Assalamualaikum semua,
Jangan jeles dengan mesin basuh baru aku..ekekeke Haritu baru je bercerita tentang Samsung Side By Side Refrigerator, tup-tup Samsung berbaik hati memberikan aku hadiah mesin basuh Samsung Eco-Bubble pula!!!
TAPI......
Hanya untuk 2 minggu sahaja:P
Hehehehe jangan jeles yaaaaa..Walaupon sekadar 2 minggu, tapi akan aku gunakan sebaik mungkin..Mana tahu lepas ni en suami berbesar hati nak belikan mesin basuh baru ke:P
Tak sabar rasanya nak cuba pelbagai function yang ada. Semalam technition Samsung dah datang pasang & tunjukkan cara-cara untuk menggunakannya. Memang teruja sangat-sangat sebab mesin muatan depan memang termasuk dalam list barang idaman hati aku *sebagai seorang surirumah* & aku sangat-sangat tertarik dengan Samsung Eco-Bubble ni sebab :
1) Muatannya 12kg so sangat sesuai untuk basuh baju seisi rumah (sekali basuh pon boleh) & paling penting cadar, selimut, toto boleh basuh sekali..Takyah susah-susah hantar dobi dah..penjimatan elektrik di situ!
2) Ada macam-macam fungsi & memang tak sabar sangat nak cuba..Nanti aku akan kongsikan bila dah start membasuh dengan mesin basuh baru ni:P
3) Yang paling penting adalah warranty motor iaitu selama 10 tahun. Suatu jangka masa yang lama so tak payah nak pening-pening kepala bila mesin rosak ke apa..Panggil sahaja talian hangat Samsung & team teknikal akan datang menyusul
4) Kalau nak cucian lebih bersih, boleh gunakan fungsi eco-bubble di mana teknologi terbaru dari Samsung yang mencuci pakaian dengan menggunakan buih sabun yang banyak..Nanti nak cuba juga fungsi ni & aku akan bezakan dengan cucian biasa
Oklah..tak sabar dah
Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:
Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
7 ulasan:
wahhh bestnyee kak!tp knp 2 mgu je?konpiuss hehe...thanks kak for ur advices..sgt appreciate =)
I'm gone to tell my little brother, that he should also go to see this blog on regular basis to get updated from most recent information.
Have a look at my homepage ... duoby.com
wahhh....bleh hantar baju ke rumah zaila ni hehehe....best ker pakai mesin basuh macam ni, tak sakit pinggang ke nak kena tunduk2?
tumpang tanya, berapa harga mesin samsung eco ni?
salam
sally
mummy danisha,
2 minggu sebab mesin ni hanya untuk review & self experience for blogger je..hihi
Anom,
thanks!
Ceqgu,
ada pro & kontranya..nanti aku bg review..menonggeng tu mmg satu kelemahan tp rasanya kalo dah biasa xde masalah kot
Anom,
tak pasti pula..you better go to the nearest samsung dealer to get more info bout this washing machine:)
waaaaaaaaaaaaaaaaaa bestnya .. siap dyer sekali or dia basuh baju jer ???
Diana,
yang ni takde dryer
Catat Ulasan