Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 29 Julai 2013

Diari WAHM SAHM SOHO : Peranan Seorang Surirumah Dalam Keluarga


gambar hiasan ihsan dari google

Assalamualaikum,

Bulan ini bil elektrik rumah kami mencecah RM260, kalau dulu sebelum aku berhenti kerja, paling tinggi pun hanya cecah RM150 sahaja. Apa lagi, mulalah bising en suami suruh berjimat-cermat. Al maklumlah, dia kan tukang bayar bil setiap bulan jadi haruslah terasa macam geram juga dekat kami anak beranak yang hanya duduk berilek-rilek sahaja di rumah ni..HAHAHA

Jadinya aku sebagai Home Manager (cewah!) telah membuat beberapa peraturan baru bagi penjimatan bil elektrik iaitu :

1) Tutup lampu / kipas sekiranya tak nak duduk di ruang tersebut, contohnya lampu toilet bila nak masuk baru buka

2) Penggunaan air-cond hanya pada waktu malam sahaja, kalau dulu hampir setiap masa buka air-cond..hihihi

3) Hadkan masa untuk anak-anak menonton television. Sejak berhenti kerja memang jarang sangat aku tengok TV kecuali malam minggu sebab nak santai-santai layan movie bersama en suami dan anak-anak tapi kalau tengahari aku selesa berada di dalam bilik SOHO aku bersama si kecil manakala kadang-kadang Husna & Ashraf akan tengok TV di bawah. Mana tak banyak penggunaan elektrik kalau kipas atas bawah pun terpasang kan? Jadinya, kali ini anak-anak hanya boleh menonton TV bila aku berada bersama mereka sahaja..hihi

4) Kurangkan membasuh pakaian. Yang ni memanglah susah sedikit sebabnya rumah ini sekejap sahaja pakaian kotor menimbun, maklumlah isi rumah sahaja ada 6 orang, kalau seorang pakai sehari 2 helai, 6 x 2 sudah 12 helai sehari, kalau seminggu sudah 84 helai. Nampak gaya kena membasuh hanya pada hujung minggu sahaja.

5) Menggosok pakaian untuk seminggu. Yang ni aku paling lemah sekali. Walaupun sudah ada iron steamer, tapi tetap ahkak malas jugak nak gosok baju T____T"

Aku rasa itu sahaja langkah-langkah yang patut dilaksanakan dari sekarang. Tapi macam pelik juga sebab rumah ini tak ada pun pertambahan barangan elektrik, nak cakap hari-hari guna vacuum buat vacuum sampah pun tak juga, nak cakap hari-hari guna pengisar buah pun jarang sekali tapi bil elektrik tetap juga naik. Ke tarif elektrik dah naik?? *saja nak salahkan TNB lah pula* kihkihkih

Oklah, nak bercerita sedikit tentang peranan surirumah dalam keluarga ni, kalau dulu surirumah ditakrifkan sebagai #wanitayangbelajartaktinggitapidudukrumahjagaanakharapduitlakisahaja tapi sekarang zaman sudah berubah, Rata-rata aku jumpa ramai sangat kaum surirumah yang berpendidikan tinggi yang telah mengambil keputusan untuk meninggalkan alam kerjaya demi menguruskan keluarga. Bagi yang pernah bekerja, sudah pastilah tak boleh hidup tanpa memegang duit kan? Aku faham kerana aku juga alaminya di awal-awal peringkat menjadi seorang surirumah.

Pada yang suaminya bergaji "lumayan" sudah tentulah akan mendapat juga bayaran gaji (walau tidak sebanyak gaji semasa bekerja) tapi syukur Alhamdulillah masih ada juga sumber kewangan, tapi aku memilih untuk bekerja dari rumah juga kerana tidak mahu membebankan en suami. Cukuplah sekadar en suami membayarkan hutang PTPTN & insuran aku, yang lain aku tidak mengharapkan duit en suami kerana dengan bekerja dari rumah, Alhamdulillah aku juga sudah mempunyai pendapatan yang stabil.

Rezeki Ramadhan agaknya, tak putus-putus ada sahaja orang yang mendaftar untuk kelas asas blog & fanpage. Ramainya yang cintakan ilmu & tak sabar untuk belajar. Sekarang ini sudah ada dalam 19 orang pelajar yang berada di bawah pengawasan aku. Insya Allah kelas akan bertambah keahlian dan akan bertambah lagi. Pendaftaran masih terus dibuka sepanjang tahun kerana waktu belajar adalah sangat-sangat fleksibel. Jika berminat, bolehlah hubungi aku melalui

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651
Facebook : https://www.facebook.com/zaila.mohamad

Dengan terwujudnya Akademi Bekerja Di Rumah, aku pasti selepas ini ramai lagi kaum surirumah akan tampil belajar untuk berniaga melalui talian kerana ianya memang mudah dan kita tidak perlu keluar dari rumah pun. Semuanya hanya di hujung jari sahaja. Ada banyak cabang / jenis perniagaan yang boleh dibuat. Untuk konsultasi boleh hubungi aku sekarang juga:)

Alhamdulillah perniagaan kerepek juga berjalan dengan baik. Walaupun ada beberapa permasalahan yang tak dapat dielakkan tetapi ianya banyak memberikan aku satu pengalaman yang sungguh berharga dalam berniaga. Pertama kali aku mencuba untuk berniaga kerepek di dalam bulan Ramadhan, hasilnya mendapat tempahan sebanyak 300 kg tapi apakan daya, apabila tiba hari yang dijanjikan untuk mengambil stok di kilang, tiba-tiba kilang bagitahu banyak kerepek yang kehabisan stok. Memang mencabar fizikal & mental bila berurusan dengan semua orang yang terlibat. Tambah-tambah kita berpuasa, rasa macam nak mengamuk aje tapi itulah..kena banyak bersabar.

Akhirnya satu penyelesaian sudah ada. Insya Allah dalam minggu ini semuanya akan berakhir. Semoga dalam sibuk aku mengejar harta dunia, aku tidak lupa untuk mengejar harta akhirat iaitu malam Lailatul-Qadar. Semoga kita semua diberikan peluang oleh Allah untuk bertemu dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Amin


Nantikan selepas ini akan kuabadikan kisah pengalaman berniaga kerepek di bulan puasa sebagai tatapan / panduan bagi mereka yang ingin mencuba untuk berniaga juga). Insya Allah.

Salam kasih sayang buat semua!

1 ulasan:

eyriqazz berkata...

Alhamdulillah,rezeki...Surirumah, kerjaya yang paling mulia pada pandangan saya..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^