Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label MKS party solution. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MKS party solution. Papar semua catatan

Rabu, 23 Oktober 2013

Tema Parti Harijadi Yang Paling Terkenal di Malaysia

Assalamualaikum,

Zaman sekarang anak-anak kita cukup bertuah kerana hampir kesemua mereka dimanjakan dengan mainan dan majlis yang pelbagai. Majlis berendoi, majlis cukur jambul, majlis harijadi, majlis berkhatan, majlis khatam Quran, majlis bertunang sampaikan majlis kahwin pun harus bertema.

Salah satu bisnes yang aku lakukan sekarang adalah menjadi pengedar barangan parti harijadi seperti belon, topi, pinggan kertas, cawan kertas, plastik beg, set alat tulis dan macam-macam lagi mengikut tema yang diinginkan. Alhamdulillah memang tak putus permintaannya cuma aku sahaja yang sudah jarang sangat "upload" gambar. Hihihi *nak bagitahu sibuk sangat lettew*

Antara tema yang menjadi pilihan ibubapa sepanjang tahun adalah :

1) Angry Bird
2) Ben 10
3) Disney Princess
4) Mickey Mouse
5) Cars

Tetapi tema yang terkini sudah tentulah minion daripada filem "Despicable Me 2"


Untuk bertanyakan tentang harga barangan minion ini, boleh hubungi aku melalui :

- email : zailamohamad@yahoo.com
- sms / whats app / viber : 012-3228651
- facebook : https://www.facebook.com/zaila.mohamad
- like fanpage https://www.facebook.com/MKSpartysolution

Antara koleksi gambar barangan yang telah selamat dihantar kepada pelanggan.


Angry Bird Stationery Set (RM3/pc)


Angry Bird party hat (RM20/12pcs) (kecil)
Angry Bird Party hat (RM24/12pcs) (besar)


cawan kertas tema pelbagai (RM8/10pcs)


Pek parti Angry Bird (RM5/set)


pinggan kertas Angry Bird (RM5/10pcs) (kecil)
pinggan kertas Angry Bird (RM10/10pcs) (besar)

Ada banyak lagi penghantaran yang aku buat, kalau sekitar Shah Alam selalunya setiap hujung minggu akan dibuat penghantaran tetapi sekiranya luar dari Selangor, aku memilih perkhidmatan kurier Gdex yang lebih pantas dan efisien jika dibandingkan dengan perkhidmatan Poslaju. Pernah hari Isnin aku hantar dari rumah (apa yang bagus tentang Gdex adalah boleh minta mereka datang mengambil barangan terus dari rumah) untuk dihantar ke Pulau Pinang, petang Selasa pelanggan sudah menerima 100 keping belon pelbagai tema untuk hari sukan sekolahnya. Lega apabila barang pelanggan selamat sampai di tangan mereka :)

Bagi mereka yang mahu memulakan perniagaan online baik dari rumah mahupun secara sambilan, semuanya harus bermula dengan minat. Kalau ada minat, semua benda kita boleh niaga. Mahu tahu apa minat yang sesuai untuk dijadikan bisnes? Boleh PM aku, kita analisa dan aku akan cadangkan beberapa bisnes yang sesuai dijalankan tanpa memerlukan modal yang banyak. Yang penting mesti ada minat dan keinginan untuk mencuba dan mencari pendapatan sampingan dengan berniaga. Kalau setakat mahu berniaga kerana mengikut ajakan kawan-kawan, baik tak payah. Nanti buang duit sahaja!

Daftar kelas asas blog & fanpage dan aku akan bagi tunjuk ajar bagaimana memulakan perniagaan online.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Selasa, 27 November 2012

Rancang Aktiviti Anak-Anak Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum,

Musim-musim cuti sekolah ni mesti kepala mak bapak pening memikirkan aktiviti anak-anak kan? Nak-nak yang anak-anak sudah besar panjang, konpom-konpon kena rancang aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh & merangsang minda anak-anak kan? Takkan nak suruh anak-anak duduk rumah terperap macam katak bawah tempurung je kan??

Macam aku yang anak-anak masih kecil ni, minggu ni baru bermula cuti persekolahan yang sebenar sebab Haziq baru start cuti minggu ni. Setakat ini kami takde cuti-cuti Malaysia bersama pon, cuma setiap hujung minggu memang penuh dengan aktiviti kekeluargaan. Sebelum ni aku ke Cameron Highland bersama anak-anak, minggu lepas ke Bentong menikmati durian, minggu ini tak tahulah ke mana pula..Rasa macam nak duduk rumah diam-diam sajork..Masih berusaha menyiapkan misi mengemas rumah memandangkan bulan depan mak ayah & Kak Na sekeluarga akan berkampung di rumah aku pula. Kalau Abang Lan dari Bera dapat join sekali mesti lagi meriah..Aku suka je orang datang rumah sebab tetamu ni kan bawa berkat:)

Oklah, nak kongsikan gambar budak-budak ni semasa cuti sekolah..Sejak ada bilik sendiri ni, Haziq & Husna lebih suka habiskan masa bermain di dalam bilik mereka. Si kecil Ashraf tu tumpang sekaki je..Kadang-kadang diorang akan layan kartun di youtube, kadang-kadang main game, kadang-kadang mandi kolam kat luar rumah & kadang-kadang main mama papa=P

syok melayan kartun di notebook kecil yang aku hadiahkan buat mereka..kalau dapat layan kartun, tak tidur pon takpe


Tapi sesekali aku akan bagi juga buku aktiviti untuk diorang buat sama-sama..

