Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 3 Mei 2013

Selamat Mengundi Semua!


Assalamualaikum semua,

Malam ni aku & famili bersama Kak Na yang balik dari Labuan semata-mata nak mengundi akan gerak balik kampung halaman! Tak sabar dah rasa dalam hati ni nak makan nasi berlauk:P Hihihi Balik bukan nak mengundi semata, tapi lebih kepada nak lepaskan rindu pada mak ayah & lauk pauk yang menjadi faktor penambah lelemaks dalam badan ni nanti (Insya Allah)

Hari ni anak-anak masih bersekolah so tak boleh nak balik awal tapi takpe, Isnin nanti sekolah Haziq dah bagi cuti peristiwa & kompeni en suami bekerja pon bagi cuti juga so Alhamdulillah kira takderlah kami terkejar-kejar nak balik cepat kan..Harap-harap jalan tak jem (tapi aku rasa tak mungkin) & semoga anak-anak behave dalam kereta nanti..huhuhu Perjalanan balik kampung ni macam mimpi ngeri dah sebab selalu kena makan "jem" berbelas-belas jam..huhuhu Kalau balik kereta baru pon (eh!) tetap kena makan jem jugak kan? huhuhu Baiklah beli kapaltorbang sebijik senang nak balik lalu jalan atas sajork..kehkehkeh (saya bergurau saja ya sila jangan percaya)

Oklah, buat kawan-kawan, selamat mengundi (pada yang mengundi), silalah undi calon yang berakhlak mulia, bebas rasuah, ada ciri-ciri kepimpinan Islam & jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan / kata-kata  yang dishare dalam media masa baik facebook, TV, banting atau apa-apa jelah. Pada Allah sahaja kita berdoa supaya negara kita sentiasa aman & selamat dari ancaman musuh/penyagak-penyagak yang boleh mengancam keselamatan kita & anak-anak kita nanti.

Bye! Kalau ada kesempatan aku update:)

1 ulasan:

Nurhayati berkata...

have a safe journey
selamat cuti2 malaysia :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^