Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 26 April 2013

Anak Oh Anak (Lagi)

Assalamualaikum,

Sambungan tentang perangai anak lagi, hihihi nak kena buat sambungan sebab setiap anak aku ada perangai masing-masing. Nak-nak superhero sorang ni yang bernama Ashraf Hariz! Rasanya dia yang paling bertuah sebab tak payah menghabiskan masa membesar di nurseri. Haziq & Husna membesar di nurseri bertahun-tahun juga sampaikan sekarang pon masih rindukan kawan-kawan nurserinya:) Tapi Ashraf ni, sempat duduk tak sampai 2 tahun pon sebab aku dah berhenti kerja untuk menjadi bibik sepenuh masa:P

Memang mencabar sangat membesarkan Ashraf Hariz ni. Kalau dulu Haziq & Husna banyak masa diorang di nurseri so bila balik rumah dah malam tak sempat nak buat apa-apa dah kan? Haaa yang sorang ni pagi petang siang malam ada kat rumah, macam-macamler akal dia untuk bikin aku sakit kepala >-----<

Yang pertama sekali suka conteng dinding! Pantang dapat pensel habis dia conteng, bukan setakat dinding atas lantai, kabinet baju, kabinet TV semua dia conteng! Kalau kat ruang tamu rajinlah jugak aku lap balik dengan kain basah tapi kalau sepanjang tangga naik ke atas, tak koser mak! Nanti panggil acik cleaner jelah suruh bersihkan (harap-harap acik cleaner pon tak serik datang cuci rumah aku)


Muka tak bersalah!

Keduanya suka sepahkan barang-barang kat dapur. Kalau bawang putih tu habis dia leraikan & bawa sana sini. Jumpa bawang segenap tempat ada; bawah kerusi, celah kabinet TV, dalam almari baju, sampai dalam bilik tidur aku pon ada juga..Yang bagusnya siap berkupas dah, senang kerja mama ko nak masak cari je bawang sana sini yang dah kupas tu:P Selain tu, bekas-bekas dalam kabinet pon pantang terbuka konpem dia akan main..

Ketiganya suka kacau adik tidur atau adik yang sedang duduk dalam keadaan baik (baik beerti tidak manangis melaung macam nak terkeluar anak tekak)..Yang ni paling geram sekali, dia sukalah p curi puting (pacifier) adik dia & bila aku marah, mencecet-cecet lari menyorok. Saje je memang niat dia nak bagi aku marah pon..suka sangat nyakat aku, kalau aku tengah nyusukan adik (sambil baring ke sambil duduk ke) saje je p panjat belakang / naik atas aku..sabar jelah Seraf sorang ni

Paling best bila dia bercakap. Al maklumler dalam usia dia sekarang ni tengah belajar nak bercakap & kalau cakap pon masih pelat lagi. Ada juga perkataan yang kami tak faham tapi layankan aje..Rata-rata sekarang ni orang dok share video dalam KeeK tapi aku ni malas nak upload sebabnya tak reti..HAHA Kalau tak boleh je share kat sini apa yang Ashraf suka buat..


Selalu menjadi mangsa kakak dia

Ok beralih kepada si bongsu Azzam Haneef pula. Takde benda lain yang boleh diceritakan selain dari menangis tidur menangis tidur..tu je yang Azzam reti buat masa sekarang ni..Tapi kalau masa mood dia baik, nakler juga layan menyembang dengan aku (of courselah dalam bahasa dia) pastu selebihnya menangis, bila pegang/ambil dukung boleh pula senyap & duduk diam..huhu

Hobi sekarang adalah menghisap jari/penumbuk. Janganlah kacau kalau tak bergegar satu rumah dengan tangisan dia..HAHAHA


 nyam nyam sedapnya jari saya

Sejak menjadi bibik sepenuh masa ni tak pernah pula terlintas dalam hati untuk sambung bekerja balik. Tapi mana tahu satu hari nanti bila anak-anak dah besar tetiba gatal nak kerja balik ke (ada ke kompeni nak ambil orang tua bekerja?HAHAHA) takpon aku boleh concentrate dalam online biz aku ke, buat masa sekarang ni, anak-anak aku adalah dunia aku. Terima kasih pada en suami yang memberikan sepenuh kepercayaan & kasih sayang buat kami semua:) 

Oklah, happy weekend guys!

6 ulasan:

Fiza Rahman berkata...

Nampak muka ashraf yg cheeky tu. Comel Ashraf pakai tudung. Anak dara aku pon mcm tu gak. Suka campak2 barang, suka sakat adik/abg. Tak padan dgn pompuan. Aktif & lasak semacam...haishhhh...

Iela Fazielah berkata...

Mcm2 anak..mcm2 peel kan.. Tp ashraf sgt kiut... Seronok x jd housewife fulltime.? Ila xdpt byg nak dok rmh saje.. Tp ila ada biz online kan? Kalau camne nak blnja ek? Nak harap duit suami xckp...

Zaila Mohamad berkata...

Fiza,

tuler..penat kan? kena banyak2 bersabar sementara diorang kecil tak tahu apa ni..tp kadang2 aku meletop juga..HAHA

Iela,

Nak kata seronok tu takderlah seronok sangat, penat adalah pastu bila rumah bersepah rasa stress tp skrg ni kn buat2 tak nampak je..HAHA

tang belanja tu satu, sejak dah berenti ni nafsu ntok shopping macam terbantut sahaja..shopping barang dapur jelah terapi buat diri ini:P

Sal UmmiZara berkata...

Best kan jadi suri rumah sepenuh masa..bila la turn Sal...anak sorang pun rasa rugi tak boleh tengok dia membesar dengan mata kepala sendiri

Tie HT berkata...

oh, dah jadi full time housewife..bak kata UAI, kerja tu paing banyak dapat pahala..insha Allah

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...

hahaha..lawak baca pasal asyraf..dah makin lasak ye skang..mcm manelah plak klu zareef ada adik kan..=p

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^