Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 8 Julai 2013

Diari WAHM SAHM SOHO : Fokus Fokus Fokus Dalam Berniaga


Assalamualaikum,

Alhamdulillah tinggal sehari lagi sebelum kita masuk ke bulan Ramadhan. Sudah bersediakan fizikal & mental untuk menyahut dan melaksanakan seruan Allah? Masih berhutang lagi ke puasa dengan Allah? Di sini aku ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan andai ada tersalah kata / tulis sepanjang menulis di blog ini.

Tahun ini masuk tahun kedua aku menjalani kehidupan sebagai seorang surirumah sepenuh masa. Tahun lepas aktiviti jualan tidak berapa rancak kerana aku sedang mengandung anak ke empat. Sekarang aku mulakan balik perniagaan tudung, baju kanak-kanak dan tambah satu lagi iaitu kerepek untuk jualan hari raya. Semoga kali ini aku akan fokus, fokus dan fokus dalam berniaga. Dahulu sebelum berhenti kerja, berniaga sekadar "suka-suka" untuk cari duit lebih tapi kali ini aku cabar diri sendiri supaya jadikan perniagaan aku ni sebagai satu lagi sumber pendapatan keluarga. Alhamdulillah, buat masa sekarang tempahan kerepek memang di luar jangkaan iaitu melebihi 100kg dah, suka tapi dalam masa sama berdebar-debar juga. Mohon Allah permudahkan segala urusanku..

Alhamdulillah juga sejak menjadi suri yang bekerja dari rumah, aku berpeluang bertemu dengan ramai kenalan hebat di dalam alam maya. Siapa sangka, sejak berhenti rutin harian aku tidak pernah TIDAK sibuk. Begitu juga hari minggu, Sabtu Ahad memang akan penuh dengan aktiviti juga. Macam Sabtu yang lepas, selepas aje mengambil Husna di sekolahnya, kami bergerak ke Kota Damansara, Banting, Bangi dan bermalam di Kajang rumah abang ipar en suami. Keesokannya pula terus ke Bandar Kinrara menghantar barang jualan dan mengambil tempahan kerepek. Alhamdulillah di atas nikmat masa yang diberikan oleh Allah; anak-anak memang sentiasa bersama kami untuk melihat penat-lelah ibubapa mereka berusaha mendapatkan duit. En suami juga sentiasa sibuk dengan kerja, dalam perjalanan pun kena patah balik masuk ke pejabat. Merasalah kami anak beranak berkampung dalam kereta selama lebih 3 jam menunggu en suami siapkan kerja. Itupun sepanjang hari mendapat panggilan demi panggilan membincangkan hal kerja!

Begitulah rutin kami. Dulu kalau en suami terpaksa keluar ke pejabat mahupun outstation, aku selalu marah-marah kerana terpaksa jaga anak seorang diri. Hihi Itu dulu, zaman muda remaja anak pun masih tak ramai lagi:P Sekarang ini, apa yang penting dalam sebuah keluarga adalah semangat kerjasama dan saling bertoleransi. Suami keluar bekerja, isteri duduk rumah jaga anak-anak. Kalau masing-masing faham dan tahu peranan masing-masing, Insya Allah boleh bekerjasama membentuk sebuah keluarga bahagia. Insya Allah..itu yang aku harapkan dalam hidup ini.

Alhamdulillah, hari ini anak-anak didik dok pakat PM cakap masing-masing sudah mendapat order melalui online. Syukur tak terhingga aku panjatkan pada Mu ya Allah..Semoga lepas ini akan makin ramai kaum suri yang akan menceburkan diri ke dalam bisnes online ini. Bukan susah pun nak cari duit poket, yang perlu ada hanya kesungguhan dan minat untuk merubah cara hidup. Tentukan matlamat dan mulalah fokus untuk mendapatkannya. Selagi kita tidak mencuba selagi itu kita tidak akan tahu yang kita akan berjaya.

Buat mereka yang ingin mengikuti kelas online asas blog dan fanpage, boleh hubungi aku melalui

email : zailamohamad@yahoo.com
sms / whatsapp : 012-3228651

Pada mereka yang ingin memiliki e book pakej asas WAHM SOHO, boleh dapatkannya sekarang pada harga RM125
Salam kasih sayang!

2 ulasan:

kasihredha berkata...

alhamdulillah
rezeki

Tie HT berkata...

salam ramadhan zaila :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^