Assalamualaikum,
Bila bercerita tentang anak memang tak sudah. Merekalah penawar duka dikala bersedih & merekalah sipencetus huru-hara & selalu buat aku stress! Since sekarang aku tak kerja so memang hari-hari dok berperang dengan mereka jelah (tapi this kind of war makes me happy) :)
So blog ini akan penuh je dengan cerita mereka sebab ini kan blog aku, ikut suka akulah nak cerita apa pon *ayat biasa seorang blogger* HAHAHA
Kisah pertama perbualan antara Haziq & Husna, aku curi dengar je
Haziq : Una, kawan Amirul cakap senang tu kacang je
Husna : Kacang? Kacang apa Amirul?
Haziq : Kacang tu senanglah!
Husna : Yerlah kacang apa? kacang tanah ke kacang apa?? (masih tak faham istilah Kacang je ni)
Haziq : Kacang tu kacanglah (dah naik suara sebab nak marah)
Aku : gelak sajork..HAHAHA
Kisah kedua dalam perjalanan balik ke Shah Alam dari kampung
Haziq : Papa, Amirul nanti besar nak jadi bomba
En suami : Ye ke? Baguslah Amirul
Aku : Bomba je Amirul? Jadilah Engineer macam papa ke, pilot ke, doktor ke (biasalah ibu mesti nak yang terbaik untuk anak dia kan?)
En suami : Takperlah mama, mama dulu pong cita-cita nak jadi gapo? Kan setiap kali pon cita-cita kita akan berubah kan?
Husna : Papa, mama..Husna nak jadi pilot
En suami : Wow..bagus tu..Amirul cuba eja pilot
Amirul : P-A-I-L-O-T
T_______T"
Aku & En suami keras suko (gelak besar)..Amirul..Amirul..sia-sia aje mama & papa hantar Genius Aulad 2 tahun..HAHAHA
Oklah, nak cerita pasal Haziq yang selalu kena buli di sekolah. Buli bukannya bermaksud kena sepak terajang ke apa cuma biaserlah Haziq ni dia jenis slow sket jenis yang berhati-hati dalam kerja, jenis manja kededek so adalah masa-masa bila kawan tu agresif sikit so selalulah kena "buat" dengan kawan dia ni. Senang je kalau nak tahu mood dia di sekolah macamana sebab selalunya bila balik sekolah aku sambut depan muka pagar lagi dah nampak reaksi muka dia macamana, kalau senyum tu maksudnya dia happy di sekolah, kalau masam menangis tu adalah tu benda yang terjadi di sekolah.
Hari Rabu lepas dia nak bawa RM5 ke sekolah (duit ni pakcik dia yang bagi masa balik kampung haritu) so aku saja je bagi sebab itu duit dia kan, nak juga sesekali bagi pelepasan kat dia bawa duit sendiri walaupun aku tahu something bad akan berlaku. Asal bawa duit banyak je mesti akan ada kawan yang akan pau/ambil/pinjam tanpa bayar balik duit dia. Bukan sekali benda ni berlaku..First time dulu masa awal-awal persekolahan bila en suami bagi duit untuk dia beli buku (memang kami nak ajar dia supaya beli sendiri buku di koperasi sekolah) & masa tu duit dia letak dalam wallet. Balik sekolah aku tanya mana buku & lepas tu dia menangis. Mula-mula tak nak cakap tapi lepas aku slow talk dia pon cakap yang budak sebelah kelas ambil duit dia masa dia letak wallet atas meja (masa tu rehat & dia keluarkan wallet dia letak atas meja)
Masa dapat tahu tu geram juga tapi nak buat macamana sebab Haziq tak kenal pon budak tu nama apa. Lagipun mungkin salah kami yang bagi Haziq duit banyak & Haziq pula careless dalam menjaga wallet dia so lepas kejadian tu aku tak bagi dia bawa wallet ke sekolah dah. Kejadian Rabu lepas pula masa nak balik Haziq beli air dengan duit RM5 tu & terus ada budak minta duit dia RM1. Haziq cakap budak ni budak darjah 2. Masa tu Haziq cakap dekat budak tu nanti esok pulangkan balik duit dia tapi budak tu cakap tak nak & suruh Haziq pula yang beri duit lagi pada budak tu.
