Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 20 Jun 2013

Ada Apa Dengan Blog?


Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini masih diberikan kesempatan untuk menulis lagi. Sebenarnya masih ramai lagi di antara rakyat Malaysia yang masih tidak tahu apa itu blog? Rata-rata fahaman mereka blog adalah sebagai tempat untuk meluahkan perasaan, diari online kehidupan, tempat untuk menabur fitnah dan sebagainya. Tetapi tahukah anda sebenarnya masih banyak lagi fungsi blog yang boleh digunakan untuk memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

1) Sebagai catatan harian & tempat perkongsian ilmu

Yang ini memang kebanyakannya semua orang tahu. Tapi yang membezakan antara blog yang baik & blog yang "syok sendiri" adalah manfaat ilmu yang disampaikan di dalam kandungan blog tersebut. Ada orang suka bercerita tentang anak-anak dan aktiviti harian, tak salah untuk bercerita kerana itu adalah kisah hidup seseorang individu yang mungkin pada suatu hari akan menjadi kisah motivasi kepada semua orang. Lihat sahaja kisah-kisah inspirasi dari negara barat yang pada mulalanya hanya menulis catatan harian tetapi kemudiannya dijumpai dan kisahnya mendapat liputan luas sehingga dibukukan seterusnya difilemkan. Contohnya kisah Julie Powell yang menulis blog mencabar dirinya untuk membuat kesemua masakan dari buku Julia Child "Mastering the Art of French Cooking". Blog penulisan Julie kemudiannya mendapat ramai pengikut dan kemudiannya berjaya menghasilkan sebuah buku iaitu Julie and Julia: 365 Days, 524 Recipes, 1 Tiny Apartment Kitchenyang telah diterbitkan pada tahun 2005. Aku sendiri pernah menonton filem adaptasi dari penulisan Julie dan memang ternyata menghiburkan!!

2) Sebagai platform ilmu

Ramai di antara kita mempunyai kemahiran yang tertentu yang kadang-kadang rasa perlu untuk dikongsikan bersama dengan orang lain. Boleh lihat blog Dr. Zubaidi Hj Ahmad yang begitu terkenal dengan penulisan-penulisan mengenai perubatan hasil kajian dan pemerhatian beliau. Maish ramai lagi penulis-penulis hebat di luar sana yang banyak memberikan idea & sumbangan kepada masyarakat Malaysia secara berterusan dengan maklumat-maklumat yang berguna. Guru-guru juga boleh menggunakan blog sebagai platform untuk menyampaikan ilmu pengajaran di sekolah memandangkan sekarang ini zaman teknologi di mana murid-murid boleh terus mengakses nota-nota terus dari rumah.

3) Sebagai platform untuk berniaga

Blog merupakan satu cara untuk mengembangkan perniagaan. Boleh lihat contoh blog Green Apple yang pada mulanya menulis blog secara suka-suka tetapi sekarang banyak menjual produk sebagai pendapatan sampingan. Walaupun tidak mempunyai kedai, tetapi beliau mempunyai ramai pelanggan di kalangan pembaca blognya. Inilah yang dikatakan "tukar pembaca kepada pelanggan" di mana secara tak langsung melalui penulisan dapat membuatkan orang tertarik untuk membeli barangan yang diceritakan.

4) Sebagai sebuah kedai online

Zaman teknologi di hujung jari ini ramai yang suka membeli-belah secara talian. Boleh lihat dengan begitu pantasnya kewujudan kedai-kedai online yang menjual barang di blog mahupun laman sosial facebook. Ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia suka membeli belah secara online kerana lebih memudahkan tanpa perlu keluar dari rumah. Pada yang sudah mempunyai kedai atau butik, boleh gunakan blog sebagai satu cara untuk mempromosikan kedai atau premis jualan anda.

Aduuhhhh penat aku fikirkan kegunaan blog ni..Ok senang cerita macam nilah, kalau nak mulakan sesuatu harus ada tapak juga kan? Macam kita nak buat rumahlah, jangan ingat dalam sehari dah boleh siap. Ada orang nak cepat suka bayar mahal terus siap, ada orang budget tak banyak & nak belajar sendiri tapi tak tahu kat mana nak cari so meh aku nak bagitahu bahawa kelas Asas Blog & Fanpage masih lagi dibuka. Kelas memang 100% belajar secara online & takde had masa yang ditetapkan. So far Alhamdulillah semua student aku jenis celik hati, dalam sehari dah boleh siap blog & fanpage. Ada yang dah start berjualan dah pon..Pada yang takde modal tak tahu nak jual apa, jangan risau aku boleh sediakan barang dengan menjadi ejen dropship.

Buat surirumah tu, sangat-sangat digalakkan mengikuti kelas ini memandangkan kita dah ada komuniti surirumah yang bekerja dari rumah. Boleh klik like page ini (wahm sahm soho) di mana banyak usahawan-usahawan / penulis-penulis hebat yang ada dalam ni. Cuba baca kisah-kisah mereka, mana tahu ada yang boleh memberikan motivasi pada anda semua ke..Oklah, nanti aku tulis lagi..nak buat sarapan jap..hihihi

Pada yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut, boleh hubungi aku melalui
email : zailamohamad@yahoo.com
sms/whats app : 012-3228651

Salam kasih sayang!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^