Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 4 Mac 2013

Perkembangan di Sabah, Ya Allah Lindungi Kakakku Di Labuan Sana

Assalamualaikum,

Rata-rata mesti ramai dah tahu tentang perkembangan terbaru di Sabah kan. Al-fatihah buat mereka yang terkorban. Insya Allah syurga balasan buat mereka yang mempertahankan negara. Jom sama-sama kita doakan semoga keadaan di Sabah akan kembali aman. Jangan lupa lakukan solat hajat mohon Allah lindungi saudara Islam kita di sana. Buat para isteri/famili polis / tentera yang bertugas di sana, bertabahlah..sama-sama kita terus berdoa semoga Allah lindungi orang-orang yang kita sayang..

Teringat akan kak Na & anak-anak buahku; Adibah, Alisa & Aqilah yang berada di Labuan. Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah selalu. Rindunya kami dengan Kak Na. Kalaulah mereka semua berada di sini kan bagus. Sudah tentulah orang yang paling happy adalah Husna & anak-anak aku yang lain. Tapi apakan daya, kami dipisahkan oleh Laut China Selatan..huhuhu

Tahun ini Kak Na akan cuba minta untuk ditukarkan ke Semenanjung. Mungkin ke Shah Alam tapi tak tahulah dapat ke tak, kalau dapat Alhamdulillah bestnya aku rasa sebab kurang-kurangnya ada juga tempat untuk menumpang kasih kalau en suami outstation. Senang sikit untuk Kak Na balik ke kampung menjengah mak & ayah. Kalau sekarang ni, susahnya nak balik ke kampung melainkan pada cuti sekolah di hujung tahun sahaja. Sudahler tiket kapal terbang mahal, kalau asyik nak balik aje, boleh bengkok kepala lutut tu:D

Dalam adik beradik aku, kami berdua je perempuan. Kak Na anak ke dua & aku anak ke 4 tapi jarak kami memang jauh, hampir berbelas tahun rasanya! Seingat aku Kak Na memang baik, kalau masa aku kecil dulu selalu ternantikan kepulangan Kak Na setiapkali cuti sekolah / raya. Dulu masa tingkatan 4 & 5 pon aku sempat tinggal dengan Kak Na & bersekolah di sekolah tempat Kak Na mengajar dulu. Lepas Kak Na berhijrah ke Labuan & aku pula berkahwin hubungan kami terputus sekejap. ALhamdulillah sekarang ni kami selalu berhubung melalui telefon & facebook. Anak-anak aku pon selalu rindukan Mok Na. Tahun lepas masa bulan 12 Kak Na aku sempat berkunjung ke rumah aku.

Sekadar berkongsi gambar anak-anak bersama dengan Mok Na kesayangan mereka;-


Tengok muka Husna yang happy bila berada bersama-sama dengan kakak-kakak pengasuh:)


Kak Na memang sukakan kanak-kanak. Lepas tu suka manjakan anak-anak aku. Masa kami ke Labuan dulu pon pantang nampak mainan mesti nak belikan untuk anak-anak aku. Sebab tu budak-budak ni cepat sukakan Mok Na dari mama dia sendiri..HAHAHA


Masa ni Ashraf tak jadi abang chik lagi..manja sangat dengan Mok Na & kakak kilok


Di Dataran Putrajaya. subhanallah cantik sangat pemandangan di sini. Anak-anak bebas berlari di atas rumput yang menghijau..Rindunya mereka!


Bergambar berlatarbelakangkan Masjid Putrajaya


Tengoklah Husna tu..suka bila dikelilingi Mok Na & kakak-kakak


kenangan bergambar di hiasan krismas di Jusco Bukit Tinggi


Buat Mok Na, kami sekeluarga sentiasa doakan keselamatan Mok Na & anak-anak di Labuan sana. Cuti sekolah nanti datanglah lagi ke rumah kami lagi. Semoga tahun depan Mok Na dapat balik ke Semenanjung, lagi senang untuk kita berjumpa sokmo=)

Di bawah ini adalah perkembangan terkini di Sabah yang dipetik dari Berita Harian online.

Serang hendap di Semporna: 19 anggota PDRM terperangkap dikeluarkan

Lahad Datu: Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai Tentera Sultan Sulu, ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, malam kelmarin. 
Operasi yang diselesaikan hampir 24 jam itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya enam anggota kumpulan bersenjata terbunuh, manakala seorang lagi maut dibelasah penduduk kampung. 

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Jumaat lalu.
Polis juga berjaya mengeluarkan 19 anggotanya yang terperangkap di kawasan perkampungan atas air itu. Seorang penduduk wanita berusia 50 tahun dilaporkan cedera dipercayai terkena tembakan rambang kumpulan bersenjata dan dirawat di Hospital Tawau.

Sumber dari sini.

Sama-sama kita sedekahkan al fatihah buat perwira negara yang telah pergi meninggalkan kita. Sama-sama juga kita berdoa agar Sabah akan kembali aman seperti sedia kala..Amin

2 ulasan:

Tie HT berkata...

moga mereka semua selamat di sana..terasa sgt kan sbb ada famili di sana

Zaila Mohamad berkata...

Tihara,

ituler..semoga mereka semua selamat di sana. Hanya pada Allah kita berdoa semoga mereka sentiasa di bawah lindunganNYA selalu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^