Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 22 Julai 2013

Iftar Bersama Keluarga

Assalamualaikum,

Pertama sekali mohon maaf andai gambar makanan ini bisa menggugat puasa kalian:P Jangan tenung lama-lama gambar ini hanyalah sekadar hiasan penyeri kepada kisah ini sahaja. Tanggal Sabtu yang lepas, Alhamdulillah dengan izin Allah, rumah kami berjaya menjadi tempat berkumpulnya adik beradik belah en suami. Penuh satu rumah dengan kehadiran keluarga Abang Sir dari Kuala Selangor, Kak Ani dari Karak, Abang Yi dari Bandar Kinrara, Jamal juga dari Kinrara & adik-adik ipar kesayangan yang senantiasa ringan tulang membantu aku dalam menyiapkan juadah berbuka.

Menu pilihan hari tu adalah nasi daging, gulai daging, acar timun, ayam sambal, ikan bakar & air asam, bbq ayam & sedikit kuih muih seperti pisang goreng dan tepung pelita pemberian dari Kak Mar & Abang Yi.


Bila terlampau banyak menu, sampai ada juga yang tak sempat untuk dirasa. Kebiasaannya aku hanya masak 2 menu untuk berbuka tapi kali ni sediakan lebih untuk tetamu-tetamu yang datang. Alhamdulillah nasi ada lebih sedikit sahaja & lauk pun cukup untuk kami makan sahur keesokan harinya. Kak Ni sekeluarga memang bermalam di rumah aku. Anak-anaklah yang terlebih suka bilamana dapat berkumpul bersama sepupu-sepupu. Bezanya anak-anak Kak Ni (yang bongsu sebaya dengan Haziq) sudah pun berpuasa penuh tapi Haziq ni masih lagi culas dalam berpuasa. Tapi mana ada si Haziq ni nak malu dengan sepupu-sepupunya..isy isy isy..anak siapalah tu ya?? :P


En suami macam biasalah; tugasan utama adalah "jong bakar" (jurubakar) bagilah kepak ayam ke peha ayam ke, kompem hangits akan dibakar! Haritu aku sediakan ikan talapia..Ya Allah sedapnya isi ikan, segar dan manis..Sampai tak cukup dibuatnya!


Petang tu kami terpaksa berbuka di anjung rumah memandangkan kawasan dalam rumah tak mengizinkan. Dah rasa macam buat open house pula haritu..hihi Nasib baik jiran kami bukan Islam, kalau tak memang malu lah sebab di waktu Maghrib pun bising dengan suara-suara kami meminta makanan:P


Adik ipar sedang bertugas menyiapkan pinggan nasi & lauk-lauk. Alhamdulillah, semua dapat merasa masakan air tangan masterchef yang tak berapa nak pandai masak ni..hihi Harap jangan ada yang sakit perut bila balik nanti sudahler


Bila dah azan, masing-masing makan tak toleh kiri kanan dah..Masing-masing bertambah! Memang suka bila tengok gelagat masing-masing. Yang lelaki sibuk dukung baby, yang perempuan sibuk jaga anak yang lain. Kelam kabut tapi nasib baik semua cukup makan, err terlebih makan adalah! Lepas makan, kaum lelaki solat maghrib jemaah berimamkan Abang Sir yang sudi menjadi imam solat Isya' & terawih juga. Besar jasa Abang Sir sebab malam tu sanggup batalkan jadual kuliah (Abang Sir merupakan seorang Ustaz yang selalu beri tazkirah di sekitar Kuala Selangor) semata-mata untuk bersama dengan adik beradik.

Kaum Hawa pula lepas solat sambung berborak depan anjung lagi..Bila habis teraweh pakat-pakat makan durian & nangka..hihi Memang dasar kuat makan lah diorang ni (cecece tak nak mengaku diri sendiri pon sama juga)

Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan zikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya. “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. iaitu berbahagia dikala berbuka dan dikala bertemu Allah,” kata Rasul dalam hadits riwayat imam Muslim.

Sumber dari sini (10 keistimewaan orang yang berpuasa)

Oklah, minggu ini cuti 3 hari memang penuh dengan aktiviti berbuka puasa jemputan kawan-kawan. Bestnya dapat makan free..hihi

Bye, selamat berbuka puasa, lap ailio yang menitis tu :P

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^