Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 12 Jun 2013

Kisah Mendebarkan Semasa Shopping Di Jusco


gambar hiasan budak debab suka main bedak!

Assalamualaikum,

Ahad yang lepas kami ke Jusco Bukit Tinggi, Klang. Biaserlah tempat lepak kesukaan kami:) Dekat & tak ramai manusia:P

Cadangnya nak pergi beli beg untuk en suami yang akan travel tu. Nak beli beg yang lebih besar, senang sikit nak sumbat hasil shopping bawa baju & kasut sekali dalam beg tu. Kami ni kalau pergi shopping kompem kena bawa budak-budak ni semua. Memang selalu pun macam tu, tapi takde pilihan dah sebab mana nak tinggalkan anak-anak kan? Lainlah kalau ada bibik, dah lama dah mama tak bawa! Buat pening kepala aje nak melayan karenah anak-anak tu!

Budak-budak ni kalau di pasaraya memangler terlampau aktif. Terutamanya Hazi, Husna & Ashraf! Diorang main kejar-kejarlah, tolak stroller adik Azzamlah, jeritlah..Aduihhhhh memang stress dibuatnya! Nak-nak si Ashraf tu yang suka sangat berlari sebab nak suruh orang kejar dia. Selalunya Haziq & Husna kalau aku marah kompem diorang senyap tapi si Ashraf ni manalah nak dengar sebab masih kecil tak tahu apa..Selalunya aku akan pesan supaya Haziq tengokkan Ashraf, Husna pula jaga Azzam sementara aku tolong en suami pilih-pilihkan barang.

Nak dijadikan cerita sekejap aje aku toleh (budak-budak ni ada di belakang aku), tengok-tengok Ashraf dah takde! Ah sudah..manalah Ashraf ni lari..Panik jugalah sebab masa tu memang kelam kabut, dengan Azzam nangis tak nak duduk dalam strollernya..En suami pergi tengok kot-kot ada celah-celah rak baju tu, takde! Aku pesan dekat Haziq & Husna supaya duduk kat tempat tu jaga baby Azzam sambil-sambil aku pun cari..Ya Allah! Memang panik giler masa tu sebab sudahlah tempat tu luas, banyak barang, dekat escalator pula tu..Tak tahu nak cakap apa, tapi aku tak nangis lagi..rilek dulu walau dalam hati hanya Allah yang tahu.

Aku baca surah An-Nas (tak tahulah kenapa tapi orang cakap tak nak bagi sesat), itu aje yang terlintas dalam kepala. Nampak en suami mudar mandir cari Ashraf. Aku tanya dengan budak-budak penjual kat situ ada nampak tak budak pakai baju kotak-kotak? Diorang cakap takde..Aduiii sedih masa ni tapi aku tak nak nangis lagi..Cuba lagi cari jauh sikit tapi tak jumpa juga..

Lepas tu aku nampak en suami sedang marah Haziq. Pastu nampak kelibat Ashraf, terus aku ambil dukung mamat tu..Malas nak cakap apa dah, kesian juga dengan Haziq selalu kena marah kalau adik dia buat salah..Sabarlah Haziq yaa, jadi abang sulung memang macam ni..kena selalu jaga adik-adik tu. Aku & en suami senyap sahaja sebab masing-masing terkejut & aku sampaikan migrain tiba-tiba; agaknya mungkin masa tu terlampau panik sampai tak boleh nak fikir apa dah;(

Lepas bayar semua barangan, kami g makan..Barulah ada kekuatan nak bertanya mana en suami jumpa Ashraf. Rupa-rupanya Ashraf di bawah pemerhatian Pak Guard yang jaga kat tingkat tu (selalunya di depan lif ada pak guard) & yang si Ashraf ni pula dok fire pak guard sebab pak guard ni suruh dia pergi cari mama & papa. Boleh bayangkan macamana Ashraf fire orang (imagine Ultraman fire raksasa) tu..HAHAHA

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah tiada apa yang buruk berlaku. Salah aku juga sebab sepatutnya awal-awal lagi aku patut ambil troli & masukkan dia dalam tu. Ashraf ni memang seorang budak yang aktif, memang tak reti duduk diam & tak takut dengan orang..huhu Untuk pengetahuan semua, ini kali kedua anak aku hilang dari pandangan di pasaraya. Kali pertama si Husna hilang masa di bahagian barang dapur. Alhamdulillah pak guard juga yang jumpa..

Kalau ada anak kecil & ramai (lebih dari 3) memang macam ni; nak harapkan si abang jaga adik mana boleh sebab si abang pun masih tak tahu mana yang baik mana yang buruk T____T"

Kesimpulannya, memang kami ni kena selalu berhati-hati setiapkali keluar shopping. Nak jaga anak-anak lagi, nak jaga beg duit lagi, nak jaga barang yang dibeli lagi, nak jaga laki lagi, eh! silap..hehe Sebab itulah takde mood nak keluar pergi tempat besar-besar & high class, buat penat badan sajork! Tunggu ajelah anak-anak ni dah besar & pandai jaga diri tapi masa tu harap-harapnya kami berdua ni masih ada lagi kekuatan nak jalan tawaf pasaraya tu..hihi

Oklah, buat semua..sila berhati-hati di pasaraya. Kalau boleh letak anak dalam stroller & kalau tak cukup ambil je troli pasaraya demi keselamatan mereka:)

Bye!

8 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

mujur x hile...aku pon debar sokmo klu g mall bawok anok2 sore2, lg la mung 4 ore keno jago huhuhuh

Tanpa Nama berkata...

Wahhh...sama pulak citer ni. Kitaorang hilang ank pompuan masa jusco member sale kt bukit tinggi ni jugakla...sampai skrg akak dh fobia nk pg shopping situ..

Unknown berkata...

fuhh..kecik2 tu kalau hilang boleh meroyan kak kan?

uda kalau bawak adik ipar yg dah darjah 3 pompuan,kalau pegi mall besar2 konfirm letak dia dlm troli..sebab aktif trlampau takut ilang.............

Unknown berkata...

syukur xjd apa2...

FaRah Baharom berkata...

waaa..kalu kite confirm dah menggelebah..silap2 nangis agaknye. mujur la tk jd pape..

Eliss berkata...

nuha dulu pernah sekali terhilang pandangan ms gi mph. ms tu dia dlm 2 tahun kot. aku ingat hubby tengok, hubby ingat aku tgkkan. sekali kt pintu keluar mph ada sorang kakak tu jaga dia kata dia nmpk nuha sorang2 takut hilang.huhuhuhu..seb baik laa sangat

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...

aduhaiii..asyraf yg lasak..lebih lurang ngan zareef..pernah 'ilang' sekejap time gi kenduri kahwin..rupenye die sedap jek melepak belek2 tepi moto org..wuwuwuwu

Zaila Mohamad berkata...

Yatie chomeyl,

homlah..mujo dok hile..kalu hile aku xleh imejin ghano..buleh gilo aku bekali

Kak Anom,

masa member sale lagilah ramai manusia kan kak? konpem kn extra hati-hati

Nabila zaremi,

betul tu, kalau anak yang aktif rasanya lagi elok letak dalam troli

bada,

Alhamdulillah takde jadi apa2 yang tak diingini

Farah Baharom,

aku tak nak nangis sebab nanti lagi panik

Eliss Mie,

itulah bahaya kalau saling berharap kan?

Lily,

Seb baik jumpa..kalau tak..nangesss..huhu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^