Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 11 Jun 2013

Diari WAHM, SAHM, SOHO : Tiada Lagi Pening Kepala Bila En Suami Outstation

 Assalamualaikum,

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku menjaga anak-anak semasa en suami keluar outstation. Kali pertama en suami outstation adalah semasa aku masih belum mula bekerja lagi. Kalau tak silap, en suami ke Jepun selama seminggu. Masa tu aku & Haziq menumpang tidur di rumah abang ipar aku kerana en suami kasihankan kami yang kesunyian, lagipun Kak Rah isteri abang ipar aku juga merupakan seorang surirumah so bolehlah kami bersembang bersama bila suami & anak-anak Kak Rah tiada di rumah.

Selepas itu, en suami makin kerap outstation, ke Miri, Labuan, Turkmenistan, Kemaman, Kota Bahru & masa tu aku pon sudah mula bekerja (di kompeni yang sama juga dengan en suami), anak pun dah makin bertambah seorang lagi iaitu Husna:) Setiapkali en suami nak outstation, mesti aku gundah gulana memikirkan nasib aku yang nak ditinggalkan. Mula-mula dulu tahap kebergantungan pada en suami adalah sangat tinggi sebabnya pergi kerja pun en suami yang drive pergi & balik. Memang tak suka sangat-sangat bila en suami outstation! Sampaikan pernah terjadi satu kes melibatkan pihak atasan lagi. Hermmm, bodohnya aku di saat itu, terlalu mengikut kata hati & perkara sebegitu banyak memberi kesan negatif pada kerjaya en suami:(

Setiapkali en suami outstaion, kompem akan ada peneman yang akan aku panggil / cari datang ke rumah. Tak kisahlah MIL ke, SIL ke, adik aku ke & selalunya yang menjadi mangsa adalah teman sepejabat aku yang kini telah pergi selama-lamanya (al fatihah buat Allahyarhamah Siti Nurulkhatijah atau aku selalu panggil arwah Kak kat) tapi lama-kelamaan naik malu juga muka ni bila sellau menyusahkan diorang! Lagipun, semua orang pun ada kerja masing-masing; contohnya adik ipar aku dua-dua pon sudah bekerja, adik aku pula sibuk belajar & nak ajak MIL pon kesiankan orang tua tu yang susah nak tinggalkan kampung halaman..Mak ayah aku toksah ceritalah, kompem tak nak datang punya!!

Betullah kata orang dulu-dulu "Alah Bisa Tegal Biasa" Lama-lama diri ini kena terima hakikat yang tugas utama seorang suami adalah mencari nafkah buat keluarga. Daripada merosakkan kerjaya en suami lebih baik aku memberi sokongan dengan meringankan beban en suami dengan tidak marah apabila en suami outstaion. So merasalah kehidupan "superwoman" setiapkali en suami keluar outstation. Bangun awal pagi siapkan anak-anak, pecut hantar anak-anak ke taska (Haziq naik van sebelum 7.30 pagi lagi), pecut ke pejabat (kena punch card sebelum pukul 8 pagi kalau tak nanti kena potong gaji), buat kerja, petang nak kena pecut ambil anak-anak & bila malam dah rasa macam nak pitam (ok aku tipu, takderlah rasa nak pitam tapi mestilah penat) & rutin yang sama keesokan harinya.


Masa tu kira aku ni bernasib baik jugalah sebab pejabat dekat dengan rumah so takde nak pening kepala dengan traffic jem, lepas tu pon kerja di pejabat tak banyak (kalau tak ada tender yang nak disubmit), so setiapkali en suami outstation memang aku akan pastikan balik tepat pada masanya supaya aku boleh sampai di rumah awal & masak untuk anak-anak aku. Dalam pukul 9 malam pula aku akan pastikan semua naik ke atas & tidur (tapi selalunya aku yang tertidur dulu & mereka masih bermain kadang-kadang sampai pukul 1 pagi)

Begitulah rutin hidup aku setiapkali en suami outstation. Bukan nak berlagak hebat tapi Alhamdulillah lama-lama kita akan daapat menyesuaikan diri. Sekarang ini bila sudah tidak bekerja, lagilah senang:)


Tiada lagi nak bangun pagi bergegas siapkan anak-anak (tapi masih lagi kena bangun awal siapkan Haziq & Husna ke sekolah), tak payah keluar dari rumah hantar anak-anak ke taska (Haziq & Husna van ambil di rumah), tak payah nak pecut ke pejabat semata-mata tak nak punch card merah, tak payah nak siapkan kerja office cepat-cepat semata-mata nak balik awal ambil anak-anak & masak.

Pendek kata tiada lagi masalah stress bila en suami outstation (errr kecuali stress jaga anak..HAHA yang ni bila-bila masa pon memang stress sokmo!). Tambahan pula tugas baru en suami yang memerlukan dia untuk lebih travel. Tahun ini sahaja sudah ke Myanmar, Dubai, Oman, Filipina, Labuan, Turkmenistan & mungkin entah ke mana lagi aku pun tak tahu. Yang pasti, sebagai seorang isteri aku redha & beri kepercayaan yang sepenuhnya kepada en suami untuk keluar mencari rezeki untuk kami anak beranak. Semoga Allah sentiasa melindungi & merahmati en suami walau di mana jua en suami berada:)

Alhamdulillah, betullah kata orang setiap perkara yang kita ambil pasti akan ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Sekarang ni, aku memang selesa bekerja dri rumah; walaupun pendapatan tidaklah sebanyak yang dulu (sebab kes malas punya pasal) tapi pengalaman yang berharga adalah melihat anak-anak membesar di depan mata. Tapi kita tak tahu masa hadapan macamana kan? Tapi kalau ditanya adakah aku akan bekerja semula nanti? Buat masa sekarang, jawapannya adalah TIDAK:))

Pada mereka yang ingin belajar asas bina blog & fanpage boleh PM aku sekarang. Jom bina asas blog yang kukuh dahulu sebelum ambil tindakan untuk berhenti kerja. Kalau nak tahu caranya, sila PM/whats app aku di 012-3228651 sekarang!! Aku akan tunjukkan langkah demi langkah untuk bekerja dari rumah!

1 ulasan:

NrlAidaHml berkata...

betul kan kak..kalo husb outstation je rasa stress sbb mostly pasal anak lah kan..penat kerja+kerja kt Pejabat mmg bleh pitam..alangkah bestnya kalo dapat duduk rumah dengan kedudukan kewangan yang kukuh..ouh berangan!!hihihi

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^