Tuesday, July 9, 2013

Rezeki Ramadan 2013~Terima Kasih Nuffnang, RHB, Drypers, Coke, Sunsilk & Maybank


Assalamualaikum,

Malam tadi check akaun Nuffnang, Alhamdulillah rezeki Ramadan :) Ada 5 BE sedang berlari (running) di dalam blog kelolaan aku. 4 di blog ini & 1 di blog bisnes online. Moga duduk sini lama-lama, nanti makin bertambah tabungan aku..hihihi

Kenapa para pengiklan seperti RHB, Maybank, Coke, Sunsilk & Drypers memilih blog aku sebagai medium untuk menyampaikan iklan mereka? Salah satunya kerana blog aku ini tergolong dalam golongan blog mak-mak yang mana pembaca terdiri daripada golongan kaum ibu. Sesuai sangatlah kan kalau nak letak iklan lampin pakai buang, syampoo, makanan kat sini. Al-maklumler mak-mak kan suka tahu apa produk terkini di pasaran :)

Bagi mereka yang ingin menyertai kelas asas blog & fanpage, pengambilan Julai masih lagi diambil. Semalam baru sahaja seorang suri mendaftar untuk belajar berniaga menggunakan teknik blog & fanpage. Walaupun sudah biasa berniaga online melalui kaedah dropship, tapi masih lagi ingin menimba ilmu dalam penulisan blog dan fanpage. Syabas buat Puan Haslelawaty Mohd Arpa. Nantikan kemunculan beliau di dalam blog ini. Kisah seorang surirumahtangga yang mempunyai 2 hero & gemar berniaga. Hari ini beliau ke Vietnam mencari barang dagangan. Moga dipermudahkan segala urusannya.

Buat kaum suri di luar sana, ayuh keluar dari kepompong. Berniaga zaman sekarang tidak perlu susah-susah untuk keluar dari rumah. Semuanya ada hanya dihujung jari sahaja. Antara nak dengan tak nak sahaja. Kalau berminat nak tambah duit poket dengan berniaga secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran, boleh belajar buat blog & fanpage dahulu. Cepat PM saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms . whats app : 012-3228651
Facebook : https://www.facebook.com/zaila.mohamad

Selain dari dapat belajar, dapat juga mengutip pengalaman & tips hebat lagi berguna untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan harian. Ingat, walaupun kita bekerja dari rumah tapi jangan sekali-kali mengabaikan kebajikan suami dan anak-anak. Mereka lah yang menjadi tunggak kejayaan kita. Tahniah buat suri hebat lepasan ijazah pelbagai bidang yang memilih untuk berkerja dari rumah kerana tidak mampu untuk berpisah dari keluarga. Insya Allah, moga Allah permudahkan kalian dalam mencari rezeki. Pada yang masih antara dua untuk melepaskan kerjaya, bolehlah berniaga sambil-sambil sahaja. Tak dapat banyak, sikit pun jadi yang penting sudah ada blog tapak asas sebagai platform untuk berniaga. Bukan mudah untuk membina sebuah empayar, semuanya memerlukan masa dan pengorbanan.

Bagi mereka yang memerlukan konsultansi secara online. Cepat-cepat hubungi aku :)

Boleh dapatkan pakej WAHM di atas sebagai persediaan untuk memulakan langkah yang pertama.

Salam kasih sayang!

1 comment:

Nurhayati said...

vangga nga dirimu
dlm sibuk menguruskan keluarga
sempat lagi berniaga
aku blom mampu lagi nak wat bisnes
fokus ngan family je takat ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015