Thursday, May 30, 2013

Tips PENTING Shopping Di Vietnam

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak bagi lagi beberapa tips yang aku rasa penting untuk korang tahu sebelum ke Vietnam. Apa yang aku ceritakan di sini berdasarkan pengalaman kakak aku; Kak Na yang selalu pergi ke Vietnam untuk bawa kawan-kawan bercuti & shopping di sana. Ya, memang kaum Hawa suka pergi ke Vietnam, kata orang syurga membeli-belah kain cotton & baju bermanik. Nak-nak raya dah makin dekat, konpem akan ramai rakyat Malaysia menabur duit kat sana:)

Tapi Vietnam sekarang dah tak macam dulu. Kalau dulu barang yang dijual berkualiti tapi sekarang aku rasa dah banyak penipuan berlaku. Bukan semua tapi adalah sesetengah yang terkena. Kalau dulu Vietnam selamat tapi kini rasa macam dah tak selamat mana. So di sini aku nak kongsikan beberapa tips penting mengenai shopping di HCMC yang kadang-kadang orang tak tahu/jangka benda ini akan berlaku :


1) Sebelum pergi iaitu masa beli tiket lagi pastikan jumlah kg luggage kita ambil siap-siap dalam 30kg. Kalau ada niat nak shopping banyak, sila ambil maksimum terus iaitu 40kg. Bukan apa, kalau dah namanya perempuan, 20kg (standard luggage untuk Air Asia, kalau MAS dalam 30kg rasanya) memang tak cukup. Percayalah cakap aku! Kalau beli kain cotton dalam 5 pasang pon dah berat, belum campur benda lain lagi. Sekadar mengingatkan kerana bila dah nak balik nanti kalau timbangan terlebih, kalau tak silap aku dalam 1 kg kena bayar dalam RM50+ (atau lebih). Memang kalau booking dengan Air Asia kita boleh tambah luggage melalui website tapi bersedia untuk sebarang kemungkinan iaitu di hotel internet takde, kad kredit tak boleh guna & macam-macam masalah lain, so kalau nak selamat, sila lah booking siap-siap luggage dalam tiket.

2) Kalau ke Pasar Ben Than, pastikan jangan pergi seorang diri atau sekurang-kurangnya pergilah berteman supaya boleh saling jaga antara satu sama lain. Jangan pandai-pandai nak buat macam kampung kita sendiri. Walaupun diorang cakap orang Vietnam tahu berbahasa Malaysia tapi hakikatnya diorang masih lagi orang kafir yang kita tak tahu hati budi masing-masing. Ni aku nak kongsikan kisah benar beberapa kes samun yang berlaku di sana ke atas orang Malaysia yang berkunjung di sana;

Kisah 1 : baru je berlaku hari Ahad yang lepas, kawan Kak Na sendiri yang kena copek (pickpocket) kat dalam Pasar Ben Than. Sudahlah hari pertama sampai belum check in hotel pon lagi. Masa tu kawan kakak aku ke Pasar bersama adiknya, biaserlah kena kerumun dengan peniaga yang akan panggil kita "Madam, madam" & tengah-tengah kalut tengok barang, ada seseorang yang ambil walletnya. Bila balik hotel, baru sedar yang semua duit dah hilang! Terpaksalah ke kedutaan buat report segala. Alhamdulillah, kad kredit & IC ada yang terjumpa & pulangkan balik ke alamat IC tapi duit yang hilang tu (sudah tentulah berjuta-juta dong) tak boleh nak pulang balik dah. Nak-nak kena pula hari pertama, kompem akan merosakkan mood untuk berjalan/shopping! Kalau ke Pasar Ben Than silalah berhati-hati, nak-nak kalau kita ni semua perempuan. Jangan tunjuk segala duit yang ada simpan kat mana. Kalau nak selamat, shopping di butik-butik  sahaja sebab kat sini tak ramai orang luar berkeliaran. Kalau ada pun pekerja butik sahaja, harga pun takderlah semahal dalam pasar tu!

Kisah 2 : Pon berlaku dalam minggu ni iaitu lokasi di kedai makan Hajah Basiroh. Pada yang pernah ke sini konpem tahu kedai makan ni ada kerusi & meja kecil kat luar kedai. Orang kita juga yang kena ragut semasa tengah makan, ada orang tarik henbeg & bawa lari. Kalau dah tengah makan, macamana nak kejar? So berhati-hati walau di mana jua anda berada. Kalau boleh pakai sling bag & duit tu jangan letak semua dalam henbeg, takpon letak dalam poket baju/seluar. Memang banyak juga aku dengar kes ragut sepanjang jalan nak ke Pasar Ben Than

Kisah 3 : Orang Malaysia yang naik teksi nak ke tempat urut kena samun dalam teksi tu. Niat pon dah tak betul sebab masa tu diorang minta bawakan ke tempat ehem ehem..So sentiasa ingat Allah, tawakal pada Allah moga kita diketemukan dengan pemandu teksi yang baik-baik sahaja:)

3. Kalau nak pergi masa weekend atau cuti sekolah, jangan gamble pergi tak booking hotel nak walk in segala. Jangan harap akan ada kekosongan. Aku pernah terserempak beberapa orang Malaysia yang berjalan dari hotel ke hotel bertanyakan bilik kosong. Memang tidur tepi jalanlah jawab dia:P (takderlah sampai seteruk itu tapi rasanya kalau ada kosong pon mungkin akan jauh sedikit dari pasar).

