Sambung lagi entry sebelum ini iaitu Diari Dayok (diet) Seorang Surirumah Terdesak (desperate housewife)..Actually aku kan dah habis pantang so faham-fahamlah..kalau orang lain tu habis je pantang boleh sarung baju before mengandung, ada juga sampai ke baju zaman anak dara pon boleh pakai lagi..tapi tidak bagi aku..huhuhu Usahkan baju zaman anak dara, baju sebelum mengandung pon banyak yang tak muat lagi huhuhu T_____T"
Dahtu nak buat camno, masa mengandungkan Azzam ni berat badan aku naik ke 90kg plus plus (angka sebenar dirahsiakan bagi menjaga air muka). Makan sedap tak ingat dunia..bila dah habis pantang menyesal tiada gunanya dah..terlajak perahu boleh diundur, terlajak makan..jadik anak gajahlah engko:D
So masih ada banyak kilo lagi lelemak yang harus disingkirkan dari perut, peha & lengan yang menggelebeh ini..
Nak tak nak kenalah mulakan diari dayok kan..Tapi tak tahulah akan berjaya atau tidak misi kurus ini memandangkan aku kan menyusukan badan si Azzam Haneef ni..Asyik melapar aje perut ni..kalau tak makan nasi konpem penghasilan susu akan merudum..Memang tak boleh skip meal langsung!! Nanti adalah juga yang menyinga dalam rumah sebab lapar..hehehe
Oklah, setakat ini pagi aku amalkan makan roti sandwich *berapa keping toksah tanya* takpon aku akan makan semangkuk oat takpon makan je lebihan nugget/apa saja bekal anak-anak..Tengahari pula kena sediakan nasi tapi aku akan pastikan mesti ada sayur & kalau boleh masak lauk dengan cara lebih sihat iaitu dengan cara bakar/panggang/kukus/kurangkan lemak & santan..petang pula kalau lapar aku akan makan buah-buahan atau keropok, Malam pula kena makan juga tapi lebih kepada menu yang simple-simple sajork. Selalunya menu western menjadi pilihan sebab memang senang & cepat untuk disediakan!
Meh tengok gambar makanan (lagi) HAHAHA
sape tak kenal dengan buah ni sila lempang diri sendiri:P
sayur campur warna warni..barulah semangat nak makan..
menu makan tengahari..sayur air dengan ikan bakar..macam makanan orang pantanglah pula!!
ni menu malam tadi; ikan salmon dengan perahan lemon..
Herm...kita tengok jelah nanti berjaya ke tidak turunkan berat badan dengan cara macam ni..kalau tak kurus jugaaa..baru kita pikirkan cara lain pula..hehehe
Oklah bye!!
1 ulasan:
insyaallah.. Boleh turun punyer.. Tp sbnrnyer mlm mmg xgalak mkn kalau nak turun cepat
Catat Ulasan