Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 19 Mac 2013

Hobi Baru Mengumpul Pinggan Hiasan

Assalamualaikum,

Orang perempuan ni banyak sungguh hobinya kan? Kumpul fridge magnetlah, kumpul henbeglah, kumpul bungalah, kumpul pinggan mangkuklah..Well, aku pula ada hobi baru iaitu kumpul pinggan hiasan..wakakakaka sungguh berbunyi #desperatehousewife kan?

Tapi since en suami pun suka manjakan belikan bini dia pinggan hiasan setiapkali ke luar negara *cewah, bunyi macam berkali-kali je outstation oversea youuuuu* so terbitlah rasa nak kumpul pinggan hiasan sebagai kenang-kenangan (bagi laki akuler..aku nak kenangkan ape selain dari kenangan kena tinggal..huhu)


Selain dari pinggan hiasan, aku juga suka kumpul pinggan lama peninggalan arwah nenek aku. Kat dalam gambar ni pinggan putih berbunga hitam tu sungguh vantage kan? Aku hanya belikan tempat letak pinggan tu dekat salah satu kedai di Pengkalan Kubur yang jual pinggan mangkuk. Pinggan yang besar kat tengah tu en suami beli di Uzbekistan, yang sebelah kiri pon sama, sebenarnya bukan pinggan hiasan tapi set pinggan mangkuk dari Uzbekistan juga. Susah-susah en suami bawa dari sana, sudahle berat kena bersoal jawab dengan kastam lagi tapi demi isteri tercinta sanggup tuuuu *auuuuwwww*


Dan sekarang memperkenalkan ahli baru dalam keluarga pinggan hiasan kami iaitu dari Dubai & Oman.

Mulalah aku google dalam internet cari inspirasi *konon*


Teringin nak buat macam ni tapi bila memikirkan ruang tamu yang sempit & keadaan anak-anak yang aktif, rasanya kurang sesuai letak open space macam ni..


Kalau boleh cari pinggan hiasan yang ada tulisan kalimah Allah kan best? Sape-sape tahu tak mana ada jual??


yang ni pon ok..gantung dekat dinding..


yang ni nak kena cari pinggan yang samalah pula!


lawa kan?


waaah suka suka suka!!
kabinet kaca idaman hati..tapi yang ni kecil sangat-sangat sesuai untuk rumah aku yang sekangkang kera ni..tapi rasanya tak boleh muat banyak pula so baik beli yang kat bawah ni kan?
Muahahahaha bestnya berangan...kalau tak kerja macam nilah..anak tido mulalah berangan..HAHAHA

Bagi yang bertanya anak-anak tak main ke pinggan hiasan aku kalau letak atas meja konsol macam tu? Memang main..ada satu pinggan hiasan dari Kuwait dah pecah dah gara-gara Ashraf yang main (asyik lupa je nak gamkan balik) tapi tuler, dah namanya hobi mengumpul pinggan hiasan so kenalah rajin pantau anak dari bermain kawasan situ. Selalunya yang besar macam Haziq & Husna dah tak main dah cuma Ashraf jelah kadang-kadang suka main kat situ so memang aku akan cepat-cepat alihkan perhatian dia..

Ingat nak gantung juga pinggan hiasan tu tapi takut pula dok kumpul habuk & susah nak bersihkan so buat masa sekarang ni letak kat bawahlah dulu..Ke ada sape-sape nak hadiahkan aku kabinet kaca IKEA tak?? ehem ehem hint untuk en suami ni:P

Kawan-kawan pula suka kumpul apa??

3 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

aku setakat ni brehi kumpul FM jah. xtahu la klu jangkit brehi kumopul pinggan macam mung jugop hehe

Unknown berkata...

Zaila,
Samalah dgn K.Sham.
1-2 biasa je. Tp bila dah berderet tu.. cantik la pulak.

Nurhayati berkata...

menarik.
harus beli glass cabinet skang jugak.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^