Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 15 Mac 2013

Mari Bersyukur


Assalamualaikum semua,

Salam Jumaat yang barakah!! jom bersyukur dengan apa yang kita ada!! Senarai syukur aku minggu ini:P

1) Syukur sangat-sangat sebab dah hari Jumaat, Alhamdulillah manage to handle kids alone tanpa bantuan en suami:) 2 more days to go

2) Syukur sangat-sangat sebab diberikan badan yang sihat oleh Allah..anak-anak pon semua sihat Alhamdulillah..

3) Syukur sangat-sangat sentiasa dikelilingi oleh teman-teman yang baik. Thanks buat Shikin yang tolong belikan susu Ashraf..hehehe:P

4) Syukur sangat-sangat ada katil yang empuk sampaikan semua anak berebut nak tidur atas katil dengan mama *habis sakit satu badan mama sebab tidur macam patung*

5) Syukur sangat-sangat masih cukup makan pakai, walaupon masak simple-simple & tak makan nasi tapi tetaplah mama tak kurus-kurus..howmeh?

6) Syukur sangat-sangat en suami selamat di negara orang

7) Syukur sangat-sangat ada handset, ada internet, ada karen, ada air:P

Oklah, itu sahaja senarai syukur..walaupon perkara yang kecil tapi kalau kita selalu bersyukur Insya Allah akan terasa nikmatnya benda tersebut..Alhamdulillah syukur nikmat, kepada Allah yang memberi rahmat~siapa yang ingat lagu ni angkat tangan? It was nasyid kan? Selalu dengar kat TV dolu-dolu..nostalgia sungguh!!

Selamat berhujung minggu:)

2 ulasan:

Fiza Rahman berkata...

Aku pon bersyukur dgn apa yg aku ada skang nih.

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

super..super mak;-)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^