Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 5 Mac 2013

Perkembangan Anak Di Genius Aulad

Assalamualaikum,

Sabtu yang lepas kami ke sekolah Husna untuk slot "Teacher-Parent Sharing Day". Kalau dulu masa Haziq umur 5 tahun, mama dia excited je nak jumpa teacher nak tahu perkembangan anak kan..tapi bila time Husna ni rasa excited tu dah jadi suam-suam kuku dah..Nak buat camno, tiap tahun asyik muka aku aje yang muncul di sekolah Genius Aulad ni..HAHAHA

Tapi tak adillah bagi Husna kan kalau kami tak pergi so pagi sabtu tu lepas breakfast terus ke sekolah Husna. Tapi bila dah sampai aku, HUsna & Haziq je yang naik jumpa teacher, en suami jaga baby Azzam & Ashraf dalam kereta. Mana boleh semua naik, kang tak terkawal budak-budak tu nanti:D

Macam biasalah kena tunggu giliran depan kelas. Husna sekolah sesi pagi & berada dalam kelas biru. Dalam kelas tu ada 15 orang pelajar. Sempat juga aku snap gambar Husna semasa berada dalam kelas!


Waaaah, terserlah cahaya keimanan anak aku yo!! macam mama dia..HAHAHA


Dalam kelas Husna duduk depan sekali. Nasib baik dapat duduk depan sebab dia ni boleh tahan suka berangan juga..HAHAHA menurun saperlah tu ya?? *akulah tewww*

Nama teacher Husna Teacher Nieda..sweet je orangnya..Sempatlah dia bercerita tentang perangai Husna di kelas. Kalau time menyanyi Husna yang paling suka, nampak happy sangat tapi time belajar tiba-tiba jadi pendiam & kalau teacher tanya pon mulut tu macam nak jawab tapi takde keyakinan sebab dia takut salah..Alahai Husna..ingatkan Husna ni becok rupanya pendiam macam abang Haziq juga rupanya! Tapi teacher Nieda cakap walaupun Haziq pendiam tapi bila tanya dia memang boleh jawab.

Bila teacher bagitahu macam tu memang aku tak terkejut sebabnya memang di rumah pon Husna ni nampak agak susah sikit nak ingat sesuatu. Dari dulu lagi aku dah ajar ABC, alif ba ta tapi sampai sekarang pon masih ingat-ingat lupa. TAAAAPPPPIIII kalau bab menyanyi..amboi lagu Katy Pery tu hafal uolssss..siap menari bagai..Oh anak! Janganlah besar nanti minat nak jadi penyanyi..huhuhu

Berbeza sangat dengan Haziq yang memang jenis cepat tangkap. Memang berbeza sangat-sangat anak lelaki & perempuan ni kan. Husna tu mulut je banyak (kalau di rumahlah) tapi kalau dalam pelajaran susah nak ingat. Tapi kami tak naklah buat kesimpulan terus..kena bagi Husna masa juga sebab dia pun masih baru lagi di Genius Aulad ni. kita tunggu & lihat dulu..Kalau nampak takde perubahan juga, nampak gaya tahun depan hantar PASTI jelah kan..jimat duit papa..kat PASTI banyak nyanyi-nyanyi juga mesti dia suka..HAHAHA


Anak dara kami:) Kesian kat dia nak sangat adik perempuan; kalau sepupu dia Aisyiah datang, mesti dia suka sebab boleh main sama-sama..Sabarlah nak..bukan rezeki Husna lagi nak dapat adik perempuan..right now, Husna lah permata hati kami..

Jam yang dia pakai tu papa dia belikan di Econsave, RM10 sajork tapi bila tanya pukul berapa tak tahu..HAHAHA
Haziq pula jam dia hanya bertahan sehari sahaja bila bawa sekolah balik tu dah pecah..biaserlah anak lelaki, ganas sedikit & jangan haraplah papa nak beli lagi..tunggu dah besar baru beli lain!!

Oklah..bye!

2 ulasan:

Unknown berkata...

samalah anak dara ija yg no 2. dia tahu but tkt2 nak jawab..

Zaila Mohamad berkata...

Noor Aliza,

kurang keyakinan kot..macam kita dulu2 lah kan..takut bg jawapan salah then malu..hahaha

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^