Minggu ni agak busy sedikit..Nak update blog pon takdan..Al maklumler kat rumah aku sekarang ada tetamu yang datang dari kampung; ada mak, ayah & Kak Na dari Labuan pon datang bersama anak-anak. Seronok bila mak ayah ada sekali, yang pasti makan tak berhenti & anak-anak pon suka mendapat layanan dari anak-anak Kak Na!
Ok, ni sekadar berkongsi gambar deko krismas di Jusco Bukit Tinggi, Klang. Tahun ni nampak lebih meriah berbanding tahun-tahun lepas. Ada pokok krismas yang besar & deko pon nampak menarik. Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama gila dah aku tak jejakkan kaki di sini memandangkan sekarang ni mana larat dah nak jalan jauh-jauh..Tapi ahad lepas layankan aje bawa anak-anak makan kat sini; kesian juga dengan diorang yang mati kutu hari-hari duduk rumah je kan:P
yang ni kecil je, ada besar lagi dekat bahagian main entrance!
manjang je sengih kakak Husna tu..
yang kat sini pokok besar-besar cuma tak sempat nak bergambar..masa ni ada pertunjukan Santa Kelaus..orang pon ramai so malas nak duduk sini lama-lama..Sudahler bising yang amat..boleh pekak telinga tau:P
Oklah, still rindukan Midvalley & the Gardens..kat situ mesti meriah dengan deko krismas..Kalau aku ni tak mengandung, lama dah bawa budak-budak ni layankan deko kat sana..cuci-cuci mata sambil sekali..nak cuci poket tak boleh sebab hujung-hujung tahun ni faham-fahamlah..*uhuk*uhuk* ~kira syiling dalam poket
Bye!!
3 ulasan:
sempat lagi mak buyong gi jalan jalan yer hehehe...bagus bagus...terapi senang bersalin tu
bestnya.. nanti boleh pegi sana.. hehe..
tu lah duk kumpui syiling je ni
hujung2 tahun gini :)
Catat Ulasan