Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 11 Oktober 2012

Order Makanan Pakai Minda Sajo, Ko Hade?


Assalamu'alaikum,

Sedihnya tajuk..tapi tak kisahlah..saja nak coretkan sebagai kenangan di hari tua..Bagi orang lain biasa-biasa sahaja tapi bagi aku cukup bermakna:)

Al kisahnya, en suami ke KLCC meeting..tak ingatlah bila tapi memang dalam seminggu tu akan ada hari dia akan ke sana..Bukan untuk shopping yaaa tapi untuk kerja..Kalau shopping aku pon nak hekot:P Macam biasalah aku tak suka mengada-ngada nak minta apa-apa pon sebab tahu permintaan tidak akan dilayan:P Tapi haritu cuma terlintas nak makan popcorn tersohor *tapi sekarang dah tak tersohor pon* yang ada kat situ..Apa lagi kalau bukan popcorn #hargacekikdarah Garret tu..Terlintas je pon dalam hati "Bestnya kalau ada orang belikan Garret"

Petang tu en suami sampai time Maghrib..masa tu aku tengah mengaji & bila nampak plastik bag Garret tu hati happy tak terkata sebab impian termakbul *cet* tapi en suami beli bukan sebab aku sms/call bagitahu pon, tapi sebab dia nak pecahkan duit nak buat bayar tiket parking:P Tupon beli yang paling murah sekali..Tak sedap! Tapi takpe, mari bersyukur..sekurang-kurangnya Allah sampaikan hajat aku melalui en suami..Orang mengandung memang selalu teringat makanan sedap-sedap kan:P Since popcorn tu tak sedap, en suami cakap takpelah next time dia beli lagi yang biasa dia beli tu (yang ada kacang tu..lupa pula namanya)

So setelah berminggu-minggu..takde pula en suami belikan..takperlah, mungkin dia lupa. Semalam en suami ada meeting lagi so aku saje je nak test "power" aku, saje niat dalam hati "b, nak makan Garret" banyak-banyak kali & aku takde kecoh kat facebook ke apa nak bagi hint ke apa..Saje nak tahu "chemistry" antara kami kan:P

Macam biasa, en suami balik lewat & masa tu aku baru lepas solat Maghrib..jeng jeng jeng..kat tangan dia ada paper bag Garret..HAHAHA nak sengih ada nak nangis ada..Of courselah laki aku tak tahu apa-apa kan..Syukur Alhamdulillah..menjadi juga hantar mesej melalui minda ni yek:P

Perkara macam ni memang selalu berlaku sebabnya one of the reason is en suami memang selalu belikan aku apa yang aku suka..Macam semalam ke pasar tani, dia belikan nasi lemak lauk rendang ayam sedangkan aku tak minta pon cuma masa dia keluar dari kereta adalah teringat dekat rendang ayam tu:P Bini dia je yang tak reti-reti nak beli apa kegemaran en suami dia..hehe sorry b..terimalah bini mu seadanya LOL

Errrr..pasni nak try hantar mesej "b, nak henbeg Michael Korsss" boleh:P

Ok, sekian..terima kasih kerana membaca cerita yang langsung tak berfaedah ini:P

Pada yang berminat untuk mendapatkan koleksi buku tulisan Prof Kamil & isteri, bolehlah dapatkan sekarang di MKS Kedai Buku Online..Jangan lupa klik like page tersebut..terima kasih:)


Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

4 ulasan:

KuNanGKuNanG berkata...

wah klu cmni leh mintak macam2 lah..he3..

slalu sy pun camni tp ngan mak la sbb xde somi lg..he3..cthnye terdetik kat ati nak mak masakkan something, tetibe blik kg mak dah ready pe yg kite nak..best3x..

ms_shogun berkata...

keh keh keh...suker suker suker...tahniah mc la...hang diberi kelebihan memasuki minda (ahahahaha...istilah rekaan semata)

Tie HT berkata...

rezki orang ngandung tu, alhamdulillah :)

Zaila Mohamad berkata...

KunangKunang,

bukan selalu pon akan dapat apa yang diminta:P

ms_shogun,

hahaha..yolah tu..aku nak suruh beli henbeg fuler:P

Tihara,

betul..rasanya lebih kepada rezeki anak:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^