Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 30 April 2013

Kupang Ke Kepah Ke Lala Ke Masak Apa Pon Sedap!

Assalamualaikum,

Salah satu kelemahan aku adalah tak kenal binatang-binatang yang asalnya dari laut, sungai atau kuala. Tak kisahlah dari mana-mana pon, asal benda bercengkerang je konpem aku tak tahu! Yang aku tahu nama omputihnya adalah mussel so tak kiralah kepah ke kupang ke lala ke tijah ke ghesit ke siput ke semuanya akan menghasilkan rasa yang sedap kan? kan? hihi

Actually diri dah termalu sendiri sebabnya haritu aku upload gambar ni dalam Instagram dengan caption "Kupang dalam kuah tomato" Lepas tu ramai yang bagi feedback cakap ni bukan Kupang ni Kepah (Thanks pada Farah yang bagitahu sama akak, kalau tak sampai bila pon tak tahu..HAHA)

Kesimpulannya, benda alah ni masak macamana pon sedap dimakan kan? kan? *sambil lari tutup muka sebab tak kenal nama binatang apakah ini*


#whateveryoucallit masak dalam kuah tomato; cara aku buat senang je, tumiskan bawang putih & bawang besar yang dipotong dadu bersama dengan minyak zaitun, masukkan tomato pure dalam 5 sudu (kalau nak masam tambah lagi), masukkan tomato yang dipotong dadu, masukkan mixed herbs & masukkan #whateveryoucallit (HAHA) in this case adalah kepah (setelah diperbetulkan oleh Farah, kalau tak aku belasah kupang jugak). Tambahkan garam & gula kemudian tutup periuk/kuali sekejap. Tutup api. Siap! Boleh dihidangkan bersama dengan spaghetti atau cicah dengan roti:)


Yang nipon salah satu cara masak binatang bercengkerang ini iaitu masak sambal (tapi tak banyak pula cilinya sebab anak-anak aku tak suka pedas) hihi

Pada yang ingin tahu di mana aku beli binatang-binatang ini, boleh baca entri ini (Mencari Seafood Di Pantai Remis Kuala Selangor). Kat sini memang ada pelbagai jenis seafood yang segar-segar!!

Oklah, bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^