Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Jumaat, 8 Februari 2013
Ole-Ole Dari Myanmar
Assalamualaikum,
Bosannya berpantang! Tak sabar rasanya nak keluar rumah hirup udara segar:P Oklah reason aku tak banyak update adalah minggu ni sangat busy sebab en suami outstation ke Myanmar selama 4 hari..huhuhu Alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah dah pon petang semalam. Berpantang bersama 4 orang anak tanpa en suami di sisi cukup memenatkan. Tambah-tambah dengan baby Azzam Haneef yang suka paksa mama dia berjaga jadi burung hantu di malam hari. Siang hari pula ada Abang Chik yang makin aktif yang perlukan perhatian. Tapi lega rasanya somehow i survive..Walaupun hidup huru hara, makan tak terurus tidur tak cukup, sakit kepala & macam-macam lagi..semuanya sudah berlalu menjadi salah satu pengalaman hidup aku.
Thanks kepada dunia tanpa sempadan, walaupun kami berjauhan tapi masih lagi boleh berhubung melalui whats app..Walaupun en suami bagitahu Myanmar adalah sebuah negara yang agak mundur, lebih mundur dari Vietnam..wifi pon hanya ada di hotel sahaja tapi syukur sangat-sangat bila dapat mengadu domba pada en suami..HAHAHA Agaknya kalau tak boleh mengadu penat ke apa, konpem dah meroyan sorang-sorang ahkak kat rumah ni:P LOL
Tapi rasanya biasalah, kalau en suami tak outstation pon aku selalu mengadu penat kan? dasar nak bermanja:P ke dasar nak buat muka kesian supaya dapat upah? Tapi tak kisahlah kan..janji sepanjang en suami outstation kami anak beranak selamat & en suami pon selamat..Dan dah selamat dapat ole-ole dah pon. Tak sah kalau ke luar negara tak beli apa-apa sebagai buah tangan kan..Biarlah pergi negara mundur pon pasti akan ada sesuatu yang menarik untuk dibawa balik sebagai kenang-kenangan *yerlah tu*
So macam biasalah akan dapat fridge magnet. Selain tu, en suami belikan gelang jed & batu permata kerana Myanmar memang terkenal dengan barangan macam tu. Suka je ahkak..
Kesian kan bila jadi desperate housewife ni, dapat hadiah sket pon nak bagitahu satu dunia...LOL Layankan ajelah since aku pon dah takde kawan nak cerita..member-member lain semua busy bekerja so baiklah bercerita kat sini..HAHAHA
Oklah, tak tahu dah nak taip apa..bye!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
3 ulasan:
wuuuu..gigihnye zaila berpantang sorang2..kena pantang sambil layan anak2 lain plak tuh..kalau kite entah boleh ke tak..sebelum ni pon mak banyak tolong time pantang..>_<
Nape x pantang kat kg kak?
Assalamualaikum Zaila,
Selamat menempuh tempoh berpantang.
Cik Asben dah bagi "rasuah" in advance tu. Lepas ni selim-melim la badan.
p/s;
Walau besar mana pengorbanan berpantang seorang, besar lagi ganjarannya dari Allah.
Barakah day ahead dik.
Catat Ulasan