4. Kalau beli barang dalam Pasar Ben Than, pastikan memang penjual tu bagi barang yang sama dengan apa yang kita tengok. Dalam kes aku pernah beli seluar Dockers masa tu aku tengok kalt luar plastik dia tunjuk saiz 32 tapi sekali bila balik Malaysia buka tengok kat dalam seluar tu rupamya saiz 30 so memang sah-sah lah tak muat nak pakai kan? So silalah berhati-hati, pastikan jumlah yang diberi cukup & pastikan baki pon dipulangkan dengan cukup. Nak senang sila buat sifir tukaran USD-DONG siap-siap & print dekat kertas & bawa ke mana-mana kita pergi. AT least boleh agak harga berapa dalam duit RM, kalau mahal sangat sah-sah diorang nak tipu kita!

5. Masa di airport Vietnam, kalau polis kastam panggil korang masuk bilik tanya-tanya barang shopping, jangan cepat panik. Kak Na aku pon kena panggil masuk bilik lagi tapi cuba beranikan diri cakap yang korang datang tak beli banyak barang pon. Selalunya mereka yang takut memang kena bayar duit dekat polis ni tapi aku tak pasti berapa jumlahnya. Memang masa ni nak kena berani sikit so jangan cepat bayar pada mereka.

Rasanya itu sahaja beberapa tips yang aku boleh kongsi. Apa yang aku nak tekankan kat sini adalah keselamatan diri & barang berharga sangat penting semasa berada di sana. Jangan terlampau berani & jangan ingat semua orang kat sana baik. Kalau boleh cari ejen (orang Vietnam) yang memang bawa orang membeli-belah di sana. Aku rekemenkan Hajah Basiroh & Saroh (yang meniaga telekung di sebelah hotel Than Thu pada waktu malam) sebab mereka ini orang Islam & setakat ini boleh dipercayai.

Oklah, itu sahaja..Sekadar peringatan buat mereka yang ingin shopping di sana. Vietnam sekarang pon dah nak jadi macam Indonesia, rimas dengan desakan peniaga, banyak kecurian & barang pon dah kurang berkualiti. Mana-mana tempat yang jadi tumpuan pelancong pon akan macam tu so berhati-hati & tawakal pada Allah sahaja sebagai cara untuk kita mohon selamat.

Bye!

Next time aku plan nak pergi lagi ke Vietnam tapi bukan untuk shopping tapi nak jalan-jalan sahaja. Mungkin akan ke Dalat atau Vung Tao..tengoklah nanti, nak tunggu tabung ayam ni penuh dulu:P

11 comments:

kasihredha said...

Nok gi retekkk
Tp Nok gi sopimm
Xpuas sopim ari ti

Nurhayati said...

macam2 jadi dh skang yer. dorang dh tahu org malaysia ramai dtg soping. nak untung lebih tu la jadinya. last gi vietnam tahun 2002 sronok betul soping.. rasanya time tu org sana blom cerdik lg nak menipu kot hehehe.

chek sue said...

terbantut nak pergi kesana..hihi

Rinihafzah abdul rahim said...

As salam..nice blog..salam perkenalan..saya suka baca blog awak.. jom baca blog saya pula http://rinnran.blogspot.com/2013/06/vietnam.html

zakaria hasan said...

Jgn kutuk bangsa dan agama lain.. tak semesti nya kafir semua nya jahat.. sy dh gi hampir satu dunia.. sy lebih selamat bercuti di negara kafir drp bercuti negara islam seperti arab..kena ingat.. sdg kan jari kita pun ada panjang pendek... sy nasihatkan klu nk tulis di blog..tlg jgn bangkitkan psl bangsa dan agama.

Bie Cimbelang :) said...

Tenkiu entry ni. Sy akan gi vietnam in few days insyaAllah. Really helpful :)

Bie Cimbelang :) said...

Tenkiu entry ni.. Sy akan gi vietnam in few days insyaAllah.. Really helpful :)

Irfa said...

setakat ni dah 3 kali ke sana
mmg ada byk beza, skrg diorang dah demand harga, harap xde kejadian kena copet tu,sbnrnya bukan kt luar je kes copet2 ni,kat malaysia sndiri pun akak takut nak gi kl, dah rasa mcm duk negara lain,huhu

anova said...

Setuju dengan komen Mr. Zakaria Hassan. Jangan anggap diri sendiri yg super and better than others.

anova said...

I totally agree with you Mr. Zakaria

haidar said...

Salam..seronok kan jln2 smbil shopping2^^
Just nak share tourist guide kat sana..klau nk gi da lat ke vung tau ke nha trang ke pun dia blh bwk..Boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, kilang kain, tmpt2 menarik di hcm dll), da lat, nha trang..Dijamin berpuas hati..

No Hp / Whatsapp: +841269930648
Fb: Loh Aeda
Email: abdollohvet@gmail.com
Blog: lohabdolloh.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015