Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 13 Disember 2012

Resepi Mudah Chicken Carbonara Versi Mek Ila~Lalalala

Assalamualaikum,

Malam tadi tetiba tekak berasa nak makan western. Waaah kerlass gittew..padahal diri yang dilanda kemalasan so cara terbaik adalah masak pasta. Serious tak tipu!! Sebab tulah Rachael Ray boleh ada rancangan 30 Minutes Meals

Tapi dengan syarat semua bahan kena ada so senanglah nak masak..Kalau tak cukup bahan, baik pergi kedai beli yang siap sajork:P

Thanks pada Farah yang bagi cara-cara nak masak. Memang senang sangat nak buat so di sini aku kongsikan resepi karbonara ayam cara Mek Ila (aku lah teww)

Bahan-bahan :

- isi ayam yang dipotong kecil (sifu suruh pakai sosej tapi sosej kat rumah sudah habis daa)
- bawang putih (kalau pakai bawang besar holland pon sedap tapi jangan pakai bawang merah tu)
- lada hitam (of courselah yang dah ditumbuk/serbuk)
- sedikit pati ayam sebagai perisa (tak nak bubuh pon takpe)
- cendawan butang (dihiris nipis)
- mozarella cheese
- susu segar (aku memang tak boleh minum susu segar tapi kalau campur dalam masakan bleh telan pula..ngada eh?)
- 1 sudu tepung gandum untuk memekatkan kuah
- garam secukup rasa
- minyak zaitun Ya mal Alsham untuk menumis
- pasta direbus bersama sedikit minyak zaitun Ya mal Alsham (untuk pembelian minyak zaitun boleh contact aku)

Cara-cara :

- tumiskan bawang putih
- masukkan isi ayam & goreng sampai kekuningan
- taburkan juga serbuk lada hitam & garam
- masukkan susu segar & sedikit tepung gandum
- masukkan cheese
- masukkan pasta yang direbus
- kalau mahukan kuah yang cair lebihkan susu segar, kalau tak mungkin kuah akan pekat sedikit
- siap untuk dihidangkan!!


ni rupa kalau kuah pekat..

Tapi anak-anak & en suami sukakan kuah bolognaise lagi so malam tadi kenalah sediakan 2 versi kuah

Bahan-bahan ringkas :

- daging kisar (digoreng dahulu)
- bawang putih
- cendawan butang
- tomato puri
- mixed herbs
- minyak zaitun Ya Mal Alsham untuk menumis
- pasta

Cara-cara :

- tumiskan bawang putih
- masukkan daging
- masukkan tomato puri
- masukkan air (ikut kepekatan yang korang nak)
- masukkan mixed herbs
- masukkan garam & gula
- masukkan pasta yang telah direbus


kesukaan anak-anak!!

Selamat mencuba:)

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^