lagi bila mereka akan ke Legoland Malaysia & merasai sendiri pengalaman bermain di sini. Sedikit info tentang Legoland :
LEGOLAND®
Malaysia adalah taman tema antarabangsa pertama di Malaysia, dan
LEGOLAND® pertama di Asia. Berukuran seluas 76 ekar, taman tema ini
direka untuk keluarga dan kanak-kanak berusia di antara dua hingga dua
belas tahun. Sebuah
‘rumah kelab’ LEGO® untuk semua usia, Taman ini menawarkan lebih dari
40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Terletak secara
strategik di Nusajaya, Taman ini menyambut tetamu pertamanya pada 15
September, 2012.Dalam perancangan adalah Taman Tema
Air LEGOLAND® yang bakal dibuka dalam sukuan kedua tahun 2013 dan Hotel
LEGOLAND® pada awal tahun 2014.
Sedikit gambar sekitar majlis perjanjian antara Wall's & Legoland :
Tan Mei Yan (Pengarah Pembangunan Pelanggan, Unilever Malaysia Holdings Sdn Bhd) bertukar hadiah bersama dengan Siegfried Boerst (Pengurus Besar Legoland Malaysia). Bersebelahan mereka adalah maskot Kapten Paddle Pop & juga maskot Legoland
Wakil-wakil dari Walls & Legoland bersama anak-anak bertuah dari Rumah Titian Kasih. Happy sangat diorang bila dapat ke Legoland percuma!!
Chan Meng Yan (Pengurus Pemasaran Malaysia, Unilever Malaysia Holdings Sdn Bhd) & juga Sigfried
Boerst (Pengurus Besar Legoland Malaysia) bermain bersama-sama dengan anak-anak dari Titian Kasih
Penyampaian hadiah bagi mereka yang menang dalam cabaran aktiviti pada hari tersebut.
Secara keseluruhannya, aktiviti ini sangat memberi manfaat kepada semua pihak. Bukan sahaja dapat menggembirakan kanak-kanak di Rumah Titian Kasih tetapi juga dapat memperkenalkan makanan sihat dari Wall's (jangan ingat ais krim ini memudaratkan pula, jika diambil secara tidak berlebihan, In Shaa Allah dapat merangsang perkembangan emosi anak-anak).
Bestnya kalau dapat ditaja ke Legoland. Musim-musim cuti sekolah ni, ramai ibubapa yang mengambil peluang membawa anak-anak ke sana. Seronok aku baca pengalaman mereka. Takpe, tahun hadapan bila hotel Legoland siap, kita pakat berkampung di sana pula so kena start menabung dari sekarang juga untuk beli tiket masuk Legoland kan:P
Terima kasih buat Kiersten yang sudi mengajak aku ke majlis ini. Tapi memandangkan kesihatan aku yang tak dapat mengizinkan aku bersama-sama bergembira makan ais krim Paddle Pop dengan anak-anak Titian Kasih, maka ini sahaja yang dapat aku ceritakan. Yang pasti, kalau aku dapat pergi ke majlis ini bersama-sama dengan anak-anak aku pasti lebih best lagi..
Paddle Pop OOoo Paddle Pop super duper yummy..*nak g cari ais krim Paddle Pop pelangilah, teringat kenangan masa kecil*
1 ulasan:
bila ntah nak jejak kaki kesini :p
Catat Ulasan