Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 18 Jun 2013

5 Bisnes Yang Boleh Mendatangkan Duit Di Bulan Puasa


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Google

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar, Ramadhan semakin mendekati kita. Bulan yang penuh keberkatan di mana segala amal mendapat ganjaran berganda-ganda. Pada bulan puasa juga ramai peniaga yang mengambil peluang menambah pendapatan dengan berniaga. Lihat sahaja bazar ramadhan yang berdekatan rumah anda, sudah pasti akan penuh dengan gerai-gerai peniaga yang menjual pelbagai jenis makanan dan pakaian.

Buat mereka yang ingin menjalankan perniagaan tanpa perlu keluar dari rumah. Di bawah disenaraikan 5 jenis perniagaan yang boleh mendatangkan duit sekiranya dilakukan dengan penuh kesungguhan!

1) Bisnes Kurma

Kurma sangat diperlukan oleh umat Islam sebagai memenuhi sunat ketika berbuka puasa. Zaman sekarang kesibukan bekerja kadang-kadang membuat ramai yang terlupa untuk membeli kurma. Boleh sediakan perkhidmatan terus ke rumah pelanggan.

2) Bisnes Pakaian Raya

Lumrah manusia apabila tiba hari raya bagi yang berkemampuan akan membeli baju raya. Boleh cuba fokuskan kepada produk atau lebih bergantung kepada modal anda. Seperti kurma, sediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah pelanggan supaya mereka tidak perlu membuang masa dan tenaga mencari-cari di pasaraya pada bulan puasa nanti.

3) Biskut Raya 

Pada yang mempunyai bakat membuat biskut, boleh kembangkan bisnes dengan mengambil tempahan dari kawan-kawan atau sanak-saudara. Bergantung kepada tempahan, anda juga harus bersedia dengan pembantu agar bisnes dapat berjalan dengan lancar. Proses membuat biskut agak memenatkan tetapi akan berbaloi sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan. Yang pasti utamakan kualiti dalam setiap servis agar tahun hadapan akan sentiasa mendapat permintaan dari pelanggan.

4) Kerepek dan kekacang

Boleh mencari pembekal dengan membeli secara pukal. Kemudian dijual secara peket-peket kecil di pejabat, sekolah mahupon kepada jiran-jiran. Pada yang berminat untuk mejadi ejen jualan kerepek, boleh hubungi sini (pencarian ejen kerepek) di mana anda hanya perlu mencari tempahan pelanggan sahaja.

5) Hamper raya

Bisnes ini memerlukan kreativiti anda untuk menyiapkan hamper raya seperti yang diminta oleh pelanggan. Anda boleh memasukkan makanan seperti kurma, biskut raya atau coklat sebagai isi kandungan hamper. Pelanggan seperti syarikat-syarikat akan memerlukan hamper untuk dihantar kepada pelanggan-pelanggan korporat mereka.

Senang bukan? 5 bisnes ini merupakan yang senang untuk dilakukan dan yang paling penting anda sudah boleh merancang dari sekarang. Mulakan dengan langkah mencari pelanggan, mengkaji market, sasaran pelanggan dan modal yang diperlukan.

Buat suri-suri di luar sana, kalau nak mula berniaga tapi tiada modal untuk mulakan langkah awal, boleh hubungi saya di zailamohamad@yahoo.com atau sms/whats app di 012-3228651 atau PM sahaja di facebook/zaila mohamad. Insya Allah saya akan bantu anda:)

Sekian, salam kasih sayang!

2 ulasan:

Nurhayati berkata...

salute padamu. diriku blom ada masa lagi nak berbisnes. xcukup tangan huarghhhh.

Iela Fazielah berkata...

betul salute... ila nak berbsnes tp xpandai berkata2... acaner?

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^