Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 29 Mei 2013

Kereta Idaman Che Kiah


gambar hiasan

Pada yang follow blog ni, lately aku memang dok berhint bagai pasal nak cari kereta MPV kan? Maklumlah, anak dah makin bertambah, rasanya dah sampai masanya kami bertukar dari kereta sedan ke MPV (Multi purpose vehicle kan?). Senang bila nak balik kampung nanti nak cilok bawa segala barang dari kampung ke Shah Alam ni:P

So Sabtu yang lepas mulalah operasi tinjau-tinjau kereta idaman hati..Aku ni tukang teman en suami aje sebabnya aku memang tak reti langsung bab kereta, tapi sebagai isteri yang setia *eceh* segala keputusan harus melalui persetujuan aku juga HAHAHA

Haritu kami ke Puchong bersama dengan abang en suami. Anak-anak memang excited benar masuk dalam kereta; dah buat gaya kereta sendiri dah tu! Pastu sambung ke Kota Damansara survey lagi. Masuk ni dah banyak tempat dah en suami pergi. Biasalah, nak cari idaman hati yang sesuai dengan poket ni bukan senang, tapi kalau tak cari nanti tak jumpa kan?

Macam kami, kalau nak buat apa-apa keputusan especially dalam membeli sesuatu yang mahal seperti nak beli rumah ke kereta ke, kami laki bini memang suka tanya pendapat adik beradik, kawan-kawan atau at least tanya dengan mereka yang reti/tahu selok belok benda tu. Thanks pada kecanggihan teknologi seperti whats app, memang senang sangat-sangat nak berhubung! Terima kasih pada Abang Lan (abang aku) sebab suka layan pertanyaan aku ni..HAHA

Oklah tata!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak sabar nk tgk keta baru akak...bila tu?

Nurhayati berkata...

pilih estima or alphard k hehe

DaZzlingLilLy berkata...

perghhh cair hati tgk si merah tu..mpv sebelah dia tu sesuai utk ko satu family zaila

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^