Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 27 November 2012

Rancang Aktiviti Anak-Anak Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum,

Musim-musim cuti sekolah ni mesti kepala mak bapak pening memikirkan aktiviti anak-anak kan? Nak-nak yang anak-anak sudah besar panjang, konpom-konpon kena rancang aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh & merangsang minda anak-anak kan? Takkan nak suruh anak-anak duduk rumah terperap macam katak bawah tempurung je kan??

Macam aku yang anak-anak masih kecil ni, minggu ni baru bermula cuti persekolahan yang sebenar sebab Haziq baru start cuti minggu ni. Setakat ini kami takde cuti-cuti Malaysia bersama pon, cuma setiap hujung minggu memang penuh dengan aktiviti kekeluargaan. Sebelum ni aku ke Cameron Highland bersama anak-anak, minggu lepas ke Bentong menikmati durian, minggu ini tak tahulah ke mana pula..Rasa macam nak duduk rumah diam-diam sajork..Masih berusaha menyiapkan misi mengemas rumah memandangkan bulan depan mak ayah & Kak Na sekeluarga akan berkampung di rumah aku pula. Kalau Abang Lan dari Bera dapat join sekali mesti lagi meriah..Aku suka je orang datang rumah sebab tetamu ni kan bawa berkat:)

Oklah, nak kongsikan gambar budak-budak ni semasa cuti sekolah..Sejak ada bilik sendiri ni, Haziq & Husna lebih suka habiskan masa bermain di dalam bilik mereka. Si kecil Ashraf tu tumpang sekaki je..Kadang-kadang diorang akan layan kartun di youtube, kadang-kadang main game, kadang-kadang mandi kolam kat luar rumah & kadang-kadang main mama papa=P

syok melayan kartun di notebook kecil yang aku hadiahkan buat mereka..kalau dapat layan kartun, tak tidur pon takpe


Tapi sesekali aku akan bagi juga buku aktiviti untuk diorang buat sama-sama..

Oklah, tak sah kalau aku tak meniaga kan..So di sini aku ada menjual buku aktiviti kartun untuk anak-anak korang

Harga : RM30 untuk 5 buku
Kos Pos : RM10

Apa yang menarik tentang buku ini adalah :
- ada aktiviti mewarna, game & juga sticker
- buku pon berkualiti (bukan jenis kertas kuning yang senang koyak tu)
- Ada pilihan kartun seperti Angry Bird, Ben10, Dora the Explorer, Thomas & Friend, Hello Kitty & Princess






Macam biasa, kalau berminat bolehlah sms aku di 012-3228651..Stok adalah terhad & penghantaran setiap hujung minggu sahaja..

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

1 ulasan:

Eliss berkata...

nasib baik nuha tak sekolah lagi, kalau tak mati kutu jugak cuti sekolah kan.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^