Macamana aku dapat tahu kejadian ni? Sebabnya setiap hari aku akan tanya apa benda yang dia beli di sekolah. Kalau bagi RM2 tu ke mana dia habiskan duitnya. Selalunya dia akan beli keropok bawang, sosej roll takpon air kotak/air batu. So haritu dia bawa balik baki RM3 sahaja & dia cakap dia hanya beli air so sah-sah lah hilang RM1 kan? Aku cakap kat dia takkanlah air ni harga RM2 so barulah dia cakap dekat aku yang ada budak ambil duit dia..Masa dengar tu geram ada, nak marah ada, kesian ada..Nasib ko lah nak..Moga Allah sentiasa lindungimu selalu..Mama tahu Haziq anak yang baik..So kesimpulannya lepas ni aku cakap kat dia lepas ni tak boleh dah bawa duit banyak (RM5 tu kira banyaklah bagi seorang budak) ke sekolah. Alhamdulillah dia faham.
Buat ibubapa juga, kadang-kadang pantau anak-anak kita di sekolah macamana. Luangkan masa bertanya apa yang diorang makan/beli di sekolah. Aku tahu bukan salah budak tu untuk menjadi "kurang ajar" mengambil duit budak lain yang lagi lemah dari dia. Mungkin budak ini kekurangan duit atau kasih sayang yang membuatkan mereka bertindak mengambil harta orang. Aku selalu pesan dekat anak aku jangan sesekali ambil duit orang lain. Haritu ada kawan Haziq yang nak pinjam duit RM1 tapi berjanji untuk bayar balik RM3; aku cakap dekat Haziq ambil RM1 je & jangan ambil lebih duit kawan tu sebab duit tu haram dikira riba (tak tahulah dia faham ke tak tapi yang penting kena bagitahu).
Aku rasa budak yang suka ambil duit budak lain ni mungkin seorang budak yang agresif. Tak boleh nak salahkan budak 100% kerana mungkin dia masih tak tahu yang benda dia buat ni salah. Kita sebagai ibubapa pon kenalah selalu ambil tahu aktiviti anak di sekolah. Jangan ingat kita dah hantar sekolah agama anak akan berperangai baik, jangan ingat tugas guru sahaja di sekolah untuk didik mereka. So luangkan masa bercakap dengan anak, selalulah beri pesanan pada anak semoga apa yang kita bagitahu hari-hari akan tersemat dalam jiwa mereka sampailah mereka besar. Insya Allah:)
Oklah, selamat berhujung minggu semua:) Ahad ni hari ibu so selamat menyambut hari ibu pada semua ibu-ibu yang membaca blog aku:)) Walaupon orang cakap tak elok sambut hari ibu sebab hari-hari pon boleh jadi hari ibu tapi aku rasa bagus juga diadakan hari ibu ni. One thing that aku salute dengan mat-mat salleh ni diorang sangat menghargai each other, senang meluahkan kata-kata sayang so yang bagusnya masa hari ni anak-anak akan meraikan kita, meluahkan kata-kata kasih sayang kepada kita. Alangkah bahagianya kan?
Aku dulu mana reti nak sambut hari ibu dengan mak aku. Maklumlah mak aku orang kampung memang tak tahu apa pon hari ibu & kalau sekarang pon kalau aku call nak ucap hari ibu mesti mak aku akan cakap "Owk alloh, ingatke nak bagi duit" HAHAHA so takpelah, jom kita terapkan pada anak-anak kita pula supaya sentiasa menghargai jasa ibu.
Minggu ni kami akan bermalam di Impian Morib, kira hadiah hari ibu lah tu bagi aku sebab tak payah masak dah..hip hip hooray!
Bye uolssss..
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Sabtu, 11 Mei 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
1 ulasan:
serlamnat hr Ibu....haziuw Sam a mcm syfqah.. xberani kasi dia duit lkebih...to syfqah kuat mkn N suka bl mknn pun...
Catat Ulasan