Oklah, tak sah kalau aku tak meniaga kan..So di sini aku ada menjual buku aktiviti kartun untuk anak-anak korang

Harga : RM30 untuk 5 buku
Kos Pos : RM10

Apa yang menarik tentang buku ini adalah :
- ada aktiviti mewarna, game & juga sticker
- buku pon berkualiti (bukan jenis kertas kuning yang senang koyak tu)
- Ada pilihan kartun seperti Angry Bird, Ben10, Dora the Explorer, Thomas & Friend, Hello Kitty & Princess






Macam biasa, kalau berminat bolehlah sms aku di 012-3228651..Stok adalah terhad & penghantaran setiap hujung minggu sahaja..

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Khamis, 1 November 2012

Tips Merancang Majlis Harijadi Anak Anda


Assalamualaikum,

Hari ni aku nak kongsikan beberapa tips sebelum merancang sebuah majlis harijadi. Aku rasa hampir semua ibubapa zaman sekarang akan sambut majlis harijadi anak mereka; tak kiralah buat besar-besaran atau kecil-kecilan, yang pasti budak-budak zaman sekarang memang bertuah! Seawal setahun dah dapat rasa kek, kalau aku dulu..apa itu kek? lepat pisang? ke pisang lenyek? hehe

Ok sebelum mengadakan majlis, perkara-perkara yang harus difikirkan adalah :

1) Budget : Berapa yang sanggup dihabiskan untuk menganjurkan sebuah majlis bergantung kepada tahap kewangan ibubapa. Pada yang berkemampuan sudah pasti akan membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk menempah party planner supaya majlis berjalan dengan lancar. Tapi pada yang kurang berkemampuan, bolehlah dibuat sekadar yang mampu. Selalunya budget bergantung di antara RM300 hingga mencecah ribuan ringgit.

2) Tema Majlis : Tetapkan tema seperti watak kartun kegemaran anak, warna kegemaran, binatang atau apa sahaja tema yang menarik. Pentingnya ada tema supaya dapat menyediakan aktiviti, makanan, goodies, kek mengikut tema yang telah dipilih:) Contohnya haritu aku memilih tema Angry Bird untuk sambutan harijadi Ashraf Hariz yang pertama. Boleh baca entri ini (Happy Birthday Ashraf Hariz)

3) Tempat Majlis : Selalunya ibubapa memilih untuk dilakukan di kediaman masing-masing tapi pada yang berkemampuan pasti akan menyewa lokasi yang lebih selesa (sekiranya tetamu ramai) seperti di kelab golf / pusat aktiviti kanak-kanak / restoran makanan segera. Yang pasti pemilihan lokasi yang selesa sangat penting kerana kebanyakan tetamu adalah kanak-kanak ribena yang aktif bergerak & sudah pasti memerlukan ruang yang besar untuk bergerak!

4) Menu : Selalunya menu yang dipilih adalah seperti nasi goreng cina, bihun goreng, pasta atau makanan kegemaran kanak-kanak. Pemilihan makanan sudah semestinya lebih kepada makanan yang manis-manis, warna menarik sesuai sangat untuk kanak-kanak yang riang!

5) Aktiviti : Untuk mengelakkan kanak-kanak cepat bosan, harus diadakan aktiviti yang boleh menarik minat mereka supaya memberikan tumpuan kepada aktiviti tersebut. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah sesi mewarna, membuat/menghias muffin, persembahan boneka atau persembahan silap mata!

Oklah, rasanya itu sahaja yang terlintas dalam kepala otak aku ni. Tujuan aku berkongsi tips ini tak lain tak bukan, of courselah nak promote bisnes aku kan:P
Di MKS party solution, aku ada menjual pelnagai barangan untuk menyerikan majlis harijadi anak-anak korang. Antara barangan yang ada adalah;


Pelbagai jenis belon watak animasi kesukaan anak-anak anda!


frame gambar animasi seperti Angry Bird, Ben 10


topeng muka bertemakan watak kartun


topi bertemakan watak kartun


belon harijadi


Happy Birthday banner


Happy Birthday plate


Princess / animated cartoon party plate

Sebenarnya ada banyak lagi seperti Angry Bird stationery pack, Angry Bird birthday party pack, Ben 10 party pack & macam-macam lagi. Pada yang berminat untuk mengetahui harga, bolehlah PM aku di zailamohamad@yahoo.com atau sms terus ke 012-3228651

Tolong minta quotation sebulan sebelum majlis ya sebab aku memang ambil stok during weekend je & kadang-kadang ambil masa nak pos barang (al maklumler sekarang ni takde transport lagi) so minta jasa baik korang merancang sebelum melakukan pembelian supaya barang akan sampai ngam-ngam sebelum majlis yaaaa..Kadang-kadang pos laju pon buat hal, dah takde dah pos laju, jadi pos lembabs namanya:P

Pembelian borong amatlah digalakkan!! (20pcs ke atas untuk mendapatkan harga borong)

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^