Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 18 Mac 2013

Order Domino's Pizza Online Di mana-mana Sahaja

Assalamualaikum,

Alhamdulillah en suami dah selamat sampai ke pangkuan kami pukul 12 tengah malam tadi. Anak-anak semua tidur lambat gara-gara nak tunggu papa diorang:)) Oklah, ni aku nak bercerita tentang sambutan birthday Ashraf hari sabtu lepas. Memang aku ada plan untuk order Domino's Pizza aje untuk budak-budak ni sebab aku pon malas nak masak & bolehlah tumpang makan sekali:P

So sajalah kan whatsapp en suami minta kebenaran dia dulu..cewah! minta kebenaran tuuuu..takderlah at least bagitahulah sepatah dua kan..kang nanti aku update kat facebook gambar Domino's, mesti en suami terasa hati sebab makan Domino's tak ajak dia:P

Tapi rupa-rupanya en suami pon memang berniat nak orderkan kami pizza juga hari tu. Ni buktinya;-


cewah, siap buat capture screen tuuuu..biarlah kan, saja nak tunjuk hubungan "kimia" antara kami..kalau apa yang aku terlintas, mesti en suami pon sama:)) errr kecuali bab-bab shopping..puas dah hantar hubungan "kimia" suruh beli parfume baru tapi dia tak beli-beli juga..HAHAHA Ingat tak entri aku dulu (Order Makanan Pakai Minda Sajo) itupon bukti hubungan "kimia" antara kami:P

Oklah, berbalik tentang Domino's Pizza ni, kalau kita dah ada akaun dengan diorang (register online) dalam kes ni en suami memanglah selalu rajin order menggunakan akaun emailnya so tak kisahlah walau di mana jua dia berada, dia boleh tolong orderkan..Tapi idoklah orang Domino's tu nak hantar sampai ke Dubai pizzanya..tolong orderkan untuk kami jelah..barulah kami tak kebulur kat rumah tu..HAHAHA


Masa en suami order ni pagi tapi kita boleh set nak suruh diorang deliver pukul berapa. En suami setkan pukul 4 petang tapi dalam 3.45 petang diorang dah hantar dahpon..Kalau lambat nanti diorang kena bagi kupon dapat pizza percuma ke half price (lupa pula) tapi since kali ni sampai sebelum pukul 4 so tak dapatler kan..Teringat kenangan satu masa dulu aku pernah order Domino's juga, masa ni en suami baru balik dari outstation dari Labuan so malas nak masak (alasan) so orderlah pizza, sampai-sampai dengan yakin je budak delivery ni buka bekas delivery dia (kotak) then muka dia terkejut sebab dia tertinggal pizza kat kedai di Kota Kemuning yang mengambil masa dalam 15 minit juga nak ke sana balik..HAHAHA dahler kami ni tengah lapar tapi sebab kesiankan budak tu, kami redho jelah tunggu dia balik ambil..pastu dahler tak dapat pizza free..patutnya dia bagi satu free sebab salah dia kan p ambil kotak kosong:P


Sukalah anak-anak bila papa diorang orderkan bbq chicken wing..sampai berebut-rebut..Thanks b orderkan pizza..lain kali orderlah lagi ya:))

Oklah, nak tengok apa ole-ole dari Dubai ni:)) bye tata

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^